Perlawanan antara Juventus dan SSC Napoli di Allianz Stadium seakan akan telah dimenangi oleh tuan rumah apabila jaringan debut Danilo, Gonzalo Higuain dan Cristiano Ronaldo meletakkan mereka selesa mendahului 3-0.

Namun Napoli yang menjadi pencabar utama Juventus sejak beberapa musim sebelum ini enggan mengalah daripada kecundang mudah di tangan Juventus.

Tiga pemain baru Napoli musim ini mempamerkan taring masing-masing dengan membantu Napoli untuk bangkit. Bermula dengan jaringan Manolas kemudian gol menerusi Lozano dan disusuli jaringan Di Lorenzo.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan terikat 3-3, pertahanan berpengalaman Napoli, Koulibaly tertampan bola ke gawang sendiri hasil satu sepakan percuma dihujung permainan.