header ads

KASIHAN ARSENAL


Oleh: Encik Cen

Bak kata pepatah para pendeta tua, kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Begitulah nasib para penyokong Arsenal selama 2 hari ini, melihat kebarangkalian Arsenal hanya menentang Sheffield United, untuk mereka menang dan melompat ke tempat ke 3, tetapi hampa.

Rata-rata mereka berdecit kecewa, dan tercetus desisan kekesalan dalam hati, yang berbunyi:
'Ku sangkakan Arsenal melompat, rupanya mereka kekal setempat"

Ya, Arsenal tewas dalam sebuah 'totally unsurprising performance' oleh The Gunners yang kelihatannya 'lack leadership and conviction' sekali lagi, di dalam dan di luar padang.

Bak kata Patrick Evra, Arsenal walaupun akan tampil dengan 'beautiful and charming play', mereka hanya 'just that', dan ianya tidak membawa kepada apa-apa impak positif secara  menyeluruh.

Situasi Arsenal yang sepatutnya mudah melompat ke kedudukan ke 3 liga, cuma perlu menewaskan Sheffield 1-0 sahaja pun, tapi mereka sebaliknya yang tewas.

Umpama menyiapkan meriam untuk dibidik ke kubu lawan, malangnya meriam meletup di kubu sendiri, dan ia letupan yang menyebakkan hati dengan tangisan.

Kasihan Arsenal, mereka tak jadi menang, dan tak jadi melompat ke tangga ke 3. Mereka cuma sempat melompat setempat, dan terjelepuk di tempat mereka melompat tadi, tidak ke mana-mana, dan kekal bersemayam di situ-situ juga.

#Footballlads