Leicester mengamuk ke atas Southampton, dan ianya kemenangan 9-0 yang memecahkan banyak rekod.
Ia malam malang Southampton di gelanggang sendiri, ketinggalan 0-1 seawal minit ke 10 untuk kemudiannya bermain dengan 10 pemain 2 minit kemudian.
Leicester kini berkongsi English League Biggest Win dengan Manc United yang mengendurikan Ipswich 9-0 pada musim 94/95. Bezanya kemenangan United di laman sendiri, maka Leicester memecahkan rekod English League Away Biggest Win, memecahkan rekod kemenangan 8-1 United sebelum ini ke atas Forest yang dicatat pada musim 98/99.
Leicester juga berkongsi rekod dengan Arsenal sebagai pasukan yang memiliki 2 pemain menjaringkan 'hatrick' dalam 1 perlawanan. Arsenal melakukannya pada 2003 ke atas Southampton menerusi Pennant dan Pires, manakala kali ini, Leiceter melakukannya menerusi Perez dan Vardy ke atas Southampton juga.
Leicester juga menjadi pasukan kedua selepas City berjaya menjaringkan 5 gol di tempat lawanpada separuh masa pertama. Pep Guardiola melakukannya bersama Man City pada 2000 ke atas Burnley, dan kini Brendan Rodgers melakukannya bersama Leicester ke atas Southampton.
Kemenangan laksana kenduri akikah kambing golek cecah sotong kangkung ini segera meletakkan Leicester di tangga ke dua, sekurang-kurangnya untuk 24 jam ini, menjadikan mereka semakin utuh mengejar kedudukan sebagai 'Big-6 Team' bagi musim 19/20 ini, mengambil 1 tempat dari United yang sudah terlempar ke tangga ke 14 liga setakat saat ini.
Terbaek Leicester!
Maka berbahagialah mana-mana Pengurus Fantasy EPL yang berpaksikan para pemain daripada Leicester Nan Grata ini. Macam rezeki tergoleklah kan kalau ada Bin Chillwell dan Jamie Vardy sekaligus dalam pasukan khayalan itu minggu ini.
#Footballlads