header ads

THE BEST AND THE WORST: CHELSEA VS NORWICH



Oleh: Encik Cen

Chelsea mencatat kemenangan pertama musim ini, menewaskan Norwich 3-2 dalam perlawanan yang sekali lagi menampilkan 'bright positivity' dalam sudut menyerang, namun kini lebih 'sharp' berbanding 2 perlawanan terdahulu.

Siapakah 3 pemain terburuk dan 3 pemain terbaik perlawanan yang menyaksikan Chelsea bermain 'open play' dengan 'mostly wide side attack', mencatat 23 cubaan ke gawang lawan tetapi bocor 2 kali?

3 Pemain Terburuk

No. 3: Willian

Sungguhpun hanya masuk pada minit ke 83, namun persembahan Willian (yang berpengalaman) masih jauh daripada boleh dikatakan baik. Tampak masih berkarat dengan larian perlahan dek badan yang nampak masih berat, Willian tidak mencetus apa-apa impak sebaik masuk menggantikan Pulisic.
Nilai Mata: -

No. 2: Kurt Zouma

Permainan Zouma masih longgar dan terlibat dalam membenarkan 2 gerakan gol Norwich. Namun 'decision making' Zouma makin meningkat dengan beberapa 'tackle' yang bersih dan sasaran bola tinggi yang makin baik. Zouma perlu lebih 'vokal' dalam mengepalai bahagian CB, sambil perlu lebih pantas dan bijak membaca pergerakan penyerang lawan.
Nilak Mata: 5/10

No. 1: Jorginho

Beraksi baik sebenarnya dalam merangka idea kreatif, namun Jorginho yang kurang dalam keupayaan 'defensif' tampak 'struggle' menjalankan fungsi 'defensive' dan 'playmaker' serentak. Kedua-dua gol Norwich bermula daripada kegagalan Jorginho, dengan yang pertama disebabkan oleh 'loose ball' Jorginho yang dimanipulasi Beundia, yang kedua pula oleh 'loose control' Jorginho menyebabkan Temmu Pukki akhirnya beroleh peluang terbuka membidik ke arah gawang gol. Namun  Jorginho juga tidak dinafikan beberapa kali berjaya menggagalkan serangan balas Norwich.
Nilai Mata: 5/10

3 Pemain Terbaik

No.3: Mateo Kovacic

Tentunya Kovacic di tempat ke 3, 
menampilkan 'one of his best performances' musim ini. Kovacic agak 'commanding' dalam ruang diantara 'box to box', menggalas fungsi Kante dalam perlawanan sebelum ini dengan larian-larian naik turun untuk melakukan 'cover up' menjadi 'first distractor' kepada kemaraan lawan daripada bulatan tengah. Malah Kova sangat dinamik, dengan 'forward pass' yang baik (lebih baik daripada yang Kante lakukan), satu daripadanya berhasil mencetus gol ke 2 Abraham. 
Nilai Mata: 8/10

No.2: Mason Mount

Benar-benar 'real bright spark' buat Chelsea, menampilkan dinamikasi serangan yang bukan kepalang. Sentiasa berada di tempat yang tepat, Mount bijak dalam larian-larian yang membantu beliau mendapatkan sudut terbaik mencetus kacau bilau kepada struktur pertahanan lawan. Bijak menyilang hantaran kepada Azpilicueta, mengoyakkan struktur pertahanan Norwich yang mendorong kepada situasi gol pertama Chelsea, Mount kemudiannya memperaga larian solo yang gemerlap dalam meledakkan gol kedua Chelsea. Apa nak kata lagi mengenai 'The new Lampard' ini melainkan perasan berbaur rasa puas hati sungguh wa cakap lu.
Nilai Mata: 8.5/10

No.1: Tammy Abraham

Memulakan perlawanan dengan tenang disebalik tekanan menggunung sebahagian penyokong Chelsea yang kurang sabar menunggu beliau mula mendapatkan rentak. Ringkasnya sebuah 'superb display' dihidangkan 'Blues Frontman' ini yang mempamerkan kredibiliti dalam memegang bola di kotak penalti Norwich, malah mula mempamerkan 'sharpness' yang dicari-cari dalam 3 perlawanan sebelum. 2 gol dari Abraham, yang pertama dengan rembatan 'gila padu' sebaik menerima hantaran Azpilicueta, yang kedua dengan sekilas 'individual effort' mengigil, mengoyak sama sekali koordinasi pertahanan Norwich.
Nilai Mata: 9/10

Man of the Match?

Ia sepatutnya Mason Mount jika bukan kerana 2 gol dijaringkan Tammy Abraham. Namun sentuhan prolifik Abraham terutamanya dalam keadaan melepasi tekanan kemarau gol adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan, menjadi faktor penting kemenangan Chelsea ke atas Norwich. Oleh itu, MrCen berpendapat adalah adil untuk memberikan gelaran MoTM perlawanan semalam kepada kedua-dua mereka bersekali, memandangkan impak dicetuskan kedua-dua mereka bukan calang-calang.

Kesimpulan

Persembahan menyerang 'promising' The Blues dengan persefahaman baik Mount dan Abraham, memberikan gambaran betapa mereka ini boleh lebih meningkat di masa depan. Bayangkan jika Odoi kembali (dengan prestasi akhir musim lalu), membentuk rangkaian penggempur Pulisic-Mount-Odoi dengan Abraham sebagai 'Sharp Shooter' nya, maka Chelsea boleh tampil lebih digeruni.

Kovacic juga agak baik dengan peranan 'Runner of the Box-to-Box', memberi gambaran betapa Kante nanti selepas pulih boleh dipertimbangkan untuk kembali ke 'central position' untuk fokus kepada kerja-kerja 'horizontal defending', menolak Jorginho ke depan sedikit untuk fokus kepada peranan 'kreatif' dalam Formasi 4-3-3 yang lebih 'selamat' tetapi berorientasikan serangan.

Bahagian hadapan Chelsea sudah tampak bagus, jika bahagian tengah ini dapat dibaiki, terutamanya dalam sudut 'defending', maka bahagian pertahanan yang sekarang ini tampak rapuh bakal mendapat manfaat yang bukan sedikit. Gandingan Zouma dan Christensen yang dilindungi, akan secara automatik menjadi lebih berkesan dalam membangunkan kubu pertahanan yang kebal.

#Footballlads