'3 MEN MIDFIELD': WHO SHOULD PLAY CENTER?

Oleh: Encik Cen

Melihat adaptasi Pep Guardiola dalam 2 perlawanan pertama EPL musim ini, kedua-dua perlawanan tersebut menampilkan 'holding midfielder' dengan kekuatan 'defensif' memainkan fungsi 'stabilizer' di tengah-tengah pasukan.

Menentang West Ham, mereka menggunakan Formasi 433, dan Rodrigo diletakkan di tengah '3 Man Midfield system', berdepan Spurs pula, Formasi 4231 digunakan dengan Ilkay Gundogan dan Rodrigo Hernandez berganding sebagai 'Duo Midfield', kedua-duanya adalah 'ball holder' dengan 'good defensif ability'

Apa maknanya?

Menentang pasukan lemah, City tampil lebih menyerang, dengan Sistem 4-3-3 yang memiliki 2 orang 'Playmaker' menerusi David Silva dan Kevin De Bryune. Kedua-duanya kreatif dan banyak melakukan 'offensive run', meninggalkan Rodrigo dengan peranan 'Defensive Midfielder' dengan parameter 'Ball Holder', 'Midfield Sweeper' dan perisai kepada posisi 'Center Back' City.

Berdepan Spurs yang kuat, agresif dan menyerang, City tampil lebih selamat, namun masih berobjektifkan kemahuan menyerang, dengan memasang sistem taktikal 4-2-3-1. Gundogan dan Rodrigo diletakkan di depan 'Duo CB' dengan matlamat utama memastikan benteng pasukan terlebih dahulu selamat. Di depan mereka, ada De Bryune sebagai 'Playmaker' yang diapit oleh 2 pemain sayap yang laju.

Rodrigo terutamanya, adalah pembelian penting Pep dalam mengekalkan kualiti 'ball holder' yang kasar dan keras, seperti yang mereka miliki beberapa musim terakhir ini menerusi Fernandinho (yang kini sudah dipanjat usia), bagi membolehkan mereka terus berdaya saing dalam menyerang, dalam masa yang sama kukuh bertahan.

Bukan City sahaja berjaya dengan resepi meletakkan seorang 'Center Midfield' yang kukuh dalam bertahan, tetapi juga Liverpool yang memiliki Gregory Wijnaldum dan Fabinho di tengah-tengah koordinasi 'midfield' mereka sebagai pemain yang paling 'robust' di kalangan tiga pemain tengah dalam Sistem 4-3-3 Liverpool, dan kedua-dua City dan Liverpool adalah hanya 2 pasukan EPL paling konsisten dan berjaya dalam beberapa tahun terakhir.

Ianya tidak syak lagi, Pep dan Klopp, sungguhpun bermain dengan bolasepak cantik ('possesion play' oleh Pep / 'hard press' oleh Klopp) tetap tidak mengetepikan peranan 'defensif' dari bulatan tengah padang, dan kedua-dua mereka meletakkan pemain paling 'defensif' ditengah-tengah koordinasi 'midfield', betul-betul di harapan Duo CB'. Ia sepertinya, 'center player' tersebut perlu terlebih dahulu 'robust' dan 'rough' untum objektif 'defensif', baharulah diikuti oleh kebolehan lain seperti 'ball contol'  dan 'playmaking ability'.

Bercakap dalam konteks Chelsea dalam kegagalan mendapatkan kemenangan ke atas Leicester, kebimbangan utamanya adalah Chelsea memiliki dua orang pemain tengah yang sangat berkualiti, namun kerap nampak 'vulnerable' apabila minit permainan berjalan. Ianya memperlihat Chelsea tidak memiliki pemain dengan kemampuan melindungi bahagian pertahanan daripada bahaya serangan lawan di posisi di hadapan 'Duo CB', terutamanya apabila Kante jauh ke atas ataupun telah kepenatan.

Ya, Kante satu-satunya pemain yang 'rough and robust' dengan 'defensive ability' yang memadai  (dimiliki Chelsea) untuk memasang 'center midfield' seperti yang City dan Liverpool lakukan lewat ini. Namun Kante dipertanggung jawabkan dengan tugasan lain dengan fungsi lebih ofensif bagi menangani ruang dibahagian lebih ke hadapan, dalam masa yang sama Jorginho menjalankan tugas melindungi bahagian pertahanan (dengan kualiti defensif semulajadi yang terhad).

Jorginho akan lebih boleh dimanfaatkan kretivitinya jika diserahkan hanya menjalankan tugasan kreatif, manakala Kante boleh lebih menjadikan bahagaian pertahanan Chelsea terlindung jika difokuskan hanya tugasan 'defensif'. Sekarang ini (sejak musim lalu), Chelsea menggunakan Jorginho sebagai 'starter' kepada kebanyakan 'build up', namun hakikatnya ia termasuk tugasan melindungi kedatangan lawan (ke bahagian lebih bawah), mematahkan sebelum boleh memulakan proses 'build up' tersebut.

Kante sebenarnya boleh dicuba guna oleh Lampard pada posisi 'Central Midfield' daripada formasi '3 Men Midfield" tersebut dengan meletakkan Jorginho di kedudukan sedikit tinggi (kiri atau kanan) untuk memfokus kepada fungsi-fungsi kreatif. Ingat lagi bagaimana Matic fokus kepada kerja 'defensif' dan Fabregas menumpu kepada kerja 'kreatif' pada zaman Jose Mourinho, menjadikan Chelsea agak kuat bertahan, pada masa yang sama lumayan bola-bola magis buat bahagian lebih hadapan meledak jaringan?

Bukan menidakkan tindakan Lampard melektakan Jorginho sebagai 'Center Point' dan Kante sebagai 'Runner' dalam sistem beliau, tetapi ianya seolah membebankan Jorginho dan Kante melakukan tambahan tugas yang bukan tergolong dalam skop kepakaran mereka, sedangkan mereka boleh diberikan posisi yang menepati apa yang mereka boleh buat tanpa perlu melakukan kerja tambahan.

Ya, memang Kante yang dinamik (persis Essien), sangat cocok dengan fungsi 'runner' seperti yang Lampard amalkan, namun Chelsea ketandusan pemain lain untuk menjalankan fungsi 'defensif' yang jitu dan teguh pada posisi di depan 'Duo CB' sebagaimana yang  dilakukan City dengan Fernandinho (sekarang Rodri) dan Liverpool dengan Wijnaldum, maka meletakkan Kante di posisi tersebut tampak lebih kritikal dengan manfaat yang lebih baik dapat ditagih dari Jorginho (yang kreatif) yang tidak dibebankan dengan tugasan 'defensif'.

Ataupun barangkali Mateo Kovacic wajar dicuba bermain di posisi 'Center Man' dalam formasi '3 Men Midfield' ini dengan menolak Jorginho ke LMC untuk memfokus kepada tugasan kreatif dengan Kante di sebelahnya menjalankan fungsi 'runner' sebagai mana sekarang? Sesuatu yang wajar dicuba, dan boleh jadi memberi manfaat kerana Kovacic ada kredibiliti silam dengan peranan 'defensif'.

Ianya sesuatu yang boleh dicuba Lampard, terutama melihatkan Lampard orangnya yang sangat gemar bereksperimen, sementelah Lampard sendiri meminta masa untuk tidak dinilai (dalam tempoh singkat) bagi membangunkan squad, maka mencuba beberapa pendekatan termasuk pandangan sebegini adalah sesuatu yang boleh dilakukan, dicerap dan dilihat hasilnya.

Tanpa seorang pemain yang bertindak sebagai pengawal yang 'rough and robust' di hadapan 'Duo CB' menyaksikan benteng Chelsea sangat buruk ketika tewas kepada United dan kerap terancam ketika mendepani Leicester, menyebabkan Chelsea masih belum belum berupaya mempertahankan pintu gol tanpa bolos dalam kesemua 3 perlawanan rasmi musim baharu ini.

#Footballlads