Menjelang kelayakan Piala Dunia 2022 benua asia yang akan bermula tidak lama lagi, Malaysia memilih Jordan (99) sebagai persediaan untuk menghadapi saingan kumpulan G yang terdiri daripada UAE (67), Vietnam (96), Thailand (116), Malaysia (159) dan Indonesia (160). Tiada laluan mudah buat pasukan negara menjelang persaingan pada kali ini walaupun ranking negara dilihat yang terbaik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
FAM membuat keputusan tepat memilih Jordan untuk aksi perlawanan persahabatan sebelum mulanya sepak mula yang dinanti seluruh peminat bolasepak tanahair. Ini kerana dalam kumpulan G punyai satu wakil benua arab iaitu UAE dan Jordan merupakan satunya pasukan benua arab yang baru menguji Indonesia (kumpulan sama) pada bulan Jun dan ini adalah perlawanan petanda aras persediaan pasukan. Walaupun ranking UAE jauh lebih baik dari Jordan, dalam perlawanan itu Indonesia (away) tewas 1-4 pada Jordan.
Berdasarkan perlawanan tempoh hari, anak buah Tan Cheng Hoe yang baru di kumpulkan bersama dilihat mampu menyaingi lawan walaupun tewas 0-1 hasil jaringan awal min-7 di babak pertama. Jika dilihat statistik 45minit pertama, ia secara terang adalah milik Jordan yang berjaya membuat beberapa asakan merbahaya ke kubu Malaysia dan tuan rumah dilihat agak goyah ketika bertahan dan membuat beberapa kesilapan yang sepatutnya dielakan. Kecemerlangan penjaga gol iaitu Farizal Marlias yang menyelamatkan beberapa percubaan lawan yang bole menambah gol pada pelawat. Gandingan barisan serangan dilihat gagal menciptakan ruang dan peluang untuk menyamakan kedudukan sebaliknya hanya mampu dapatkan dua percubaan yang tidak tepat ke sasaran. Pemain muda negara iaitu Daniel Amir yang membuat debut pertama karier antarabangsa gagal menyerlah dan ini dilihat lebih kepada teknikal yang belum punyai keserasian antara pemain dan tektikal.
Dibabak kedua dengan berlakunya beberapa perubahan tektikal dan pemain, dilihat tuan rumah mampu memberi saingan pada pelawat dan lebih banyak menguasai permainan. Serangan dilihat lebih kemas dan tersusun berbanding di separuh masa pertama dimana mereka berjaya membuat enam percubaan tepat kearah gol dan berjaya mencemaskan lawan. Kehadiran muka baru seperti Partiban yang membuat 'first debut' pada separuh masa kedua menggantikan Safawi berjaya memecah benteng lawan dengan larian pantas dan hantaran tepat. Brendan Gan yang kembali menyarung jersy kebangsaan setelah berehat lama akibat kecederaan berjaya menghasilkan 90minit permainan. Kemasukan Syafiq Ahmad juga memberi kesan yang banyak dimana beliau berjaya mengatur serangan dengan baik dan dilihat bertenaga menghuru harakan lawan.
Akhir permainan, Tan Cheng Hoe memberi tahu pada media bahawa ada yang positif dan negatif dari perlawanan pemanas badan itu. Juga diberi tahu bahawa coach Indonesia berada di Stadium Bukit Jalil tika perlawanan berlangsung untuk membuat penilaian pasukan dan juga dikhabarkan TCH menyimpan senjata utama negara dengan membuat eksperimen gandingan baru. Tanpa khidmat pemain natrulisasi pertama negara iaitu Sumareh yang masih cedera, serangan Harimau Malaya dilihat tidak begitu menyengat dan diharapkan keajaiban berlaku bila menjelang perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno nanti. Senarai awal yang terdiri daripada 27 pemain hanya tinggal 24 setelah 3 pemain telah pun disingkir untuk dibawa ke kejohanan. Mereka yang tidak terpilih terdiri daripada Faiz Nasir, Jafry Firdaus & Hazwan Bakri.





