Oleh: Encik Cen
David Luiz sudah bukan pemain Chelsea, tetapi mengikuti perkembangan beliau adalah suatu kemestian. Bagaimana beliau ketika menentang Liverpool?
Bermain baik untuk 40 minit pertama perlawanan, David Luiz mengagalkan hampir kesemua hantaran silang lawan ke kubu Arsenal. Beliau tampak 'commanding' dan tampak sangat penting kepada kelangsungan Arsenal menangani Liverpool, dan kemudian, Luiz melakukan apa yang penyokong Chelsea panggil 'Luiz disaster moment'.
Beliau melakukan 'unnecessary foolishness', menarik jersi Mohamed Salah, di dalam situasi yang tidak patut seorang pemain berpengalaman seperti beliau lakukan. Ia lantas memberikan Liverpool penalti, membolehkan The Reds mendapatkan gol kedua, selepas hanya 6 minit menjaringkan gol pertama.
David 'Geezers' Luiz malah selepas itu gagal dalam menyekat Mohamed Salah, membolehkan Salah melakukan larian ke kotak penalti yang kosong, untuk meledak menjadikan kedudukan 3-0, belumpun perlawanan menginjak miinit ke 60.
Begitulah David Luiz yang dikenali penyokong Chelsea dan Brazil dalam aplikasi permainannya, seorang pemain pertahanan yang berbakat tetapi kaya dengan 'one moment disaster', yang impaknya boleh menyebabkan seluruh squad merana, sekali sekala, secara berkala.
Good luck Gunners!
#Footballlads