header ads

VIDEO SESI LATIHAN KECERGASAN MATTHEW RYAN SEMASA MUSIM REHAT LIGA PERDANA INGGERIS 2018/2019


Di bawah ialah video yang memaparkan aksi Matthew Ryan yang menjalani latihan kecergasan semasa musim cuti Liga Perdana Inggeris 2018/2019 yang lalu. Matthew Ryan (Maty Ryan) menjalani latihan kecergasan di bawah bimbingan jurulatih kecergasan peribadi, Predrag Bojic semasa pulang ke Sydney selepas tamatnya saingan Liga Perdana Inggeris 2018/2019 yang lalu.


Matthew Ryan merupakan penjaga gol Brighton & Hove yang juga merupakan penjaga gol Australia (Socceroos). Sebelum berpindah ke EPL, Matthew Ryan beraksi buat kelab Valencia CF (Sepanyol), KRC Genk, FC Brugge (Belgium), Central Coast Marriners, Blacktown City dan Marconi Stallions FC yang merupakan sebuah kelab legenda semasa era kegemilangan NSL di Australia.



Matthew Ryan mengambil inisiatif menggunakan khidmat Pedraj Bojic yang terkenal dalam kalangan atlet profesional Australia dalam usaha untuk mengekalkan tahap kecergasan dan refleksi beliau menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris. Pedraj Bojic merupakan bekas pemain kelab Sydney FC dan Central Coast Mariners yang telah bersara dan kini  bertugas sebagai jurulatih kecergasan peribadi di Sydney.


Sebaik sahaja berakhirnya liga bola sepak di Australia, Pedraj Bojic juga sering menjadi tempat rujukan para atlet dan menjadi jurulatih kecergasan bagi para pemain bola sepak di Australia yang mula bercuti daripada kelab masing-masing. Khidmat beliau juga sering digunakan oleh para pemain bola sepak yang sedang mencari kelab baharu, demi membantu mereka mengekalkan kecergasan walaupun tidak beraksi dengan mana-mana kelab.

Sumber: pedjbojic