Oleh: Encik Cen
Chelsea menyambut kedatangan Sheffield dengan keyakinan dan harapan untuk menang, dan mereka nyaris menang, namun ia berkesudahan dengan Sheffield bangkit untuk mengikat keputusan kepada 2-2, sungguhpun ketinggalan 2 gol.
Bermain dengan kesebelasan yang sama menewaskan Norwich minggu lepas, Chelsea hanya menampilkan Fikayo Tomori sebagai kelainan, menggantikan Christensen yang tidak cergas oleh kecederaan.
Bagaimana ianya berjalan?
Tidak terlalu 'hard press' seperti minggu lalu, Chelsea banyak membangubkan 'ball possesion', secara perlahan-lahan memajukan bola ke hadapan, berobjektif mencari Tammy Abraham untuk usaha ke arah gawang gol.
Ia tampak berhasil, bila Abraham yang beroleh beberapa peluang dari minit awal perlawanan, akhirnya merobek jaring Sheffield dengan sentuhan klasik seorang 'poacher' yang Chelsea dambakan sejak lama.
Bermula daripada serangan lawan yang dibataskan Tomori, disusul gerakan serangan balas yang dimulakan Barkley. Ia diikuti 'one-two' Barkley dan Pulisic yang menyebabkan bola segera hadir ke 'final third', membuka aruhan bola ke sebelah kanan, disambung hantaran lambung Azpilicueta yang tepat kepada Abraham, untuk disudahkan dengan 2 percubaan (mudah) berturut yang menghasilkan GOALLLL pertama Chelsea.
Chelsea selepas gol tersebut masih kekal bermain serupa, dengan pendekatan lebih tenang (berbanding beberapa perlawanan lalu) yang mungkin bertujuan untuk lebih memelihara 'Back 4' daripada terdedah kepada ancaman serangan lawan. Namun ia sekali sekala Sheffield tetap mampu mengancam, dengan Robinson hampir-hampir menghukum Chelsea dengan tandukan yang sedikit tersasar.
Namun Chelsea yang 'cool and steady' pada separuh masa pertama ini sebelumnya hampir-hampir mendapat gol ke dua menerusi Mateo Kovacic, yang melakukan larian dengan 'dribbling ability' sejauh beberapa meter daripada tengah padang, namun percubaan Kovacic kemudiannya sedikit tersasar daripada pintu gol, menidakkan Chelsea 1 gol yang sangat-sangat penting.
Usaha menggerakkan bola ke hadapan tanpa jemu, akhirnya membawa hasil, bila mana Abraham akhirnya berjaya meledakkan gol ke 2 Chelsea 3 minit sebelum tamat separuh masa. Ianya natijah daripada 'offensive minded' Jorginho yang merecik, memulakan gerakan ke tengah padang, menyungkit bola tinggi (persis 'magical pass' Fabregas lama dahulu) mencari Abraham, disudahkan Abraham sebagai GOALLLLLL ke 2 Chelsea.
Ianya separuh masa pertama yang disudahkan dengan hanya 2 gol, sungguhpun Chelsea sebenarnya nyaris mendapat 1 gol lagi daripada rembatan Mason Mount yang nampak 'tepat ke sasaran', tetapi terbias oleh kaki pertahanan lawan, untuk Chelsea hanya berpuas hati mendahului Sheffield dengan hanya 2 gol tanpa balas.
Separuh masa kedua pula bermula seperti lazimnya, bila mana Chelsea di bawah Lampard kekal lambat panas dan kurang 'alert' sebaik perlawanan bersambung, apatah lagi setelah Chris Wilder menelaah bagaimana untuk memanipulasi kelemahan Chelsea. Ia kelihatannya seperti bahagian kanan Chelsea menjadi sasaran dan Sheffield berjaya sebaik mencuba kali pertama.
Bermula lontaran ke dalam, kawalan Steven gagal dihalang Jorginho, membolehkan Steven memperdaya Azpilicueta pula, sebelum melepaskan hantaran silang rendah (menewaskan Jorginho dan Tomori sekaligus) menuju Robinson yang tidak dikawal baik Zouma. Robinson selamba menokak ke gawang untuk GOALLLLL semangat Sheffield.
Gol tersebut menduka citakan, tampak mempengaruhi permainan Chelsea untuk baki separuh masa kedua. Sungguhpun hampir menambah 1 gol dari percubaan Abraham yang diselamatkan, Chelsea mula bermain secara gemuruh kemudiannya, dengan banyak hantaran-hantaran bola yang tidak tepat, mengakibatkan Sheffield kerap lebih banyak peluang untuk melakukan serangan.
Lebih banyak diserang, memperlihat kualiti pertahanan Chelsea lebih 'shaky', namun anehnya, Chelsea selepas itu tampak tidak terus bernafsu untuk mengusahakan gerakan serangan bagi menjarakkan kembali jurang gol. Tampak seolah tidak berpuas hati dengan 2-1 dan mahu menambah gol, Lampard membuat pertukaran, dengan Willian di bawa masuk, disusuli Billy Gilmour dan kemudiannya Michy Batshuayi.
Ia tindakan kurang tepat Lampard, dengan Willian tidak betul-betul memberi impak, malah Batshuayi langsung hilang. Kemasukan Gilmour menggantikan Kovacic pula memperlihat perlindungan terhadap bahagian pertahanan menjadi longgar, dan ia menjadi asas kepada usaha gila-gila Sheffiled untuk cuba mendapatkan 1 lagi gol.
Sheffield akhirnya dibenarkan 'grow into the match', terutamanya pada 10 minit terakhir perlawanan, dengan objektif utama memberikan tekanan kepada bahagian kawalan Cesar Azpilicueta. Robinson mudah memperdaya Azpilicueta, melepaskan hantaran silang padu ke tengah kotak penalti. Tekanan diberikan Osborn, akhirnya menyebabkan Zouma melakukan 'clear out' yang menerjah ke gawang GOALLL sendiri, menjadikan kedudukan muktamad 2-2.
Kesimpulan
Ianya sebuah perlawanan yang sepatutnya boleh dimenangi The Blues awal-awal lagi, tetapi tidak kesampaian oleh kebangkitan Sheffield pada separuh masa kedua yang disebabkan oleh percaturan taktikal Chelsea sendiri.
Ya, Frank Lampard adalah Lagenda ulong di dalam padang, namun atas tiket kerusi Pengurusan pasukan, beliau masih muda dan tampak sedang terus-terusan belajar dan mencuba, dan perlawanan Sheffield memperlihatkan ianya.
Lampard tampak mengubah corak bermain Chelsea, daripada 'hard press and attack', kepada 'ball controll and slow up attack'. Ia berkemungkinan untuk lebih melindungi Jorginho dan Back 4, bagi membolehkan Chelsea lebih 'balance' dalam menyerang dan bertahan.
Keadaan tampak baik pada separuh masa pertama, dengan kejayaan membataskan Sheffield daripada banyak bergerak ke hadapan, namun Chelsea sendiri gagal mendapatkan sekurang-kurangnya 4 gol dariapda peluang baik yang terhidang.
Tertinggal 2 gol, Sheffield benar-benar belajar kekurangan Chelsea yang lambat 'get in to the game' sebaik kembali dari rehat, dan ilmu separuh masa pertama mereka oleh kekurangan Azpilicueta tampak mereka gunakan sebaik-baiknya.
Mereka segera mendapatkan gol semangat, yang sama sekali membunuh nafsu menyerang Chelsea. Keadaan tambah buruk apabila Lampard seakan tersilap dalam melakukan pertukaran pemain, dan Sheffield yang yakin, akhirnya menghukum Chelsea oleh kelemahan yang mereka sendiri kesan.
Ia menamatkan malam gembira The Blues kepada cerita biasa-biasa, sepertinya secawan kopi yang asalnya panas hangat berperisa, menjadi sejuk angkara dibiarkan terdedah tanpa kesedaran untuk memelihara tahap suhunya supaya kekal panas sehinga ke hujung masa.
Puas hati melihat Abraham yang mula menyerlah, Kovacic yang bagus dalam bertahan dan menyerang, namun tenang menerima hakikat Chelsea tidak berjaya menang (sungguhpun berpeluang) oleh situasi Frank Lampard yang masih mencuba dan mencari formula untuk membangun bersama-sama Chelsea yang sangat muda.
Ia tentunya sebuah lagi 'lesson to learn match', sangat bagus buat Frank Lampard renungi bagi menempuhi hari-hari mendatang. Keep improving Super Frankie! Our hope will always with you!
#Footballlads