Setelah meniti ranjau berduri sepanjang kempen Piala Malaysia kali ini, akhirnya kita berjaya melihat dua finalis untuk merebut kejuaraan tertua di Asia itu.
Kedah dan JDT menempah slot final dengan di atas kertas, sememangnya JDT sudah menjadi pilihan utama untuk mara ke final tetapi satu lagi pasukan sukar untuk ditentukan dan akhirnya Kedah yang berjaya melengkapkan 'puzzle' tersebut.
JDT melalui jalan yang selesa sejak di peringkat kumpulan, perjalanan mereka begitu lancar. Tetapi tidak untuk Kedah. Mereka melalui jalan yang ada naik turunnya.
Di peringkat kumpulan, cabaran yang mereka terima sangat hebat, di suku akhir mereka mudah meratah PKNP namun mereka menerima tentangan hebat dari Pahang di separuh akhir.
Perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 ini ibarat mengulang kembali gegaran final pada 2017 yang ketika itu juga menemukan kedua-dua pasukan namun dimenangi JDT ketika itu.
Siapakah kesebelasan utama kedua - dua pasukan dalam final 2017 dan di mana mereka pada musim ini? Mari kita imbas.
Johor Darul Ta'zim :
Penjaga gol : Izham Tarmizi (masih bersama JDT)
Pertahanan - S. Kunanlan, Aidil Zafuan, Fadhli Shas, (masih bersama JDT), Fazly Mazlan (JDT II)
Tengah - Safiq Rahim (Melaka United), Gary Steven Robbat, Natxo Insa (masih bersama JDT)
Serangan - Gonzalo Cabrerra, Hazwan Bakri (masih bersama JDT), Gabriel Guerra (PKNS FC)
Pemain gantian - Afiq Fazail, Azrif Nasrulhaq (masih bersama JDT), Junior Eldstal (bersara)
Kedah :
Penjaga gol - Ifwat Akmal (masih bersama Kedah)
Pertahanan : Rizal Ghazali, Khairul Helmi, Ariff Farhan (masih bersama Kedah), Zac Anderson (PKNS FC)
Tengah : Baddrol Bakhtiar, Amirul Hisyam (masih bersama Kedah), Syazwan Zainon (Selangor), Liridon Krasniqi (Melaka United)
Serangan : Ken Ilso (bersara kerana positif dadah), Sandro Mendonca (Selangor)
Pemain gantian : Farhan Roslan (masih bersama Kedah), Akram Mahinan (PKNS FC), Fitri Omar (Kuala Lumpur)
Biarpun dua musim sahaja berlalu, namun musim ini kita telah melihat banyak perubahan pemain dari kedua-dua pasukan.
JDT misalnya memiliki Corbin Ong di bek kiri, Harris Harun dan Farizal Marlias tidak bersama JDT sepanjang musim 2017. Safiq Rahim telah meninggalkan JDT dan Safawi kini menjadi pilihan di bahagian serangan.
Begitu juga Kedah, barisan serangan mereka memiliki perubahan ketara dengan kemasukan pemain seperti Zaquan Adha. Farhan Roslan juga kerap menjadi pilihan di bahagian atas selain kehadiran bintang muda seperti Fayyadh dan Fadzrul Danel.
Jadi siapakah pilihan anda?