Oleh:
Hairi Mohd
Marvel,
apabila kita menyebut nama Marvel, perkara yang terlintas dalam kotak pemikiran
kita pastilah karakter-karakter adiwira daripada siri filem Avengers iaitu
Ironman, Captain America, Spiderman, Thor dan adiwira-adiwira lain bukan?
Kebiasaannya,
karakter-karakter ini dikaitkan dengan filem, komik dan panggung wayang, namun
tahukah anda karaker-karakter Marvel kini juga boleh dikaitkan dengan aktiviti
sukan dan bola sepak?
Ya..
nun jauh di Melbourne Australia, Marvel kini boleh dikaitkan dengan aktiviti
sukan apabila sebuah stadium di Docklands telah dijenamakan semula daripada nama Stadium Etihad kepada nama
Stadium Marvel.
Walt Disney yang mempunyai hak milik ke atas
jenama Marvel telah bersetuju untuk menandatangi kontrak selama 8 tahun sebagai
penaja utama Stadium Etihad. Dengan pengambil alihan tersebut, Stadium Etihad
telah mengalami transformasi dengan perubahan wajah daripada Etihad kepada
Marvel.
Stadium ini juga telah menempatkan pusat jualan jenama Marvel yang terbesar dan pelbagai karakter Marvel seperti Hulk dan Iron Man setinggi 4 meter juga ditempatkan di stadium, terutamanya pada bahagian layar skrin gergasi. Beberapa buah bilik dan ruangan di dalam stadium juga diberikan nama dengan menikut karakter-karakter Marvel sendiri.
Menurut pengurus besar MSL, Michael Green, sebagai jenama gergasi industry hiburan, mereka yakin bahawa Marvel dan Walt Disney berupaya membantu MSL membantu jenama nama stadium tersebut agar semakin dikenali dunia.
Stadium Marvel yang sebelumnya dikenali sebagai Stadium Etihad merupakan ‘stadium
serbaguna’ yang paling sibuk di dunia, kerana selain menjadi hos kepada
pelbagai program hiburan seperti konsert artis antarabangsa dan program-program
tempatan, stadium ini juga menjadi tuan rumah kepada beberapa buah jenis sukan
di Australia.
Stadium yang berkasiti 50 ribu tempat duduk ini menguruskan empat jenis sukan popular di Australia. Antara sukan dan program tersebut ialah:
Stadium yang berkasiti 50 ribu tempat duduk ini menguruskan empat jenis sukan popular di Australia. Antara sukan dan program tersebut ialah:
1. Bola sepak (tuan rumah kepada Melbourne
Victory FC untuk perlawanan-perlawanan mingguan A-League, perlawanan Melbourne derby menentang Melbourne City FC, Piala FFA, skuad
kebangsaan Australia dan A League Final).
2.Kriket
3. AFL (Australia Football League)
4. NRL (Nation Rugby League)
Sepanjang 9 tahun di bawah
penajaan Etihad Airways, Etihad telah Berjaya membantu MSL menguruskan stadium
untuk pelbagai program ikonik bertaraf dunia. Sepanjang 9 tahun penajaannya,
Stadium Etihad telah menganjurkan lebih 700 buah program Mega dengan dihadiri
lebih daripada 25 juta pengunjung.
Walaupun Stadium Etihad
padat dengan pelbagai penganjuran program dan aktiviti sukan, kualiti fasiliti
stadium dan kualiti padang stadium sentiasa menjadi keutamaan pihak pengurusan
stadium. Rumput di stadium dijaga rapi dengan pelbagai teknologi terkini dan
tidak mengalami kerosakan. Saiz padang yang berbentuk ‘oval’ itu juga mengalami
perubahan ukuran bergantung kepada jenis sukan yang dimainkan.
Sebenarnya tidak menjadi masalah jika pelbagai
jenis sukan dan aktiviti dijalankan di atas padang stadium yang sama seandainya
keadaan padang dapat diselia secara berkala dan kerosakannya dapat dipulihara
dan dirawat dengan cara yang betul.
Penggunaan jens rumput yang sesuai dengan keadaan stadium serta bacaan suhu di dalam stadium dan kadar pencahayaan yang betul mampu mengurangkan kerosakan rumput sesebuah stadium.
Penggunaan jens rumput yang sesuai dengan keadaan stadium serta bacaan suhu di dalam stadium dan kadar pencahayaan yang betul mampu mengurangkan kerosakan rumput sesebuah stadium.