header ads

MALAYSIA U-18: JANGAN DIBUAI MIMPI, TERUS KERJA KERAS



Oleh: Hairi Mohd

Apakah yang dapat anda simpulkan daripada maklumat di bawah?



Kita tewas tipis kepada Australia!
Pada tahun 2006, pada peringkat kejohanan U-20, para pemain tempatan kita mampu memberikan saingan kepada negara-negara besar Asia seperti Australia. 

Pada masa itu pasti kita berasa teruja bukan?

Kita mengatakan mereka semua hebat bukan?

" Wow..merekalah generasi bola sepak Malaysia pada masa depan," itulah pada yang kita katakan 13 tahun dahulu apabila kita tumpas tipis 0-1 kepada skuad Australia U-20.

 Namun selepas itu, ke manakah hala tuju pemain-pemain kita dan kemanakah jala tuju pemain mereka?

Lihat pula gambar di bawah:


Siapakah pula Dario Vidosic?

Dario Vidosic bukanlah pemain yang cukup terkenal dalam skuad Socceroos, namun pemain inilah yang menjaringkan gol tunggal ketika Australia U-20 menewaskan Malaysia U-20 1-0, 13 tahun lalu.

Cuba lihat, kemanakah hala tuju dan destinasi pemain ini selepas Kejohanan AFF U-20 tahun 2006?


Bandingkan pula kemanakah hala tuju para pemain kita selepas kejohanan tersebut?

Sebenarnya pemain mereka dan pemain kita sama unggul, sama hebat pada usia muda namun para pemain kita cemderung untuk kekal pada takuk yang lama selepas meningkat dewasa manakala para pemain mereka mula berusaha gigih mencari jalan untuk menerjah gerbang dunia.

Salah siapa?

Mungkin sebilangan kita akan berkata "Oh.. itu Salah FAM dan kelab kerana gagal mempromosikan  pemain negara.."
Namun harus diingat, dalam situasi ini, bukan persatuan bola sepak negara sahaja yang perlu ditudingkan jari, para pemain kita sendiri juga harus dipersalahkan dan menjadi punca negara masih gagal mengeksport pemain ke luar negara.

Mereka tiada inisiatif untuk keluar negara..

Mereka kurang semangat untuk bermandiri..

Mereka kurang cari jalan bagaimana untuk keluar negara..

Mereka tidak konsisten dengan gaya hidup dan rutin sebagai atlet.


Pemain seperti Dario Vidosic dan banyak lagi pemain Australia dan negara besar lain sebenarnya bukan 100% bergantung kepada usaha persatuan bola negara mereka untuk dipromosikan ke luar negara. 

Seperti yang kita tahu, Australia kurang mempromosikan bola sepak dan dana untuk bola sepak adalah kecil berbanding dengan sukan lain. Para pemain tidak dimanjakan dengan pelbagai bonus dan bantuan kerajaan.
Selain kelab, para pemain banyak melakukan usaha sendiri untuk meningkatkan kecergasan fizik ( latihan peribadi di gim + khidmat nasihat doktor/pelatih peribadi) dan mencari peluang ke luar negara melalui khidmat pencari bakat peribadi. 

Kelab-kelab tempatan juga biasanya akan memberi ruang untuk pemain berhijrah keluar jika mendapat tawaran kelab antarabangsa.

Jadi, berdasarkan keputusan perlawanan melibatkan Malaysia vs Australia pada kejohanan AFF 2006, 13 tahun yang lalu dapat kita simpulkan bahawa pemain muda dari skuad yang kita ada ada masa ini perlu bekerja keras untuk memajukan diri. Kualiti ada pada mereka, tetapi jika mereka bersikap seperti para pemain senior yang sedia ada, maka mereka akan dapat melihat dimanakah pengakhirannya nanti.

Maka bersiap sedialah wahai skuad Malaysia U-20. Carilah peluang ke luar negara dan kembangkan bakat!


Mungkin nasib adik-adik kita dalam skuad Malaysia U-18 ini adalah lebih baik berbanding dengan abang-abang mereka pada masa lalu. Kini, FAM dan pihak kerajaan melalui AMD semakin celik dalam usaha membuka ruang dsn peluang para pemain untuk keluar negara, namun perkara pokok ialah para pemain sendiri. Mentaliti pemain perlu kental dan gigih untuk mencari kejayaan di luar negara.

Luqman, Ajmal, Sikh dan rakan-rakan, mulakan langkah anda. Di samping melalui bantuan FAM, anda juga perlu cari jalan untuk mendapatkan pelbagai peluang dam tawaran 'trial' di luar negara. Apabila mendapat tawaran, buanglah pula perasaan takut dan 'diva' yang bukan-bukan. Buangkan mentaliti bahawa beraksi di luar pasti skan mendapat gaji yang tinggi dan kehidupan yang senang. 


FAM mungkin boleh mengadakan sesi motivasi dan perkongsian pengalaman pemain dengan pemain-pemain muda ini. Jemput para pemain import untuk berkongsi pengalaman mereka tentang kesukaran mereka hadapi semasa keluar negara untuk mencari kelab. 

Ambil pengalaman dari para pemain import yang berada di Malaysia agar anak-anak muda ini sedar akan kesukaran yang bakal mereka hadapi di liga luar negara.

Luqman dan rakan-rakan jangan mudah kelabu mata atau pandang pada wang dan tawaran mewah dari kelab tempatan yang bakal anda terima, Jangan keluar negara sekadar 'acah-acah' sahaja. Namun pandanglah pada 10 tahun akan datang, di manakah anda mahu berada dan di manakah nama anda mahu dicatat?

Adakah anda mahu mencipta sejarah sebagai anak-anak Melayu yang mencipta nama di luar negara atau akhirnya nama prestasi hebat anda pada usia remaja hanya akan berkubur di peringkat Liga Malaysia atau di bangku simpanan mahupun pasukan simpanan/pembangunan sahaja?

#footballlads