Oleh: Hairi Mohd
Pada malam semalam berlangsungnya dua perlawanan
separuh akhir Piala Malaysia 2019 melibatkan empat pasukan terbaik dari Liga
Super Malaysia 2019 iaitu Selangor FA vs Johor DT dan Pahang FA vs Kedah
FA.
Juara Liga Super 2019, Johor DT merekod perbezaan jaringan terbesar dalam saingan separuh akhir apabila meratah Selangor FA
3-0 di tempat lawan melalui jaringan hatrik pemain muda kebangsaan iaitu Safawi Rasid. Johor DT mara ke final dengan agregat 5-1.
Pahang FA vs Kedah FA lebih mendapat tumpuan
Namun perlawanan yang menjadi perbualan hangat
pastinya perlawanan melibatkan Pahang FA menentang Kedah FA di Stadium Darul
Makmur, Kuantan Pahang. Kedah yang bertandang ke gelanggang Tok Gajah berjaya menidakkan kelebihan jaringan tempat lawan milik Pahang dan
sokongan padu penyokong tuan rumah apabila berjaya mencetak 5 gol di
Kuantan dan mara ke pentas akhir Piala Malaysia dengan agregat 8-8 selepas terikat 5-5 di Kuantan
dan 3-3 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman. 10 gol terhasil dalam perlawanan epik di Kuantan pada malam tadi.
Bukanlah 10 gol di Stadium Darul Makmur yang menjadi
perbualan hangat para netizen pada malam tadi, namun terdapat beberapa persoalan
lain yang menjadi perdebatan para netizen berkaitan keputusan perlawanan pada
malam tadi.
Kemenangan Kedah FA Mencetuskan Perdebatan Penyokong
Para penyokong tertanya-tanya mengapakah perlawanan
tidak ditamatkan sahaja selepas tamat masa 90 minit permainan penuh di Kuantan (sama seperti perlawanan separuh akhir pertama di Alor Setar) apabila
kedua-dua pasukan terikat dengan agregat yang sama dan tiada kelebihan jaringan
gol tempat lawan buat kedua-dua pasukan. Sesetengah penyokong berpendapat
bahawa pemenang harus ditamatkan dan pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.
Secara umum
mengetahui bahawa Kedah dan Pahang terikat dengan jaringan 3-3 pada malam tadi
setelah wisel ditamatkan pada minit ke-90 permainan. Mengapakah permainan
diteruskan ke masa tambahan sehinggalah kedua-dua pasukan berjaya menambah dua
lagi gol dan memberikan kelebihan jaringan gol di tempat lawan kepada Kedah FA
iaitu 5 gol dijaringkan Kedah FA di Kuantan, Pahang manakala hanya 3 gol
dijaringkan oleh Pahang di Alor Setar, Kedah.
Buku Peraturan AFC Menjadi Rujukan
Asas yang digunakan oleh sesetengah penyokong yang
tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan tersebut adalah berdasarkan
peraturan yang telah diguna pakai oleh AFC dalam kejohanan Liga Juara-Juara
AFC. Dalam peraturan AFC, pada seksyen 4: Regulasi Teknikal, klausa 13.1, ada menyatakan bahawa peraturan gol di tempt
lawan hanya sah dalam perlawanan timbal balik 90 minit apabila kedua-dua
pasukan terikat dengan agregat yng sama. Oleh itu pada pendapat mereka
peraturan gol di tempat lawan seharusnya diambil kira pada 90 minit permainan
iaitu ketika kedua-dua pasukan terikat 6-6.
Apabila kedua-dua pasukan terikat dengan agregat yang
sama dan tiada kelebihan jaringan tempat lawan, klausa 13.1 iaitu tambahan masa
30 minit untuk mencari pemenng kedua-dua
buah pasukan. Seperti yang tercatat dalam klausa 13.4, Apabila kedudukan
kedua-dua pasukan masih lagi terikat dengan agregat yang sama, pemenang perlawanan
perlu ditentukan melalui sepakan penalti.
Namun berlainan halnya seperti yang berlaku pada malam tadi apabila skuad Kedah
diumumkan sebagai pemenang atas alas an kelebihan jaringan tempat lawan yang
dimiliki oleh pasukan kedah (5 gol di Kuantan, Pahang).
Atas sebab inilah yang telah memungkinkan para pemain
Pahang masih lagi beranggapan bahawa mereka masih lagi berpeluang untuk
memenangi perlawanan apabila Dickson Nwakaeme Berjaya menjaringkan gol pada
minit ke-120+2.
Atas faktor inilah yang telah memungkinkan Dickson
telah meraikan jaringannya dengan berlari di segenap ruang padang kerana menyangka
mereka akan mengheret Kedah FA ke penentuan sepakan penalti. Hal inilah yang telah mendatangkan ketidakpuasan hati
beberapa kumpulan penyokong Pahang FA.
Undang-Undang Permainan IFAB
Namun, perlu diketahui bahawa setiap pertandingan atau kejohanan dikawal oleh Peraturan Pertandingan (competition rules). Terdapat suatu peraturan pertandingan bola sepak (football competition rules) perlu dipatuhi oleh
kesemua penganjur kejohanan bola sepak dan pasukan bertanding dalam semua kejohanan bola sepak dunia iaitu peraturan
dari Undang-Undang Permainan IFAB (IFAB-Laws Of The Game) yang dahulunya dikenali sebagai Undang-Undang Permainan FIFA.
Undang-Undang Permainan IFAB (International Football Association Board) perlu
digunakan oleh para pengadil FIFA dalam kejohanan seluruh dunia untuk membantu
kejohanan tersebut diiktiraf. Undang-Undang Permainan IFAB merangkumi segala peraturan di atas padang
termasuklah peraturan semasa pengambilan sepakan percuma, sepakan gol, bola
terkena tangan dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, persoalan utama bukanlah sama ada
saingan Piala Malaysia secara kerasnya mengikut peraturan daripada panduan AFC
ataupun IFAB kerana beberapa peraturan ‘minor’ dalam kejohanan masih lagi boleh
diubah suai oleh penganjur asalkan peraturan tersebut tidak menyalahi undang-undang
yang telah ditetapkan.
Malaysian Football League (MFL) Mempunyai Hak Menetapkan Peraturan
Penganjur saingan Piala Malaysia ialah Malaysian Footballl League (MFL). Piala Malaysia merupakan saingan domestik liga tempatan dan tidak melibatkan penyertaan antarabangsa, maka MFL berhak membuat pemindaan 'minor' terhadap peraturan-peraturan dalam kejohanan yang dianjurkan oleh mereka.
Setiap pertandingan mempunyai peraturannya tersendiri untuk menentukan kemenangan perlawanan timbal-balik (home & away matches). Begitulah juga dengan saingan Liga Bolasepak Malaysia dan pertandingan-pertandingan lain di bawah naungan FAM dan MFL.
Kemenangan Pasukan Kedah tersebut selari dan mematuhi Peraturan Pertandingan Liga Malaysia yang telah ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL).
Untuk mendapatkan maklumat tepat berkaitan dengan keputusan memberikan kemenangan ke atas pasukan Kedah, kita boleh meneliti klausa 6.4 yang terkandung dalam buku 'Peraturan Pertandingan Liga Malaysia.
a) Pasukan yang mendapat jumlah mata terbanyak.
b) Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan gol terbanyak (goal deficit).
c) Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak
d) Jaringan gol di venue pihak lawan dikira berganda
F) JARINGAN GOL DI VENUE LAWAN SELEPAS MASA PENUH TAMBAHAN DIKIRA BERGANDA
g) Keputusan perlawanan masa tambahan
Oleh sebab keputusan perlawanan antara Pahang FA dan Kedah FA yang berakhir dengan keputusan 8-8 telah mematuhi kesemua kriteria yang terdapat dalam hierarki klausa 6.4 a-d, maka Kedah FA diberikan kemenangan berdasarkan klausa 6.4 (f).
Setiap penganjur berhak menetapkan peraturan kejohanan mereka. Sebagai contoh, penganjur Liga Perdana Inggeris, iaitu FA Inggeris pernah
mengubah peraturan kejohanan dengan hanya membenarkan dua pemain gantian, Begitu juga
dengan peraturan ‘sudden death’.
Peraturan 'sudden death' juga masih boleh diguna
pakai jika kesemua pihak yang menyertai kejohanan tersebut bersetuju dengan
peraturan tersebut. Begitu juga dengan syarat-syarat penyenaraian jumlah pemain
import dan pemain muda untuk sesebuah kejohanan atau pertandingan.
Mengikut peraturan dari peraturan IFAB: Undang-Undang
10: ‘Determining The Outcome Of The Match’ ada mengatakan bahawa jika kedua-dua
pasukan terikat dengan agregat yang sama, terdapat tiga penyelesaian yang
digunakan iaitu 1) peraturan gol di tempat lawan, 2) perlawanan diteruskan
dalam masa tambahan sebanyak 30 minit (15 minit setiap separuh masa) 3) Sepakan
penalti. Kombinasi ketiga-tiga penyelesaian boleh diguna pakai untuk mencari
pemenang. Penulis percaya bahawa pengajur kejohanan telah menggunakan
penyelesaian 10 dan 2) iaitu masa tambahan 30 minit dan jaringan tempat lawan
untuk menentukan pemenang.
Hal ini demikian kerana penulis percaya bahawa
kedua-dua pasukan telah sedia maklum tentang peraturan permainan dan tiada
bantahan diajukan oleh pasukan yang tewas (Pahang FA) selepas perlawanan tamat.
Taklimat Kejohanan dan Peraturan
Peraturan-peraturan dan regulasi pertandingan
kebiasaannya akan dibincangkan dan dibentangkan semasa taklimat kejohanan kepada
wakil setiap pasukan yang bertanding iaitu kepada pegawai pasukan (team
officials) semasa msyuarat koordinasi perlawanan (Match Coordination Match-MCM).
Penulis percaya bahawa kedua-dua pasukan yang bertanding di Stadium Darul
Makmur, telah jelas dengan peraturan tersebut kerana tiada bantahan terhadap
keputusan perlawanan pada malam tadi oleh pihak Pahang FA.
Peraturan gol di tempat lawan dalam semua kejohanan
anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL)
telah dibentangkan kepada kesemua pasukn bertanding pada awal musim iaitu sebelum
musim 2019 bermula, maka sebenarnya tiada isu berkaitan dengan keputusan
pengadil memberikan kemenangan ke atas pasukan Kedah FA berdasarkan peraturan
gol di tempat lawan.
Peraturan Gol di Tempat Lawan dalam Kejohanan Negara Luar
Tambahan pula peraturan gol di tempat lawan yang melibatkan tambahan masa dalam perlawanan timbal-balik kedua juga dipraktikkan dalam beberapa kejohanan besar yang lain. Sebagai comtoh dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Liga Europa dan Piala EFL di England. maka, tiada isu besar harus didebatkan dengan kemenangan Kedah pada malam semalam.
Isu Dickson Nwakaeme Meraikan Gol
Beralih kepada isu Dickson Nwakaeme yang berlari penuh keterujaan setelah menjaringkan gol ke-5 Pahang pada minit ke-120+2, sedangkan pasukan beliau memerlukan satu lagi jaringan untuk membantu Pahang ke Final Piala Malaysia, pada pendapat penulis hal tersebut terjadi adalah kerana berlakunya isu masalah komunikasi antara pemain tersebut dengan pihak pengurusan.
Kemungkinan besar Dickson tidak mengetahui peraturan tersebut kerana beliau tidak mendapat maklumat tersebut daripada para pegawai pasukan ATAU berlaku salah faham semasa penerimaan maklumat antara diri beliau sendiri dengan pegawai pasukan. Oleh sebab itu, jika telah melihat Dickson melakukan suatu aksi yang telah pernah dilakukan oleh beliau selama ini.
Kesimpulannya, kesemua pegawai pasukan perlulah arif terhadap peraturan perlawanan dan memastikan kesemua pemain mereka jelas terhadap segala undang-undang perlawanan supaya tidak timbul isu salah faham terhadap keputusan pengadil. Selain itu, badan penganjur juga perlulah memaparkan segala peraturan dan undang-undang permainan bukan sahaja kepada para pegawai pasukan, malah kepada para penyokong.
Usaha Perkongsian Maklumat Peraturan Pertandingan
Tindakan yang boleh dilakukan adalah seperti memuat naik segala peraturan kejohanan di laman web penganjur iaitu laman sesawang milik Malaysian Football League (MFL). Hal ini penting agar membolehkan kesemua masyarakat Bola di Malaysia lebih arif tentang undang-undang bola sepak Malaysia dan akan terbuka dengan segala keputusan perlawanan.
Justeru, tiada lagi kontroversi dan perang mulut berlaku dalam media sosial yang melibatkan keputusan-keputusan perlawanan dan tindakan yang diambil oleh para pengadil semasa mengadili perlawanan. MFL perlu arif bahawa dalam zaman serba canggih dan berteknologi media sosial ini penyokong semakin bijak dan mereka memerlukan penjelasan atas sebarang keputusan yang diambil oleh pengadil dalam setiap perlawanan.
#Footballlads