September, Oktober dan November. Cabaran Tan Cheng Hoe bermula.
Secara ringkasnya kempen 'musim baru' skuad Malaysia akan bermula. Kalau liga ni dia kira macam macam bulan Februari liga start dan habis bulan November, pertandingan domestik tamat.
Negara pula dia akan mula setahun selepas Piala Dunia dan tamat selepas 3 tahun. 1 sesi.
September, Oktober dan November Tan akan mengharungi 5 perlawanan dari 6 perlawanan sesi kelayakan Piala Dunia/Asia.
Dalam tempoh 3 bulan ini prestasi Malaysia sudah boleh dirumuskan berkaitan potensi ke Piala Asia. Piala Dunia tolak tepi, jauh sangat.
Cuma ramai orang berminat untuk melihat potensi Malaysia ke kelayakan akhir Piala Dunia. Disebabkan faktor 4 negara Asean di kumpulan yang sama. Disamping mengharapkan keajaiban negara yang mempunyai rating liga terbaik di Asia tersilap langkah, UAE.
Dalam masa yang sama Thailand, Indonesia dan Vietnam sure akan tengok benda yang sama tentang potensi itu.
Ada satu tawaran yang menarik kat situ. Slot tempat ke-2 setiap kumpulan boleh ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia melalui merit 4 best runner up dari 8 kumpulan.
Dalam tempoh 3 bulan itu Tan akan membuat 3 kali call up dalam membawa cabaran Malaysia sebelum berehat sehingga bulan Mac 2020.
Selamat maju jaya Tan. 3 bulan yang sibuk dan mencabar baginya.
...
Dalam tempoh yang sama skuad b19 Brad Maloney dan b16 juga sibuk dengan kelayakan Piala Asia. Skuad b23 Ong Kim Swee akan mengharungi Sukan SEA.
Semua itu akan berlaku ketika kancah domestik menghampiri kemuncak Piala Malaysia.
Pertandingan itu akan memasuki fasa suku akhir, separuh akhir dan akhir ketika negara juga sibuk dengan cabaran penting.
Semoga tiada isu perselisihan tentang penggunaan pemain. Cabaran di skuad negara sepatutnya menjadi sasaran akhir pemain dalam karier.
...
Apa DNA bola sepak negara yang mahu dilihat oleh para peminat?
Tiada satu rumusan yang dibincangkan secara meluas oleh para penggiat bola sepak Malaysia tentang DNA apa yang sesuai.
Tapi ada satu pemerhatian yang boleh dibincangkan tentang DNA yang sesuai. Ia dpernah dilontarkan oleh Lim Teong Kim melalui sedikit fakta yang boleh dibuktikannya.
Kepantasan merupakan kekuatan pemain Malaysia. Endurance pemain Malaysia melebihi rakan-rakan sebaya di eropah.
Maka ia mirip seperti Korea Selatan. DNA Malaysia perlu melibatkan kekuatan ini kepantasan dan energi.
Mungkin corak permainan Malaysia belum ada brain seperti Jepun. Jepun dulu pun tak ada brain juga. Korea Selatan pun kurang brain tapi boleh berjaya dengan kekuatan kepantasan dan energinya.
Park Ji Sung simbol paling berjaya memasarkan kekuatan bola sepak mereka. Jadi kenapa Malaysia tidak boleh berjaya?
Pada pertengahan 90an di dada akhbar sering ditulis kenapa Malaysia kurang berjaya. Fizikal kita kecik... diulang-ulang setiap kali gagal.
Mereka lebih memilih untuk melihat kelemahan dari memajukan kekuatan.
Apabila Jepun dan Korea mula membuktikan mereka mampu bersaing dengan lawan fizikal yang lebih besar, Malaysia mula tidak menggunakan alasan itu lagi.
Orang dah prove kekurangan boleh diimbangi dengan kekuatan jika kena cara.
Dalam tempoh 3 bulan ini skuad negara b16, b19, b23 dan senior ada tugasan tersendiri. Dan mungkin ada yang mahu lihat strengh Malaysia iaitu kepantasan ada dalam permainan mereka.
Dan mungkin ini elemen teratas yang perlu ada jika Malaysia mahu membina DNA bola sepaknya.
Secara peribadi aku rasa macam ni. Melayu kuat dengan kemahiran teknikal, Cina bagus dengan brain football dan India terkenal dengan kepantasan.
Cuma apabila dirumuskan semua sekali strengh pemain Malaysia adalah fast dan endurance. Okay tak perlu cakap pasal weakness, semua dah tahu fizikal pemain Malaysia kurus sebelum umur 23 tahun. 35 baru pejal cantik.


