Ianya sebuah pertarungan yang menemukan pasukan bersengketa, yang masing-masing gah mendabik dada dengan sejarah pencapaian hebat masing-masing dalam bolasepak, Liverpool dan Manchester United akhirnya menyelesaikannya dengan adil, apabila mereka sama-sama berbangga dengan keputusan seri sebaik wisel penamat ditiup kuat!
Bagaimana ianya berjalan?
Liverpool tidak syak, memenangi semua aspek perlawanan, kecuali terpaksa berkongsi dengan United dalam 2 perkara - jaringan gol, dan pastinya sama-sama 1 mata dalam perlawanan yang ditunggu-tunggu.
The Reds bermula dengan Formasi 4-3-3, dengan Divock Origi menggantikan Mohamed Salah yang cedera. Red Devils pula mengejutkan ramai, bila memilih untuk bermain dengan Formasi 3-4-1-2 berbanding kebiasaan 4-2-3-1 mereka.
Wan Bissaka dan Ashley Young berfungsi sebagai 'Wing Back', dengan Marcos Rojo bermain sebagai CB mengantikan Tuanzebe yang cedera. Di depan, Andreas Pereira memainkan peranan sebagai 'Offensive Playmaker' di belakang Marcus Rashford dan Daniel James, dengan ketiga-tiga mereka kerap bertukar-tukar kedudukan.
Adaptasi Pak Wan dan Young berjaya meninggikan garisan bertahan United, sekaligus merendahkan kedudukan Alexander-Arnold and Andy Robertson, mengurangkan kesan mereka dalam membantu kemaraan Liverpool daripada bahagian tepi padang. Penggunaan 3 'CB' juga menyebabkan United lebih bersedia menangani hantaran silang Liverpool, menjadikan benteng mereka lebih kukuh.
Solskjær tampak bijak. Pendekatan 'Back-3' tersebut membolehkan Solskjær memasang 2 'Holding Midfielder' dengan kedudukan yang 'deep', menyebabkan struktur pertahanan United agak kompak dengan 7 pemain sekaligus - struktur pertahanan serupa yang Antonio Conte lakukan ketika mengungguli '13 games winning streak' 3 musim lalu.
Susun atur ini menyebabkan Liverpool berdepan kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan United, mempengaruhi hantaran-hantaran The Reds menjadi kebanyakannya bersepah, tidak fokus dan hilang punca, membolehkan United beroleh peluang melakukan gerakan serangan balas berpaksikan Marcus Rashford dan Daniel James yang memainkan peranan sebagai 'Wide Attacker'.
Pendekatan Solskjær ini menghalang 'Wide Back' Liverpool melancarkan 'forward run' seperti biasa, oleh tekanan daripada kedua-dua 'Wing Back' United sendiri, ditambah Rashford dan James yang kerap tampil dengan larian-larian pantas. Ia juga menyebabkan ruang antara kedua-dua CB Liverpool kerap koyak, membolehkan United memberikan kesan dalam usaha menyerang.
Selain daripada itu, ia tentunya 'good luck' United yang jelas, bila mana situasi 'diving' Origi oleh kekasaran minimum Lindelof, menyebabkan fokus kesemua pemain Liverpool terjejas. Ia disambar bijak United yang meneruskan permainan, ketika Liverpool terpinga-pinga melihat Origi terbaring, dan United bergerak pantas dengan serangan balas yang menghasilkan gol menerusi jaringan Marcus Rashford.
Berada di hadapan ketika perlawanan masih muda, United lebih ketat menyusun koordinasi bertahan, sekaligus menyukarkan Liverpool yang sememangnya sudah dari awal sukar dalam menangani sistem 7 pemain bertahan
Solskjær. Nasib Liverpool ditambah buruk lagi oleh 'takdir baik' United yang menyaksikan tangan Mane terkena bola dalam laluan menghasilkan 'disallowed goal' tersebut.
Bertahan sehingga ke hujung masa, United akhirnya tidak mampu lagi bertahan, bila tindakan bijak Juergen Klopp membawa masuk Adam Lllana yang telah dilupakan lantaran terlalu lama tidak 'enter frame', memberikan hasil. Umpaka pendekar yang dilupakan, Llana tampak seperti halimunan, tidak dipedulikan sesiapa ketika berlari menuju ruang kosong berdepan pintu gol, menyambut bola untuk jaringan penyamaan The Reds.
Ia akhirnya kesimpulan yang adil buat 'Classical Derby' menemukan dua pasukan paling kaya sejarah hebat Liga Inggeris ini bila mereka berakhir dengan keputusan seri sama jaringan dan sama mata. Ia 1 mata yang adil buat Solskjær yang tampil dengan sistem sesuai untuk mengekang Liverpool, ia juga adil buat Liverpool yang hakikatnya memiliki pemain yang lebih berkualiti untuk mengakhiri perlawanan tanpa berputih mata.
Paling manis, umpama secawan kopi yang berseri-seri disiram cahaya damai bulan pernama, kesudahan perlawanan tersebut sangat melegakan penyokong berkecuali, menyaksikan persaingan merebut trofi EPL tetap masih sengit dengan Liverpool menamatkan 'Gameweek 9' dengan hanya 6 mata di depan, di sebalik sepatutnya 8 mata jika mereka berjaya menewaskan United.
#Footballlads