Minit ke 79,
Son Heung-min melakukan 'back tackle', 'a late one' kepada Andre Gomes. Gomes jatuh, di sisi Serge Aurier.
Pandangan mata kasar menunjukkan ia (kecederaan Gomes) kesalahan Son, yang melakukan 'tackle' dari belakang, tak berapa keras sebenarnya, tapi cukup untuk menjatuhkan Gomes.
Benda berlaku depan mata pengadil, dan Son dibuang padang oleh kekasaran tersebut, yang menunjukkan Son trauma, kerana tidak menjangka 'tackle' beliau boleh membawa kepada kemudaratan serius kepada Andre Gomes.
Ulang tayang video bagaimanapun menunjukkan sebaliknya, bila Serge Aurier sebenarnya yang menyebabkan kecederaan serius pada kaki Gomes, dengan pijakan dalam ritma hentakan keras ke atas pergelangan kaki Andre Gomes.
Begitulah perbandingan kehidupan di dunia dan di akhirat nanti, kesilapan (atau kemungkaran) terselindung bisa menutup aib kita di mata manusia, namun jika video tayangan semula dipapar di langit luas, segala pekung akan terbuka untuk dilihat dan difahami sesiapapun. Ketika itu kita tidak lagi boleh berselindung daripada segala aib, salah, silap dan dosa.
Son menangis kerana menyedari dia tidak bersalah sepenuhnya, Aurier terlepas daripada dikenakan kad dan Gomes merana oleh kecederaan yang mampu menyisihkam beliau dari baki musim yang masih panjang.
Bertabah Son, kad merah itu wajar sungguhpun bukan anda yang mematahkan kaki Gomes. Tapi anda memang bukan orang yang patahkan kaki Gomes, dan video membuktikannya. Chill dan jangan nangis-nangis.
Untuk Gomes, GWS!
#Footballlads