header ads

MOUNT AND ABRAHAM ON FIRE!



Oleh: Encik Cen

Bertandang ke Carrow Road, The Blues akhirnya beroleh kemenangan 3-2 ke atas Norwich, yang pertama buat Frank Lampard bersama Chelsea, dengan 2 gol daripada Tammy Abraham yang seminggu dua ini diragukan ramai penyokong Chelsea sendiri.

Bermula tanpa Pedro (yang mengalami 'hamsting injury' ketika 'warm up'), Chelsea membariskan kesebelasan utama dengan 'late twist' berikut: Kepa | Emerson, Zouma, Christensen, Azpilicueta | Jorginho, Kovacic | Pulisic, Mount, Barkley | Abraham.

Bagaimana ianya berjalan?

Memulakan perlawanan dengan misi 'wajib menang', Frank Lampard sekali lagi bermain dengan 'trade mark' beliau, 'an open play' dengan pembinaan serangan dari 'wide area'. Ia menyaksikan situasi serangan berbalas serangan, dengan Chelsea lebih di depan dalam semua aspek menyerang namun gagal mendapatkan lebih banyak gol.

Seolah 'dream game' kelihatannya, bila Chelsea mencetak gol yang sangat awal, secepat 3 minit perlawanan berjalan. Bermula idea pragmatik Mount, disusuli 'stretching run' Azpilicueta yang kemudiannya disusul hantaran silang maut menuju Abraham. Abraham dengan 'calm and sharp' meledak bola boleh tahan padu menuju ke gawang GOALLĹLLLL.

Namun lonjakan kegembiraan ini tidak lama, bila Norwich segera mendapatkan gol penyamaan. Bermula daripada 'loose ball' Jorginho, Buendia pantas melarikan bola ke kotak penalti, menolak kepada Cantwell yang kemudiannya melebar 'wide' ke Pukki sebelum Pukki kembali melorongkan bola diantara Zouma dan Christensen. Cantwell menyelinap masuk dan menokak ke gawang untuk GOALLLLLLL penyamaan Norwich.

1-1, dan ia hanya baharu 7 minit. Macam tak sangka, tetapi itulah resepinya perlawanan di Carrow Road ini, dengan Chelsea terus menerus menyerang (tetapi buntu penyudah), begitu juga Norwich, membalas balik bila berpeluang (tetapi dengan ancaman merbahaya). Ya, merbahaya, kerana benteng Chelsea yang 'gelora' dan Norwich sendiri punya gerakan serang balas pantas dengan Pukki yang sentiasa peka menghidu peluang terhidang.

Bagai skrip dinamik yang menceriakan, Chelsea segera di depan lagi menginjak minit ke 30. Jorginho, seolah mahu menebus kesilapan gol pertama Norwich, melorongkan sebuah hantaran leret mencari Pulisic yang melakukan hantaran pendek menuju Mount. Mount tidak berlengah, melakukan sedikit 'dribbling run' menuju ruang kosong berdepan pintu gol, dan menyepak padu ke penjuru atas kiri gawang untuk GOALLLLLLL ke 2 Chelsea.

Ianya 2-1 di pihak Chelsea, dan keadaan kembali serupa selepas itu dengan serang menyerang antara kedua-dua pasukan berulang lagi selepas kedudukan 1-1 tadi. Ada tandukan Christensen yang hampir gol, tetapi digagalkan Tim Krull yang cemerlang dan kali ini Norwich yang tampak bersungguh, beroleh apa yang mereka cari-cari, gol penyamaan sekali lagi. 

Bermula daripada 'loose control' Jorginho di depan sedikit bucu kotak penalti, membolehkan Temmu Pukki kemudiannya mendapat 'through pass' ke dalam kotak penalti, menewaskan Zouma dengan larian daripada belakang. Pukki kemudiannya menyudahkannya dengan rembatan tepat menggegar pintu GOALLLLL, menjadikan kedudukan segera berubah lagi, menjadi kini 2 sama.

Ia separuh masa pertama yang 'royal rumble' dengan 'open play' Chelsea yang menyaksikan serangan mengeletar, pada masa yang sama mempamerkan 'shaking defense', menjadikan 2 gol di jaringkan disamping 2 gol bolos. Ia bagaimanapun berbeza pada separuh masa kedua, dengan Chelsea lebih banyak menyerang, sedang Norwich tampak lebih mahu bertahan untuk mengekalkan kedudukan seri, dengan kurang gerakan serangan balas berbanding sebelumnya.

Chelsea akhirnya mendapatkan gol kemenangan dicari-cari, apabila Tammy Abraham menutup mulut para pengkritiknya, dengan sumbangan gol ke 2 peribadi, ke 3 Chelsea ke atas Norwich. Bermula percubaan padu Pukki yang diselamatkan Kepa, ianya 'build up' mencari Barkley yang membawa kepada gol. Kovacic yang menerima hantaran pendek Barkley, nampak kedudukan Abraham di hadapan, melorongkan bola laju ke hadapan, disusul larian Abraham yang mengoyakkan benteng Norwich. Abraham kemudiannya tenang merembat, merobek gawang lawan untuk GOALLLLL ke 3 Chelsea.

Serang menyerang berterusan, dengan beberapa usaha Barkley sebelum dan sesudah itu tampak agak 'promising' tetapi tidak mendatangkan hasil. Begitu juga Norwich, dengan beberapa usaha Pukki yang mengecutkan perut-perut The Blues, tetapi Chelsea kekal kukuh untuk menyelesaikan perlawanan dengan kesudahan kemenangan 3-2 ke atas Norwich, The Cannaries.

Three points! Job done.

Kesimpulan

Ianya kemenangan penting buat Chelsea, buat Lampard, dan buat pemain-pemain muda The Blues musim ini. Tampil dengan tekanan tinggi kebuntuan gol Abraham, tekanan tinggi oleh ketidak percayaan umum kepada benteng pertahanan Chelsea, dan tekanan tinggi oleh kegagalan Frank Lampard mendapatkan kemenangan pertama, The Blues akhirnya mendapatkan 3 mata pertama mereka.

Bermula dengan sepatutnya Pedro, ia akhirnya Barkley yang membarisi squad dengan Sistem 4-2-3-1 atas kertas, tetapi berubah-ubah menjadi olahan Formasi 4-3-3 dengan 'Duo MC' (Jorginho 'Deep' dan Kovacic 'runner') di belakang Mount yang berada lebih ke hadapan, menamatkannya dengan kekal menggunakan sistem 4-3-3, menolak Mount ke posisi 'Front 3', dengan Giroud mengambil alih tempat Abraham, dan Willian di bahagian kanan. Emerson bermain sebagai MCL dengan Kovacic sebagai MCR, menolak Jorginho lebih 'deep' dengan posisi 'Deep Lying Playmaker'.

Chelsea yang menyerang, seharusnya boleh menang dengan lebih banyak gol, jika goal Zouma dikira, tetapi ia dibatalkan oleh Giroud yang dipersalahkan kerana mengkasari Tim Krull. Chelsea malah mempunyai 2 kondisi di mana Azpilicueta dan Abraham dikasari dalam kotak penalti, tetapi tidak diendahkan Pengadil, menjadikan ianya hanya kemenangan dengan jurang 1 gol Chelsea ke atas Norwich.

Ia akhirnya malam minggu yang lega, disudahkan hidangan Secawan Kopi panas yang pekat, oleh aruhan serangan pasukan Frank Lampard yang membahagiakan, apatah lagi menyaksikan Tammy Abraham akhirnya menamatkan kemarau jaringan. Tambah manis menyaksikan betapa Temmu Pukki yang memang mencanak (dengan 1 gol dan 1 'assist') tetapi berjaya dihalang daripada menumbangkan The Blues di hujung perlawanan.

Sheffield United kini menanti pada minggu depan, dengan Chelsea sepatutnya lebih bersemangat untuk mengutip 3 lagi mata berharga, memulakan kempen terus menang, menang dan menang. Keep it up Blues! Teruskan aruhan serangan! Baiki juga kekuatan bertahan!

#footballlads