header ads

KRISIS PULISIC, APAKAH PUNCANYA?


Oleh: Encik Cen

Kisah Christian Pulisic yang tersisih menjadi cakap cerita hangat sebaik langsung tidak ada dalam senarai squad menentang Lille, lebih 'havoc' daripada cerita kemenangan 2-1 Chelsea di bumi France.

'Hot prospect' negara Uncle Sam tersebut hanya menjadi penonton di tempat duduk stadium, bukan bangku simpanan, mempamerkan emosi keras Pulisic pada raut wajah kecewa sebaik disorot kamera sejurus tamat perlawanan tersebut.

Mana taknya, Pulisic hanya menghabiskan masa mengunyah 'chewing gum', sedangkan rakan sepasukan berjuang mencari kemenangan pertama perlawanan Champions League di Stade Pierre-Mauroy.

Kesukaran Pulisic tiba-tiba menjadi antara cerita kontroversi paling menjadi bualan pada awal kerjaya menarik Frank Lampard di Chelsea. Dibeli pada Januari lalu dengan label 'Hazard replacement', memulakan 'pre-season' dengan 'so-so progress', pemain muda berharga £58m ini ditunggu-tunggu ramai pihak untuk dilihat impaknya.
 
Bekas pemain Dortmund ini hakikatnya bermula dalam 4 perlawanan berturut selepas Chelsea dibenam United 0-4. Pulisic bermain cemerlang menentang Liverpool dalam Super Cup, menyumbang 1 'assist' dalam perlawanan Norwich, namun mula diketepikan selepas seri dengan Sheffield yang kebetulan sama dengan detik Willian kembali ke kesebelasan utama. 

Selepas itu, Pulisic tidak bermain sejak September dengan perlawanan Carabao Cup menentang Grimsby menjadi satu-satunya perlawanan Pulisic kelihatan, 1 daripada 6 perlawanan terakhir, berbeza sebelumnya bila mana Pulisic bermain 4 daripada 5 perlawanan pertama Chelsea musim ini.

Ia sebenarnya masih kelihatan seimbang dengan Pulisic bermain 5 kali daripada 10 perlawanan Chelsea setakat ini, namun 'tanda harga' tersemat di dahi Pulisic yang mewah menyebabkan ramai pengikut bolasepak mula mempersoal apatah lagi Pulisic langsung tidak ada hatta di bangku simpanan Chelsea sekalipun ketika meladeni Lille.

Awal lagi untuk menilaipun, namun ia punya logik bahawa Frank Lampard masih belum mempercayai Pulisic. Sangat jelas Lampard berulang kali meminta Pulisic meningkatkan prestasi di padang latihan, malah Lampard turut kritikal terhadap Pulisic selepas perlawanan Grimsby.

Ia tentu sukar buat Pulisic mengenangkan Chelsea ketika ini yang kaya dengan sumber berkualiti pada posisi 'Attacking Midfielder'. Kebangkitan Mount, menolak Pulisic dari bahagian kiri ke kanan. Pengalaman Willian langsung menghantar Pulisic ke bangku simpanan. Lebih malang, kembalinya Odoi menyebabkan Pulisic tercampak ke tempat duduk penonton.

Ya, kembalinya Odoi tampak ancaman besar kepada tempat Pulisic di dalam kesebelasan utama. Odoi yang baharu hanya 2 kali bermain dalam squad utama, itupun dengan penampilan kurang 30 minit setiap perlawanan tetapi bersahaja memberikan impak yang meletop kepada pasukan. Malah ketika Odoi dan Pulisic sama-sama bermain dalam perlawanan Grimsby, Odoi lebih menyerlah berbanding Pulisic sendiri.

Keadaan tambah sukar buat Pulisic bila mana Lampard perlu menggunakan pendekatan Back-3 untuk lebih baik menangani serangan balas lawan, seperti ditunjukkan ketika menangani Lille, yang bermakna lebih pemain pertahanan diperlukan di dalam pasukan mengehadkan peluang Pulisic bermain. Malah bila Lampard mahu menukar pendekatan pada 30 minit terakhir perlawanan, seorang pemain dengan 'impak segera' diperlukan, maka ia sekali lagi bukan Pulisic menjadi pilihan sementelah Pulisic yang masih berjuang mendapatkan rentak.

Lihat bagaimana Odoi memberikan kesan gempar kepada ketajaman bahagian hadapan sebaik dibawa masuk, menyebabkan Pulisic kini berada di 'ranking' ke 6 di belakang Mount, Willian, Odoi, dan Pedro, malah berada di belakang Ross Barkley juga. Kepercayaan Lampard kepada Mount menyebabkan Mount pemain pilihan utama untuk bergandingan dengan pengalaman Willian. Odoi pula mengisi 1 tempat untuk 'super-sub impact', maka tempat Pulsic buat masa ini memang hanya di bangku simpanan.

Kebetulan ketika Pulisic bergelut, para pemain Akademi Chelsea seorang demi seorang menonjol dengan dasyatnya, sekaligus menjadi pilihan Lampard ke dalam pasukan dan ini tampak menimbulkan cakap cerita bahawa Lampard seorang yang nepotisme dan pilih bulu. Hakikatnya Lampard belum boleh dibuktikan begitu, kerana buat masa ini beliau hanya bertindak mengikut prestasi semasa setiap pemain sama ada di padang latihan ataupun dalam perlawanan sebenar.

Lampard tampak tegas dalam bilik persalinan, dan kelihatan tidak gentar untuk mengkritik pemain jika mereka benar-benar layak dikritik. Untuk hal ini, Lampard tampak tidak peduli kepada populariti seseorang pemain tersebut, bila beliau kelihatan bercakap bila beliau perlu bercakap. Sekadar contoh, Pulisic kerap kali diingatkan untuk meningkatkan kualiti fizikal, manakala Jorginho kerap kali dipuji Lampard oleh sikap dedikasi dan keketuaan yang beliau miliki.

Kes Hudson-Odoi adalah keadaan jelas bilamana Lampard mengkritik beliau ketika melakukan 'comeback' daripada kecederaan dalam perlawanan Grimsby, sungguhpun Odoi ini popular dan sangat ditunggu-tunggu untuk kembali ke dalam pasukan. Sungguhpun ramai mata melihat Odoi lulus baik dalam perlawanan tersebut, Lampard sebaliknya mengetengahkan kegagalan Odoi mematuhi instruksi untuk banyak bermain di belakang pertahanan Grimsby. 

Teguran itu diberikan Lampard kepada Odoi ketika rehat, dan Odoi kembali dalam separuh masa kedua dengan pujian kerana menjalankan arahan Lampard dengan baik. Lampard mengulangi ingatan yang sama untuk Odoi sebelum masuk dalam perlawanan Brighton, dan Odoi tampil dengan kualiti hantaran baik untuk gol Willian. Ianya dilakukan dengan mengikut arahan Lampard untuk Odoi bermain di belakang pertahanan lawan, dan Odoi melakukannya dengan cemerlang.

Kes Hudson-Odoi ini adalah contoh terbaik bagaimana Lampard memberikan teguran dan arahan untuk bagaimana menjalankan pendekatan taktikal beliau dan Odoi menjawabnya dengan baik di dalam padang. Terjemahan kepada sikap Odoi yang mengikut arahan ini jelas positif bila mana Odoi berjaya memberikan impak dengan 2 'assist' luar biasa kepada Willian dalam 2 perlawanan berturut, dan ianya tidak lain disebabkan Odoi dengan patuh menjalankan apa yang Lampard mahukan. 

Ini sesuatu yang Pulisic perlu belajar dan usahakan secepat mungkin, apatah lagi Pulisic semakin tersisih daripada 'pecking order' dan Lampard terang-terangan berkata Pulisic hanya cuma 21 tahun, suatu usia yang muda dan perlu banyak belajar dan mendengar arahan untuk terus maju dan berdaya saing. Pulisic harus mencerapi ianya dengan ikhlas, jujur dan usaha bersungguh, tanpa perlu langsung bercakap dengan media mengenai ketidak puasan hati beliau yang akhirnya boleh menyebabkan suasana 'dressing room' yang tidak murni dan merosakkan.

Lampard sendiri dengan jelas memberitahu kepada umum akan keterujaan beliau kepada kualiti pemain muda yang beliau miliki, namun perlu mengadun squad dengan tenaga berpengalaman juga atas hakikat bahawa pemain muda tetap pemain muda, dan mereka perlu sentiasa dibimbing terutamanya ketika perlawanan berjalan.

Jadi, persaingannya sangat sengit, dengan Mount sudah memateri satu posisi untuk pemain muda dan Willian tampak menjadi pilihan Lampard untuk suntikan pengalaman. Maka yang tinggal adalah Odoi, Pedro, Barkley dan Pulisic sendiri untuk berjuang merebut 2 atau 3 tempat bagi posisi 'Attacking Midfielder', dan ianya bukan suatu perjuangan yang mudah.

Dengan Odoi mula mengancam dan mungkin memaksa Lampard tampil dengan formasi '3 Attacking Midfielder', tempat Pulisic masih lagi tidak ada melainkan Pulisic 'step up' di padang latihan dan perlawanan sebenar dengan mengusahakan sebaik mungkin apa yang Lampard mahu beliau lakukan.

Pulisic tetap pemain berbakat, dan perjalanan musim ini juga hakikatnya masih panjang. Dalam keadaan Chelsea yang tidak bertahan dengan baik awal musim ini, memang Lampard kurang ruang untuk melakukan 'rotation' secara total, maka itulah sebabnya umum melihat Lampard kerap menurunkan para pemain yang sama dalam banyak perlawanan.

Ia semata-mata kerana Chelsea tetap perlu mendapatkan keputusan yang baik, sungguhpun semua pihak bukan main lagi berkata memberi Lampard peluang (seberapa lama yang boleh) untuk membangunkan squad. Chelsea bukan kelabnya yang boleh meneruskan musim dengan kekalahan demi kekalahan, jadi tekanan sedemikian harus difahami umum menjadi penyebab kenapa Lampard sukar untuk betul-betul melakukan 'rotation' dengan kelompok pemain yang belum betul-betul mencapai prestasi.

Selamat berjuang Pulisic, teruskan cemerlang Lampard!

#Footballlads