Dusan Tadic dan Eric Ten Hag menyalahkan pengadil atas kegagalan Ajax menang selepas mendahului 4-1.
Ten Hag disebalik mengakui kehebatan pemain muda Chelsea, mengaku sedih dengan keputusan perlawanan dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.
Kapten Aajx, Dusan Tadic pula mengatakan bahawa mereka sudah memenangi perlawanan tetapi pengadil bertindak mencuri kemenangan mereka.
"Kami bermain bolasepak menarik, kami tinjukkan kami lebih baik dari lawan, tetapi Gianluca Rocchi menukar segala-galanya", rungut Tadic tak puas hati.
So, apa pandangan Tuan-Tuan?
Bukanka Daley Blind tu dah nyata melakukan 2 foul serentak, dalam keadaan sudah memungut kad kuning? Bukanka juga keputusan terhadap Joel Veltman tersebut dibuat setelah merujuk VAR dan ianya nyata Veltman ada membuat sedikit angkatan tangan (menuju bola) dalam menghalangi peluang Chelsea yang sedang merembat ke gawang gol?
Bukanka mengatakan Chelsea menang dibantu pengadil itu juga suatu kenyataan terlalu berlagak tanpa mengakui Chelsea sedang dalam kedudukan 2-4, menukar 2 pemain pada separuh masa kedua yang menukar sama sekali lanskap permainan? Tidakkah mereka nampak bahawa Chelsea mula menguasai, menakutkan Ajax dengan sentuhan Recce James dan Hudson Odoi yang menyebabkan Ajax porak poranda sehingga kena 2 kad merah tersebut?
Tidakkah mereka sedar, tanpa 2 kad merah tersebut pun Chelsea tetap dalam 'game development' yang mampu membuatkan mereka merapati Ajax? Jika Ajax sangat bagus pada separuh masa pertama, tidakkah mereka harus akui, Chelsea berbeza selepas menukar 2 pemain pada separuh masa kedua?
#Footballlads