header ads

 LILLE 1 CHELSEA 2 : KEMENANGAN ARMADA MUDA LAMPARD


Oleh: Encik Cen

Chelsea bertandang Stade Pierre Mauroy, Peranchis dengan misi mesti menang (setelah dikejutkan Valencia 0-1 dalam perlawanan pertama) dan berhasil mendapatkan 3 mata berharga menewaskan Lille Olympique Sporting Club 2-1.

Bagaimana ia berjalan?

Frank Lampard meneruskan 'unsangkarable flexible approach', kali ini bermula dengan sistem 'Back-3', berteraskan Formasi 3-4-2-1 dengan 'European debut' buat Reece James dalam XI berikut:
Kepa | Tomori, Zouma, Azpilicueta | Alonso, James | Jorginho, Kante | Mount, Wilian | Abraham

Chelsea bermula dengan 'low key start', namun perlahan-lahan menguasai permainan ketika Lille cuba mengulangi 'frame work' Valencia dengan 'sit back' dan hanya menunggu untuk melakukan 'counter attack'. 

Namun Chelsea cepat memeranjatkan Lille, dengan gol seawal 22 minit perlawanan daripada Tammy Abraham. Bermula hantaran lambung Jorginho ke kiri padang, Kante kemudiannya menolak ke arah Tomori sebelum Tomori melepaskan hantaran lambung lagi kepada Mount/Abraham.

Ya, Mount atau Abraham kerana kedua-duanya berada di tempat yang sama, menggagalkan perangkap 'offside' Lille, pada masa yang sama mengelirukan mereka untuk sama ada mengawal Mount atau Abraham, disusul 'turning and then shot' Abraham untuk GOALLLLLL pertama Chelsea.

Namun ia mengecewakan, kerana Chelsea tidak melebarkan jurang, dan kelebihan gol tersebut segera membuatkan Lille bersemangat untuk mengejar. Dalam satu gerakan 'counter attack' 8 minit kemudian, percubaan Araujo nyaris gol namun mujur Kepa Arizzabalaga cemerlang menampan bola.

Chelsea kemudiannya mengulangi penyakit lemah batin ketika menangani 'set pieces' lawan, bilamana sepakan penjuru Bamba melambung tinggi menewaskan sekaligus Tomori dan Zouma, membolehkan Victor Osimhen menanduk 'free header' yang menterjemahkan GOALLLLL penyamaan Lille Olympique Sporting Club.

Jorginho nyaris memberikan Chelsea gol ke dua pada penggujung 45 minit perlawanan, namun 'clipping shot' beliau hanya menyinggah cantik ke tiang gol. 'Meletop siakkkkk' kalau gol tu. Lantas Chelsea akur keluar rehat separuh masa dengan kedudukan seri hanya 1-1.

Separuh masa kedua bersambung, dan ia kembali kepada 'lower tempo' sebagaimana permulaan separuh masa pertama. Namun Chelsea sekali lagi perlahan-lahan menguasai 'game passesion' dari bahagian tengah padang, menyerak ke bahagian rendah sayap tetapi gagal menterjemahkan asakan bahaya.

Lille pada masa yang sama meneruskan strategi 'sit back' dengan 'intention' untuk menyerang balas. Mereka juga sangat berusaha mendapatkan semua jenis 'set pieces'   kerana mereka sedar akan kelemahan Chelsea dalam sudut tersebut.

Menyedari permainan Chelsea yang semakin tidak pragmatik, Lampard membuat keputusan untuk 'push for the win', dan Chelsea melancarkan pertukaran taktikal 30 minit terakhir. Ianya 'a switching to 4-2-3-1 system', membawa masuk 'Odoi The Chances Creator' dan bahagian hadapan Chelsea secepat itu bertukar menjadi dinamik.

Mount nyaris melakukannya, menerima hantaran Willian dan menyilang bola ke arah pintu gol, namun rembatan serupa hantaran tersebut tersasar sungguhpun pintu gol Lille sedang terbuka. Odoi kemudiannya tampil hero, menggedempon Yazici, melihat kedudukan baik Willian sebelum menghantar lambung bola kepada Willian untuk disudahkan sebagai GOALLLLLL.

'First-time volley' meleleh daripada Willian tersebut menunjukkan kesan yang Odoi mampu beri kepada pasukan dengan menghidupkan Willian yang sebu permainannya sebelum itu, menjadi 'hero' yang menjaringkan gol kemenangan.

Gol itu tidak membunuh Lille. Ia malah menyebabkan Lille berusaha bangkit menjadikan baki 10 minit perlawanan yang tinggal agak getir untuk ditamatkan. Beberapa 'silly mistake' Tomori dan Kepa ketika itu nyaris-nyaris menyebanbkan Chelsea berputih mata untuk pulang tidak menang.

Namun pujian boleh diberikan kepada Kepa yang dengan tangkas, berani dan bertanggung jawab, keluar jauh menafikan percubaan pasti gol Lille di hujung-hujung perlawanan. Wisel penamat ditiup, dan ia seribu kelegaan. Chelsea berhasil menang perlawanan Eropah pertamannya bersama Frank Lampard.

Kesimpulan

Lawatan ke Peranchis selesai, dan Chelsea memungut 3 mata berharga. Ia sangat penting memandangkan Chelsea tewas perlawanan pertama, maka kemenangan ini perlu untuk membolehkan Chelsea kekal dalam posisi menyaingi kedudukan ke-2 dalam kumpulan.

Lampard sekali lagi menampilkan 'tactical flexibility' (sesuatu yang kita susah tengok musim lalu), bila Lampard tanpa jangka bermula dengan Formasi 3-4-2-1, untuk kemudiannya menyuntik tenaga berbeza bila bermain pula dengan Formasi 4-2-3-1 pada hujung masa.

Introduksi Tomori-Zouma-Azpi sebagai Back-3 dilengkapkan pasangan Alonso-James adalah perjudian kali pertama, dan ia 'not bad' dalam sudut memastikan Chelsea utuh menangani serangan balas lawan. Kemasukan Odoi untuk Reece James pula jelas memberi lebih suntikan dalam aruhan serangan dan ia berhasil manfaat bila Chelsea mendapatkan gol kemenangan.

Pedro kemudiannya dibawa masuk untuk menyuntik kesegaran hujung masa kepada jentera hadapan, kehadiran Kovacic pula tidak syak, untuk membolehkan Chelsea kekal kebal menangani Lille yang terus gila untuk mengejar kembali kedudukan setelah ketinggalan.

'Quite a good tactical switching' daripada Lampard, macam santapan kopi ais pagi-pagi buta, untuk kini berjaya pula memenangi perlawanan sungguhpun tidak bermain begitu cantik. Ilmu baharu barangkali buat beliau, setelah sebelumnya kerap tidak menang sekalipun bermain cantik.

Seronok melihat Willian terus menjaringkan gol, lebih seronok melihat 'chemistry' beliau bersama Odoi, apatah lagi Abraham juga menemui kembali sentuhan gol, sungguhpun kurang beroleh peluang gol di Stade Pierre Mauroy awal pagi tadi.

Namun kemenangan Lille ditutup dengan beberapa fakta yang jelas, bermula status Christian Pulisic yang sekali lagi tidak bermain, kini tidak langsung ada di bangku simpanan pun. Ianya sebuah tanda tanya tentang apakah situasi sebenar Pulisic di Chelsea, yang tampak tidak berjaya sama sekali memenangi hati Frank Lampard.

Ia juga perlawanan tanpa Ross Barkley, mungkin juga disebabkan krisis Barkley yang terlibat dalam pergaduhan lewat malam dengan 'taxi driver'. Ia krisis moral, sungguhpun Lampard terang-terang menyokong Barkley di mata umum, namun Barkley tidak langsung dilibatkan dalam perlawanan Lille.

Yang ketiga adalah 'Lampard way of winning' bila mana kepulihan beberapa pemain seperti Odoi dan James menyebabkan Lampard lebih 'variety' dan mula ada kemampuan melakukan 'tactical changes' baik ketika memulakan perlawanan, ataupun ketika perlawanan memasuki 30 minit terakhir. 

Dua perlawanan terakhir dengan dengan pertukaran pemain dan taktikal pada hujung 30 minit perlawanan menampakkan kesan positif kepada keputusan perlawanan, menjadikan Chelsea sebuah pasukan yang kini ada 'alternative option' di hujung-hujung masa, dan Lampard melakukannya dengan tambahan pemain yang baharu kembali dari cedera.

Terakhir, tentunya kelemahan menangangi 'set pieces' yang masih 'costly', dan Chelsea mahu tidak mahu perlu memastikan masalah ini segera ditangani, bagi memastikan musim yang masih panjang mampu berjalan sempurna. Setakat itu catatan ini berhenti. Southampton menunggu pada Sabtu, tahniah Chelsea untuk 3 mata berharga!

#Footballlads