header ads

SPURS SEDANG ROBOH?


Oleh: Encik Cen

Kalah kepada Newcastle dan Leicester, tersingkir dari EFL Cup kepada Colschester, dibelasah Bayern Munich dan semalam dimalukan Brighton, itu cerita duka Tottenhan Hotspurs musim ini.

Apa sudah jadi dengan Pochettino dan anak-anak buahnya?

Dalam kesemua 11 perlawanan musim 2019/2020, Tottenham Hotspurs hanya mencatatkan 3 kemenangan, 3 seri dan 5 kekalahan termasuklah disingkirkan oleh pasukan tangga ke-8 League Two, Colchester United melalui sepakan penalti dalam saingan Piala EFL. 

Mereka hanya mampu mencatatkan tiga kemenangan dalam saingan liga, dan mencatatkan dua keputusan seri dan tiga kekalahan kepada pasukan yang wajib mereka tewaskan iaitu tewas kepada Newcastle United (0-1), tewas 1-2 kepada Leicester City dan yang terbaharu mereka tewas 0-3 kepada Brighton & Hove Albion. Dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, mereka gagal menewaskan Olimpiakos Piraeus dan dimalukan Bayern Munich 2-7 di kandang sendiri.

Prestasi mereka tiba-tiba caca merba, menjadikan Spurs pasukan yang tidak kita jangka boleh jadi begini. Mereka tidak pernah begini dengan Pocchetino, namun itulah hidangan yang dipersembahkan terutamanya dalam 2 perlawanan terakhir ini.

Spurs tiba-tiba hilang semangat dan keyakinan, malah susun atur pasukan mereka juga tampak tunggang langgang dan pemain seolah menunjukkannya dengan 'bad body language'. Menentang Bayern, mereka tampak membiarkan Bayern berleluasa tanpa ada 'effort' untuk bangkit, dan itu senario pelik Spurs di bawah Pocchetino kini, yang sebelumnya memegang wahah yang muda dan penuh semangat.

Apakah sebenarnya yang membelenggu Spurs? 

Adakah ia kesilapan Pocchetino yang akhir-akhir ini tampak seakan kurang jelas dengan apa yang beliau sendiri lakukan. Pocchetino beberapa perlawanan ini tampak merumitkan perkara-perkara yang tidak perlu, baik secara taktikal dan dalam pemilihan, dan ianya sangat jelas terpamer dalam perlawanan Brighton.

Mahu bangkit dari kekalahan memalukan di laman sendiri kepada Bayern, Pocchetino melakukan 4 pertukaran bertandang ke Brighton. Ia sampai pertukaran 3 formasi berbeza dalam 90 minit perlawanan Brighton namun segalanya tetap gagal. Formasi 4-2-3-1 Pocchetino juga bagai lompong kosong di bahagain tengah, bila Tanguy Ndombele dan Eric Dier kelihatan tidak serasi membolehkan Brighton bermaharaja lela.

Ya, Brighton tampil berani di laman sendiri, menggunakan Formasi 4-4-2 yang 'ambitious' menentang Spurs yang tampak dalam krisis. Mereka tidak banyak bertahan seperti menentang Chelsea, sebaliknya cuba menang 'possesion' dan segera menggunakan kekuatan Aaron Mooy dan Pascal Gross di bahagian sayap, untuk cuba masuk jauh ke 'final 3rd' bagi mencetuskan porak poranda.

Hasilnya Spurs ketinggalan 0-2 belum pun separuh masa pertama berakhir, 0-3 di akhir perlawanan, kepada hanya Brighton yang sepatutnya bukan masalah kepada Spurs yang merupakan Naib Juara Eropah. Nasib mereka memang malang bila bocor seawal minit ke 3 oleh kesilapan Hugo Lloris, ditambah nasib malang Spurs oleh 'season ended injury' penjaga gol utama mereka itu.

Pelik. Spurs tidak hadir dengan rakus untuk 'bounce back' daripada kekalahan 2-7 kepada Bayern, mereka malah tampil dengan nafsu yang longlai. Jadi apa masalahnya? Apa yang terjadi kepada Spurs yang dinamik dan sangat ditakuti lawan sepanjang selama ini diuruskan Mauricio Pocchetino?

Mauricio Pocchetino patut tampil dengan resepi paling ampuh, squad terbaik, yang paling cergas dan penuh nafsu bagi memastikan Spurs dapat kembali menang, secara konsisten, untuk mendapatkan kembali semangat dan momentum yang mereka sedang keciciran.

Spurs perlu 'solid', kuat secara fizikal dan mental, dan punya kredibiliti untuk menghukum lawan dengan kepantasan, kekuatan yang mereka peragakan dengan melaung selama ini. Ia sepatutnya mereka berfungsi dengan Sistem 4-3-3 bertunjangkan Harry Kane yang tidak syak merupakan salah seorang daripada 'Europe best poacher' yang telah terbukti kesannya sejak beberapa musim lalu.

Memiliki Lucas Moura dan Son Heung-min yang 'energetik', Pocchetino patutnya membangunkan 'Front-3' dengan koordinasi Moura-Kane-Son, dengan keupayaan Moura dan Son naik turun naik turun menyerang dan mengutip bola untuk menyerang. Gandingan mereka berdua bakal mengubah lanskap permainan Spurs, bukannya menyediakan Moura sebagai 'super-sub' kepada Kane seperti yang Pocchetino lakukan sekarang.

Di tengah, mereka mesti sangat kukuh dalam menyerap tekanan, bukan longlai dan membuka ruang untuk lawan menerobos lebih jauh ke kawasan pertahanan. Gandingan Sissoko dan Winks tampak lebih cocok, dengan struktur fizikal keras dan permainan ala komando, menjadikan bulatan tengah Spurs sangat kebal untuk diterobosi.

Melengkapkan koordinasi tengah Sistem 4-3-3 (4-2-1-3) Spurs ini tentunya Christian Eriksen, dengan determinasi dan kreativiti merancang hantaran kepada 'Front-3', membolehkan Spurs kembali dengan gerakan serangan merbahaya, dengan 'satusfaction'  bahawa kubu mereka kukuh menangani serangan balas oleh kawalan keras gandingan Sissoko-Winks di bahagian lebih belakang.

Ini yang sepatutnya Pocchetino lakukan dengan segera, dan kurangkan bereksperimen, kerana Spurs yang beliau miliki ini sudah terlalu lama bersama, sewajarnya sudah sampai ke tahap kematangan yang optimum. Keep the squad settle, stop the useless tweaking, and move forward with a bizzare template of winning because you are now the Europe's No. 2!

Malangnya, Spurs terus-terusan lesu. Menentang Brighton, mereka kelihatan ke belakang dalam setiap sudut. Mereka tidak menekan sebagaimana lazimnya, mereka tidak 'track back' setiap kali menerima serangan balas lawan, malah mereka longlai dalam perebutan bola dan tidak menang kebanyakannya.

Spurs kelihatan seperti pasukan yang banyak masalah, Vertoghen dengan mata lebam yang belum surut sejak perlawanan Bayern, Dier yang longlai mungkin sebab lama tidak bermain, Eriksen tampak celaru minda, dan Lloris yang kelihatan seperti sudah 'andropause' sejak awal musim ini terkeluar pula oleh kecederaan serius.

Memang terdapat spekulasi bahawa 'dressing room' Spurs sedang tidak harmoni, dengan Vertoghen dituduh meniduri teman wanita Christien Eriksen, lantas menjadikan kem Spurs terbahagi dua setelah ada laporan (tidak sahih) Eriksen membalasnya dengan buku 5 kepada mata Vertoghen, namun itu bukan bersahaja menjadi isu, kerana Spurs memang sudah rapuh sejak isu tersebut belum lagi meletus.

Hakikatnya Pocchetino dan sebahagian besar pemainnya telah berkerja  sejak lama, malah Rose, Vertonghen, Eriksen, Lloris, Lamela, Kane, Alderweireld and Winks telah bermain bersama-sama dalam tempoh lebih lama berbanding koordinasi pemain-pemain dalam mana-mana squad Liga Perdana lainnya. Ia sepatutnya Spurs kini pasukan paling mantap dalam sudut persefahaman, terutamanya setelah mereka mara sejauh 'final' kejuaraan terulung kelab Eropah.

Adakah ini petanda psikologi bahawa usaha yang terlalu lama terhadap sesuatu objektif, yang akhirnya melepasi suatu tempoh matang tetapi masih gagal, menyebabkan pelaksananya menjadi hilang semangat sekaligus menyebabkan prestasi mereka merudum dan merosot teruk? Mereka telah terlalu lama bersama, tanpa sebarang kejayaan untuk dibanggakan, dan ia mungkin menyebabkan mereka hilang kekuatan yang selama ini mereka kendongkan.

Tidak mustahil jika kita melihar Spurs runtuh dengan drastiknya musim ini, dan seorang demi seorang pemain bintang mereka kemudiannya meninggalkan mereka untuk ke Real Madrid, Barcelona, Bayern Munich, malah Manchester United dan Manchester City, maka Spurs akan akhirnya cuma tinggal dalam lipatan sejarah sebagai pasukan muda paling mengancam yang akhirnya longlai sebelum sempat dituai hasilnya?

#MrCen