header ads

PEMUDA AMSTERDAM vs PEMUDA LONDON


Oleh: Encik Cen

Bertandang ke Johan Cruijff Arena sambil ditakut-takutkan media Belanda, Chelsea tampil 'cool' untuk akhirnya menang dengan sentuhan cemerlang 'duo bench boys'.

Ia seolahnya pertarungan untuk memilih' The Most Exciting Young Team of the Season', dan Chelsea keluar sebagai pemenang dengan usaha akhir daripada Michy Batshuayi dan Christian Pulisic, untuk menang 1 gol tanpa balas.

Chelsea jaguh, Ajax tersungkur,
Bagaimana ianya berjalan?

Bukan bermula dengan 'three at the back system' yang lazim digunakan Lampard untuk lebih bermain selamat, tidak juga memasang koordinasi 'three-man attacking' di bahagian tengah padang untuk menyerang habis-habisan, Chelsea malah tampil tanpa seorangpun CB di bangku simpanan.

Minit-minit awal perlawanan jelas membosankan pemerhati neutral, tetapi bagi penyokong Ajax dan Chelsea, ia jelas sebuah cetusan semulajadi dari dua jentera muda berintegriti tinggi yang bertembung antara satu sama lain. 

Perlawanan dimulakan dengan 'natural impact' menunjukkan bagaimana 2 pasukan dengan intensiti tinggi bertembung, dan mereka cuba dengan berhati-hati membangunkan permainan bagi mendapatkan kelebihan ke atas lawan mereka.

Ia Chelsea sebaliknya yang mendahulukan 'proper chance', dengan Mount 'cutting into the box' lantas memaksa André Onana untuk tampil menghalang. Ajax tersentak dan bertindak balas. Mereka kemudiannya memenangkan bola, dan cuba mengekalkan penguasaan dengan tekanan tinggi dalam 'defensive third' Chelsea.

Ajax cuma setakat itu, tidak mampu mendominasi, malah tidak berhasil melancarkan apa-apa tembakan ke gawang Chelsea. Ajax yang tertekan kerana seolah tidak efisien, akhirnya menampilkan 'sloppiness play', terutama pada struktur 'final third' mereka sendiri, hadir dari tindak balas dan tekanan Chelsea terhadap mereka.

Namun Chelsea kebanyakannya gagal dalam menyelesaikan gerakan 'promising' menciriti Ajax, menerusi gerakan Hudson-Odoi terutamanya, namun banyak gerakan baik tersekat, dan ia tampak mencetuskan kekacauan hati tentang mampukah Blues memanfaatkan peluang.

Ajax sebaliknya jumpa cara, dengan berteraskan kelangsungan serangan daripada bahagian sayap. Ia akhirnya Hakim Ziyech menyumbangkan bola buat Quincy Promes pada minit ke 35, dan bola menerjah jaring The Blues mencetuskan kecut. Namun VAR menangkap 'offside' hujung kaki Quincy, menyudahkan separuh masa pertama tanpa jaringan.

Separuh masa kedua kemudiannya bersambung dengan mempamerkan masalah di kedua-dua pihak dalam memastikan setiap gerak serangan sampai ke kaki jentera paling hadapan, Chelsea sebaliknya hampir dihukum oleh masalah semulajadi dalam 'set-piece defending', yang nyaris memberikan Ajax gol menerusi Lisandro Martínez.

Ia kemudiannya berlarutan sampai perlawanan nak habis dah, dan Lampard menunjukkan betapa Chelsea memiliki 'super sub' yang lebih baik daripada Ajax, malah hampir keseluruhan Chelsea terlibat di dalam gerakan yang menterlokopkan Ajax di hujung-hujung masa perlawanan.

Bermula daripada Azpilicueta di sebelah kanan pertahanan Chelsea, bola di bangunkan kepada Kovacic, Zouma, Tomori dan kemudiannya kepada Alonso untuk memulakan gerak serangan. Alonso melarikan bola ke hadapan, menolak kepada Mount yang kemudiannya menghantar kepada Pulisic. 

Pulisic mengawal sebentar, melihat Alonso, Batshuayi dan Odoi dalam satu garisan lurus tidak dikawal. Pulisic melorongkan bola ringkas ke garisan tersebut, Alonso melakukan 'doposen dummy' melepaskan bola kepada Batshuayi, untuk diledak padu masuk ke dalam gawang GOALLLLLLL, dan Ajax diselesaikan.

Ia ternyata sebuah hentakan perpasukan, melibatkan sentuhan 7 pemain sekaligus, digerakkan daripada 'build up' dan 'possesion play' dari bahagian 'defensive third' Chelsea sendiri, disudahkan oleh idea cerdas 2 orang 'super sub' yang tampil 'cool' dan 'clinical', dan Ajax akhirnya terkorban.

Kesimpulan

Perlawanan tamat, dan Chelsea keluar pemenang di bumi lawan. Ianya menyaksikan Chelsea meneruskan momentum kemenangan, mempamerkan 'a just nice adaptation' untuk menjadikan Ajax  yg 'pressing' buntu untuk mencipta peluang sebenar sepanjang perlawanan.

Ia bukan perlawanan yang cantik sangat corak persembahannya, baik oleh Chelsea, juga oleh Ajax, namun Chelsea menterjemahkan 'luck of an excellent team' dalam mendapatkan 3 mata berharga daripada Ajax yang dibangga-banggakan ramai penyokong pasukan dengan darah muda.

Hakikatnya, kemenangan 1-0 ke atas Ajax, pasukan 'semi finalist' musim lalu, di bumi Amsterdam mereka sendiri, adalah bukti sohih, betapa pasukan muda Frank Lampard ini punya  ramuan yang memadai untuk menyinar dalam saingan Champions League musim ini.

Chelsea hakikatnya nampak lebih bagus daripada yang ramai jangkakan, dengan Kurt Zouma yang sentiasa diragui, tampil kemas membentuk gandingan bertahan kukuh dengan Fikayo Tomori di depan Kepa Arrizabalaga, terutamanya pada 35 minit pertama, ketika Ajax terlebih dahulu mengancam.

Ia kemudiannya gambaran anak-anak muda darah panas yang gopoh dan gelojoh, bila kedua-dua Chelsea dan Ajax mempamerkan 'sloppy play' yang boleh memudaratkan, namun Chelsea perlahan-lahan bangkit menjadi lebih baik daripada 'semi finalist' musim lalu itu, terutamanya selepas 'VAR goal' minit ke 35, dan selepas mereka mula penat oleh 'high pressing' mereka sendiri.

Namun ia akhirnya penamat hari Rabu yang gemilang, dengan permulaan Khamis yang cemerlang buat The Blues. Tidak sia-sia rasanya tidak langsung tidur dek perlawanan yang berjalan seawal jam 1 pagi, untuk menang ke atas pasukan muda terbaik dunia, dan ia dinikmati seolahnya menyantap secawan kopi panas pekat pada bening awal pagi yang nyaman dan tenteram.

In the end, we win! Yeah we win! 
We beat them on their own turf! And now it is six in a row, baby! Six in a row winning streak from a team that lost both EPL and UCL match on the start of the tournament. Lost 0-4 to United, we are now 4th in the English League. Lost to Valencia 0-1, but now we are also leading the UCL group H, to drive our season to go as far as we could!

Next it is Burnley. Ya Burnley di Turf Moor untuk Chelsea melebarkan lagi 'winning streaks' dalam musim yang semakin dijalani dengan bijak dan berkesan. Semoga Chelsea terus menang pada Sabtu menjadikan ia 7 kemenangan berturut, sebelum ditambah menjadi 8 dengan menolak keluar United dari League Cup kemudiannya, dan ia bakal menjadi pencetus motivasi untuk sasaran yang lebih tinggi!

Well done lads!
We are achieving.....

#Footballlads