Indonesia sebelum ini mengumumkan enam orang pemain naturalisasi dalam skuad mereka bagi menghadapi Malaysia dan Thailand dalam kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia.
Namun khabar dari seberang, dua daripadanya terpaksa digugurkan kerana masalah kecederaan dan isu dokumentasi yang melanda.
Pemain tengah kelahiran Nigeria, Greg Nwokolo terpaksa digugurkan kerana kecederaan dan tempat beliau digantikan oleh pemain Pahang, Saddil Ramdani. Ini panggilan pertama untuk Saddil bersama Indonesia.
Sementara itu pertahanan tengah kelab Persebaya Surabaya, Otavio Dutra yang berasal dari Brazil juga terpaksa digugurkan.
Perkara tersebut kerana proses dokumentasi beliau untuk mendapatkan taraf warganegara Indonesia masih belum diluluskan oleh Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia (Kemenkumham). Beliau belum memiliki passport Indonesia.



