Oleh: Encik Cen
'The details of VAR', maka yang 'offside' tetap 'offside' walaupun ia cuma separuh kasut Quincy Promes. Penjaga garisan tidak mengangkat bendera, tapi VAR kemudiannya menangkap Quincy sebagai 'offside'.
Ia kes hampir serupa bila gol Cesar Azpilicueta ke atas Liverpool dinafikan gol oleh Pengadil selepas merujuk VAR. Gol yang awalnya diterima, ditolak kemudiannya setelah VAR menunjukkan separuh kasut Mount 'offside' ketika menerima hantaran daripada Willian.
Begitulah bolasepak era baharu, bila cara kontroversi dalam bolasepak telah berubah, berbanding seni silap mata yang mempengaruhi keputusan perlawanan seperti 'Hand of God' yang dijayakan Maradona, kepada 'The Truth that Revealed by VAR' dalam bolasepak hari ini.
Jika Chelsea menjadi 'mangsa' kepada VAR sehingga gagal kepada Liverpool dan The Blues redha, semalam ianya nasib serupa menghempuki Ajax, dan sebagai pengikut bolasepak moden yang bernafas dengan VAR, ia patut diterima dengan redha dan damai.
Yang 'offside' tetap 'offside', yang 'foul' tetap 'foul', serupa keadannya dengan sekecil-kecil perkara yang terlindung dari mata kasar, tetapi nanti di akhirat akan dipaparkan segala-galanya oleh tayangan semula laksana video besar segala perkara yang berlaku termasuk yang terselindung dek mata manusia lain sekalipun.
#Footballlads