header ads

SPAIN ARE NOW LESS REAL-BARCA


Oleh: Encik Cen

Bukanlah namanya La Roja kalau ia tidak dipenuhi pemain Barcelona, namun tahukah anda apabila anda merujuk squad yang diumumkan minggu ini, ianya tidak lagi berlaku sedemikian.

Itulah hakikat terkini apabila dalam senarai 24 orang pemain skuad Sepanyol yang diumumkan oleh pengurus Sepanyol, Roberto Moreno, hanya seorang pemain Barcelona yang dipanggil iaitu Sergio Busquets, berbanding sebelumnya: berbondong-bondong.


Malah Spain kali ini hanya juga membariskan 3 orang pemain Real Madrid dan seorang pemain Atletico Madrid, menunjukkan terdapat angin perubahan besar sedang berlaku dalam kancah Liga Sepanyol yang dahulunya dikuasai dengan dominan 3 pasukan terkuat ini.

Hal ini jelas merupakan refleksi kepada keadaan semasa, memperlihatkan kuasa '2 Big Team' La Liga ini kian merosot menyebabkan kebiasaan 7 hingga 8 pemain mereka membariskan squad kebangsaan Sepanyol, tidak lagi berlaku.

Kelihatannya, era Gerard Pique, Carles Puyol, Xavi, Andres Iniesta, Casillas, Sergio Ramos, dan Xabi Alonso membentuk hampir 100% kesebelasan utama Sepanyol sudah berakhir perlahan-lahan.

Sunguhpun nama-nama sebesar Isco, Marco Asensio, Nacho, Jordi Alba, Sergi Roberto, malah Diego Costa, Koke dan Alvaro Morata bermain dalam Liga Sepanyol sendiri, kesemua mereka tidak ada di dalam squad Sepanyol yang diumumkan kali ini.

Ia sebaliknya diisi dengan lebih ramai pemain daripada kelab-kelab seperti Villareal, Sevilla dan Atletic Bilbao, memperlihatkan senario baharu squad kebangsaan Sepanyol, yang pastinya berlaku dengan khaitan khusus perjalanan Liga Sepanyol sendiri.

Pertama, kemerosotan ketara squad-squad besar ini yang memperlihatkan squad-squad pertengahan mula mencetuskan impak. Lihat sahaja Real Madrid dan Barcelona hari ini yang boleh dikalahkan siapa sahaja, dan ini menjadi antara punca utama.

Kedua, ia berkait keterujaan pasukan besar bersaing sesama mereka, menyebabkan Real Madrid dan Barcelona (terutamanya) membeli pemain-pemain bintang dari luar menguatkan squad, menyebabkan mereka tidak lagi cenderung menelurkan bakat-bakat dari akademi mereka sendiri.

Ia kini sudahnya menghasilkan squad kebangsaan Sepanyol yang kita lihat sekarang, tanpa ramai pemain daripada Barcelona dan Real Madrid (juga Atletico Madrid) walhal ketiga-tiga kelab ini adalah penguasa Liga Sepanyol, malah juga kelab disegani dalam cabaran peringkat Eropah.

Senario sebegini biasanya merosakkan perkembangan squad kebangsaan sesebuah negara, bila 'Big Team's' mereka tidak lagi menyumbang kepada kekuatan squad kebangsaan mereka sendiri, yang akhirnya menyebabkan prestasi squad kebangsaan mereka perlahanan-lahan hanyut.

Lihat apa yang berlaku kepada squad kebangsaan England sejak 'Big Four' mereka menggila dengan sumber daripada luar. Lihat pula kekuatan Germany,  bila Bayern dan Dortmund (dua kelab terbesar mereka) gah membekalkan sumber kepada squad kebangsaan mereka, tanpa lelah.

#Footballlads