Oleh: Azhan Mohi
Pada abad ini, pengaruh yang dibawa Portugal dalam Premier League sangat besar. Bermula daripada pemain berkelas dunia seperti Cristiano Ronaldo yang mencipta nama di liga ini.
Kemudian hadir pula sentuhan jurulatih dari Portugal yang membawa dimensi baru dalam Premier League iaitu bekas pengurus Chelsea dan Manchester United, Jose Mourinho.
Selain mereka berdua, beberapa warga Portugal turut menyumbang kepada pengaruh tersebut oleh pemain seperti Pedro Mendes, Ricardo Carvalho dan Luis Nani.
Portugal terus mencipta nama di bola sepak Inggeris dan pada 2017, bermulalah kesinambungan tersebut dengan perlantikan Nuno Espirito Santo sebagai pengurus Wolverhampton Wanderers.
![]() |
Beliau yang lahir di Sao Tome dan Principe, Portugal ini menerima penghargaan tinggi daripada penyokong Wolves apabila berjaya membawa kelab tersebut menjuarai liga kejuaraan sekaligus layak ke Premier League.
Formasi 3-4-3 dan 3-5-2 menjadi asas permainan Nuno. Beliau menggunakan falsafah beliau tersendiri di dalam skuad tersebut.
Ketika beliau hadir di kelab ini, pemain berdarah Portugal seperti Helder Costa dan Ivan Cavaliero sudah berada bersama Wolves. Mereka ini antara yang mencorakkan Wolves.
Mengapa Wolves di gelar berjiwa Portugis? Ya kerana majoriti pemain mereka merupakan pemain kelahiran Portugal dan nadi utama kepada kekuatan Wolves.
Nuno telah membawa masuk beberapa pemain kelahiran Portugal seperti Diogo Jota dari Atletico Madrid, Joao Moutinho, penjaga golRui Patricio, Dan Ruben Vinagre dari Sporting Lisbon, pemain muda Ruben Neves dari Porto.
Selain itu, penyerang berbisa mereka Raul Jimenez yang merupakan pemain kebangsaan Mexico turut di bawa masuk Nuno untuk menguatkan pasukannya.
Hasilnya musim pertama Wolves di Premier League, Nuno memimpin Wolves untuk menduduki tangga ketujuh liga. Satu pencapaian cemerlang untuk sebuah kelab yang baru mendapat promosi ke liga utama.
Wolves berjaya menumbangkan Tottenham, Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Manchester United sebanyak dua kali termasuk dalam Piala FA. Mereka menewaskan United dua kali dalam masa 12 hari.
Nuno meneruskan asas tradisional di England yang suatu ketika dahulu gemarkan dua penyerang di hadapan dan hasilnya gandingan Raul Jimenez dan Jota berjaya mengumpul 25 gol musim lepas.
Satu lagi rekod menarik, kebanyakan jaringan Ruben Neves bersama Wolves adakah menerusi sepakan dari luar kotak penalti seperti bertemu Manchester United tempoh hari.
Tidak gemarkan penguasaan bola, Wolves lebih selesa untuk memenangi pertarungan udara, menekan tinggi pemain lawan dan menggunakan serangan balas yang efektif.
Boleh dikatakan ia merupakan permainan yang sering digunakan Portugal. Misalnya Jose Mourinho membuktikan serangan balas mampu memberi pasukan anda sesuatu yang berbaloi.
Portugal di bawah kendalian Fernando Santos juga gemar menggunakan permainan serangan balas. Seperti yang mereka lakukan untuk menjuarai Piala Eropah pada 2016 dan Nation League baru - baru ini.
Musim ini roh Portugal sekali lagi di bawa masuk oleh Nuno apabila beliau membawa masuk dua pemain muda Portugal iaitu Pedro Neto dan Bruno Jordao yang berusia 20 dan 19 tahun.
Kita tidak akan lihat permainan cantik daripada Wolves tetapi kita akan gemar dengan kisah mereka yang mampu membuatkan kita teruja untuk menantikan keputusan mereka.