Melihat Jorginho menentang Sheffield United, ia sebuah persembahan bersungguh, menampilkan kerajinan dalam permainan.
Beliau menampilkan usaha 'defensif' yang boleh dipuji (sungguhpun masih banyak yang perlu dibaiki); dengan cuba berada di kiri, kanan, mahupun tengah bahagian pertahanan, membantu menangani serangan lawan.
Menampilkan 'touches' terhadap bola yang terklasifikasi baik, Jorginho menguasai bahagian tengah dengan tenang (terutamanya pada separuh masa pertama) menepati nilai seorang 'Playmaker', malah terlibat dalam gol ke-2 Chelsea.
Bila Jorginho sedikit merosot pada separuh masa kedua, ia mempengaruhi sama aruhan serangan Chelsea menjadi perlahan, membuktikan bahawa kualiti yang ditunjukkan pada separuh masa pertama sangat membantu pembangunan permainan.
Suara-suara Jorginho di dalam padang kelihatan sangat membantu susun atur posisi dan hantaran bola ketika melayani Sheffield, dan ia tampak menjadi sebab kenapa Jorginho semakin hari semakin mendapat tempat di hati Frank Lampard.
Ianya sesuatu yang menyentuh rasa, melihat Jorginho terus melutut melampiaskan kekecewaan setelah bola yang cuba diselamatkan Zouma akhirnya menerjah jaring pada hujung-hujung minit perlawanan, menunjukkan sisi jiwa Jorginho yang tebal sebagai pemimpin dalam pasukan.
Jorginho yang kurang menyerlah oleh kurangnya sokongan daripada pasukan dalam membangunkan bolasepak cara Sarri musim lalu, kini tampak perlahan-lahan memenangi hati Stamford Bridge dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan.
Tidak syak sentiasa berperisa dalam merencana bola kreatif, Jorginho jelas sangat berusaha membaiki aspek 'defensif' ke dalam permainan beliau dan tampak bangkit perlahan-lahan membetulkan kekurangan-kekurangan sebelumnya.
Dengan Frank Lampard kelihatan sudah memautkan keputusan untuk menggunakan pemain dengan kualiti Jorginho di kedudukan 'Deep Lying Midfielder' Chelsea kendalian beliau, 'effort' dan peningkatan yang Jorginho tunjukkan menentang Sheffield terklasifikasi boleh dipuji.
Sebuah persembahan dengan nilai mata 8/10 buat Jorginho, yang mungkin boleh dinilai lebih tinggi jika beliau mampu menjadi lebih 'rough' dan 'pace' dalam menjalankan kerja-kerja 'Sweeper in front of the Center Back' sesuai dengan tanggung jawab yang diberikan kepada beliau.
Imej tersisip adalah 'fast sketch' MrCen menunjukkan gaya beliau ketika menentang Sheffield, mohon maaf sebab tangan dia x berapa nak jadi.
#Footballlads


