Oleh:Hairi Mohd
Sebelum ini saya ada menulis tentang keberangan sesetengah pihak yang bergiat aktif dalam sukan bola sepak di Victoria/ Melbourne kerana pemerintah di sana telah meluluskan peruntukan kepada tiga sukan utama di Victoria iaitu Australia Rules Football, hoki (hockey) dan bola sepak (dikenali sebagai soccer di Australia)
Penggiat sukan bola sepak amat marah kerana walaupun realitinya dalam tempoh beberapa tahun belakangan ni sukan bola sepak adalah merupakan paling banyak berkembang di Victoria dan mendapat banyak penyertaan generasi muda, namun sukan ini dianaktirikan apabila menerima peruntukan paling sedikit, malah menerima 10 kali ganda lebih sedikit daripada Australia rules football di AFL (Australian Football League) /
Ada yang bertanya apakah itu AFL? AFL atau nama lengkapnya ialah Australia Football League ialah liga terkemuka untuk australia rules football iaitu sejenis sukan yang hampir serupa seperti ragbi tetapi dimainkan di atas padang yang berbentuk bujur (oval) dan sukan ini adalah lebih pantas daripada ragbi tetapi sama kerasnya seperti ragbi. Sukan ini menggunakan padang yang bersaiz dua kali saiz padang bola sepak iaitu 135–185m x 110–155m.
Australia rules football melibatkan 18 orang pemain setiap pasukan dengan 4 orang pemain simpanan. Masa permainan dibahagikan kepada 4 pusingan dan setiap pusingan berdurasi 20 minit. Australia rules football dimainkan di sekeliling padang dengan pemain boleh menendang, membaling dan melarikan bola. Oleh itu sukan ini menuntut stamina yang tinggi dalam kalangan pemainnya.
AFL berasal daripada Victoria dan nama asalnya ialah Victorian Football league (VFL) sebelum ditukar kepada Australian Football League (AFL). Sebelum bola sepak mendapat hati dalam kalangan peminat sukan Australia, AFL telah lama menambat hati rakyat Victoria terutama di Melbourne. Bayangkan daripada 8 buah pasukan yang berentap di AFL, q0 buah kelab adalah berpusat di Victoria manakala dua di New South Wales dan masing-masing sebuah kelab di Western Australia, South Australia dan Queensland.
Antara pasukan ternama AFL di Melbourne ialah Hawthorn dan Collingwood. Namun Richmond Football Club merupakan pasukan yang cukup gah dan popular di Melbourne dan wujud sejak 1885. Kelab ini menguasai stadium legenda Melbourne iaitu Melbourne Cricket Ground (MCG) Richmond kelab yang berlogokan The Tigers merangkul 11 trofi kejuaraan AFL dan kali terakhir menjuarainya pada 2017.
AFL ialah sukan yang paling mendapat perhatian media di Melbourne dan Victoria. Buktinya jika anda ke Melbourne, ada akan ternampak pelbagai iklan tentang AFL dan poster pemain SFL terpampang di sana. Jika anda ke kedai alatan sukan terkemuka di sana seperti Rebel Shop, anda akan perasan bahawa barangan sukan dan cenderahati AFL seperti skaf dan jersi AFL adalah lebih banyak daripada cenderahati dan barangan sukan bola sepak. Di dalam surat khabar juga banyak berita tentang AFL. Jika anda ke kedai buku, anda akan dapati adalah lebh mudah untuk mencari majalah sukan AFL berbanding bola sepak.
Pada awalnya anda akan berasa aneh dan hairan apabila berada di kedai kopi anda terdengar perbualan penduduk tempatan tentang AFL. Anda akan dapat rasai bahawa peminat bola sepak di bandar Melbourne adalah seperti golongan yang terpinggir dan kevil berbanding dengan sukan bola sepak. Sebagai orang yang berasal dari negara yang mencintai sukan bola sepak (sebenarnya hampir seluruh dunia meletakkan bola sepak sebagai sukan utama) Anda juga akan berasa aneh apabila orang ramai berpusu-pusu ke stadium berdekatan untuk menonton perlawanan liga AFL, manusia berbondong-bondong menaiki tram ke stadium dengan memakai skaf pasukan AFL manakala jalan raya menjadi sesak kerana perlawanan AFL.
Hal yang amat berbeza dengan hari perlawanan A League walaupun juara A League 2018 berasal dari Melbourne iaitu Melbourne Victory. Jalan raya tidak akan sesesak hari perlawanan AFL dan stadiun tidak akan sepenuh hari perlawanan AFL walaupun bola sepak dan AFL berkongsi stadium yang sama.
Pada saat ini anda akan berasa hairan dengan kefanatikan rakyat Victoria dan Melbourne khususnya terhadap AFL kerana secara realitinya sukan ini bukanlah sukan yang mampu berkembang jauh dan hanya tertumpu di Victoria dan beberapa negeri lain di sekitar Perth (Western Australia), NSW, Queensland dan South Australia. Sesungguhnya AFL ialah sukan buat rakyat Victoria dan Australia dan bukan untuk manusia sedunia.
Pada pendapat saya, sukan bola sepak akan mencabar kedudukan AFL pada suatu masa nanti kerana graf jumlah penyertaan generasi muda terhadao bola sepak menunjukkan peningkatan saban tahun. Kini, bola sepak di Victoria mencatatkan angka tertinggi penglibatan generasi muda namun sukan ini memerlukan sokongan pihak pemerintah untuk memastikan bola sepak akan terus berkembang.
#Footballlads
#Australiarulesfootball
#AFL

