Nama Teemu Pukki sememangnya merupakan suatu isu sensasi bagi para peminat Liga Perdana Inggeris khususnya di Malaysia dan beberapa daerah Negara Nusantara lainnya. Ya, Pukki sememangnya mengemparkan arena Liga Perdana Inggeris kerana Berjaya meledak LIMA gol dalam empat perlawanan awal Liga Perdana Inggeris, namun bukan itu punca utama Pukki menjadi trending di Malaysia.
Nama Pukki menjadi sebutan kerana nama “Pukki”
membawa kepada makna yang cukup sensitif dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Pukki dalam bahasa Malaysia ialah alat jantina kaum wanita. Malah, tidak keterlaluan bahawa anda perlu
cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada menyebut nama tersebut di khalayak
ramai.
Tidak cukup di Malaysia sahaja, kini alkisah nama Pukki
yang menjadi nama larangan untuk di sebut di Malaysia telah tular di bumi
United Kingdom bahkan di seluruh dunia dek gara-gara tindakan bekas bintang
Liverpool iaitu Stan Collymore yang memuat naik status di Twitter berkaitan
perihal Pukki di Malaysia.
Stan Collymore telah memuat naik status yang berbunyi:
Semasa saya berada di sesi perbincangan bersama dengan
kumpulan produksi di Kuala Lumpur, seseorang daripada kami telah bertanya kepada saya:
“Stan,
adakah anda tahu tentang perihal ‘Pukki’ yang di Malaysia?”
“Tidak,
ada apa dengan hal itu?”
“Er,
kini Pukki sedang ‘trending’ pada setiap minggu di Malaysia”
“Kenapa
? ”
“Dalam
bahasa Malaysia , Pukki bermaksud c**t”
Stan Collymore kini bertugas selaku ‘pundit’ dalam
saluran Sukan Astro. Stan Collymore terlibat dalam rancangan perbincangan bola
sepak berkaitan strategi dan formasi setiap pasukan yang akan beraksi secara
langsung di kaca televisyen saluran Sukan Astro.
Nama Pukki bukan sahaja menjadi senda gurau dalam
kalangan peminat bola sepak di Malaysia, malah nama pemain Finland tersebut
telah menjadikan sidang produksi saluran-saluran Televisyen Sukan ‘garu kepala’
kerana perkataan itu merupakan perkataan yang ‘TERLARANG’ untuk disebut dalam
kalangan rakyat Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, seorang penyokong Norwich City
yang menggunakan nama akaun twitter @humanmale1984 berkata bahawa beliau kehairanan
apabila melihat terlalu banyak penduduk tempatan yang asyik memandang kepadanya
yang memakai jersi Norwich City yang tertera nama “Pukki” di belakangnya.
Kini, berita tersebut kian mendapat perhatian media-media Barat khususnya di England yang memuatkan artikel tentang maksud sebenar nama Teemu 'Pukki' di Malaysia.
Maka, kehadiran Teemu Pukki bukan sahaja telah
mengejutkan banyak pihak kerana aksi lincahnya di kotak penalti dan akurasi
tendangannya yang menghasilkan gol, tetapi kehadiran Pukki juga membantu
merancakkan saingan Liga Perdana Inggeris di Malaysia kerana selain menjadi
ikutan para peminat bola sepak tempatan, Pukki juga kian menjadi perhatian
orang awam yang bukan merupakan peminat bola sepak kerana mereka juga mungkin
tercari-cari siapakah empunya nama LARANGAN ini.
Nescaya, cerita sensasi ini suatu hari nanti akan sampai ke telinga Teemu Pukki sendiri dan di harap jika Pukki berhasrat untuk melancong ke negara ini suatu hari nanti, beliau tidak akan terasa hati apabila tiada sesiapa yang berani untuk melaung-laungkan namanya dan semoga beliau tidak kehairanan apabila mungkin terdapat peminat yang hanya akan datang dekat kepadanya dan berbisik-bisik menyebut namanya.
#Footballlads #Pukki #EPL #Teemupukki










