header ads

CHELSEA MIDFIELD PROBLEM WITHOUT KANTE



Oleh: Encik Cen

Orang tua-tua Chelsea pernah menyebut, biar hilang Hazard (dan Willian), jangan sekali-kali hilang Kante. Pepatah ini telah dibuktikan benar sejak beberapa musim terakhir ini, terutamanya musim lepas dan musim ini.

Ya, sejak musim lepas pun, bila Hazard (dan Willian) tidak bermain, dan Chelsea tampil dengan Odoi (berganding dengan Pedro atau Barkley), bola lebih banyak bergerak mencari penyerang untuk dibekalkan menjadi peluang gol.

Musim ini benar-benar demikian, bila Hazard telah pergi (dan Willian tidak bermain); Chelsea tidak langsung terasa kesannya. Frank Lampard membuat perjudian dengan pemain-pemain muda; dan Mount, Pulisic, Barkley (juga Pedro) membuktikan bahawa Chelsea tampil lebih segar dengan bersahaja.

Tak pernah sedetik pun selepas Hazard pergi (setakat ini), Chelsea merasai kesan ketiadaan Eden Hazard di dalam padang. Namun ia berbeza dengan N'Golo Kante; Kante masih bersama Chelsea, namun setiap kali beliau 'absent', kesannya sangat jelas dirasakan.

Ternyata Kante lebih penting buat Chelsea berbanding Hazard, dan ia tidak syak suatu fakta yang sangat tidak boleh disangkal sesiapa. Hazard tidak ada, Chelsea lebih banyak menghasilkan peluang gol malah lebih banyak menjaringkan gol. 

Kante ada, Chelsea tampak selamat. Kante tidak ada, Chelsea banyak bocor, ataupun sekurang-kurangnya banyak terdedah kepada bahaya serangan lawan yang mampu memudaratkan. Malah jika Pengurus salah letak Kante, tidak meletakkan beliau kepada posisi beliau dengan kebolehan terbaik, benteng Chelsea ikut goyah dan terdedah.

Ada apa dengan Kante?

Menentang Norwich tanpa Kante, Chelsea hilang perlindungan semula jadi kepada posisi 'Center Back', dan ia terlihat dengan jelas nyata sepanjang perlawanan. Ingat, ia cuma Norwich, dan Chelsea bolos 2 gol oleh kerapuhan ini. Ya Jorginho menjalankan kerja 'defensive' dari tengah dengan peningkatan, namun tetap melakukan 2 kesilapan yang menjadi punca kepada kedua-dua gol lawan.

N'Golo Kante bukan jenis pemain yang berseni, bukan seorang yang teknikal dan tidak punya kreativiti dalam merancang serangan; namun Kante seorang pemain yang sangat bijak membaca perlawanan. Beliau punya aras pembuatan keputusan yang jauh lebih baik daripada Jorginho dalam sudut menukar situasi bertahan kepada situasi menyerang, dengan pandangan mata yang tajam diikuti gerak tubuh yang pantas dalam bertindak balas.

Paling jelas, Kante mampu menghalau pemain lawan keluar jauh dari kawasan bertahan Chelsea, dan mampu membuatkan rakan sepasukan boleh segera jauh ke hadapan meninggalkan kawasan sendiri untuk merangka serangan. Dalam keadaan Chelsea sedang bermain bolasepak pantas, Kante membuktikan kepantasan beliau dalam manukar keadaan daripada situasi bertahan kepada menyerang jelas tidak dapat ditandingi Jorginho (sungguhpun hakikatnya Jorginho lebih kreatif).

Penampilan Jorginho (tanpa Kante) dalam perlawanan Norwich jelas menunjukkan Jorginho gagal membekalkan perlindungan memadai buat kubu pertahanan Chelsea. Jorginho (sungguhpun perlahan-lahan berubah) masih terpana dengan idea permainan Sarriball, dan nampak teragak-agak (dalam banyak keadaan) untuk bermain cara Maurizio Sarri atau cara Frank Lampard.

Dengan Sarri, Jorginho mahir bermain 'one-touch football', tidak memandang kepada kedudukan pemain lain, dia berintensi menghantar bola sebaik memegang bola, dan Jorginho akan menjerit mengarahkan pemain lain pergi ke posisi yang beliau akan lorongkan bola (secara 'short pass'), dan beliau masih sehingga kini kerap melakukan demikian sungguhpun bermain dengan Lampard, dan ini tampak tidak cocok dengan taktikal Lampard.

Kaedah Lampard memerlukan para pemain hadapan melakukan larian pantas sebaik pemain di tengah padang memegang bola, dengan hantaran lebih jauh dari tengah membolehkan pemain lebih hadapan segera sampai ke kotak penalti lawan untuk membikin aruhan serangan yang memeranjatkan lawan. Dengan Jorginho yang masih bermain cara Sarri, idea Lampard ini tidak mudah diaplikasi, menyebabkan pemain hadapan sudah maju ke jauh, tetapi bola masih di kaki Jorginho, menyebabkan wujud ruang kosong yang lebar di ruang 'box-to-box' mengakibatkan Jorginho sendiri terpaksa melakukan banyak 'back pass' kemudiannya.

Jorginho masih terlalu biasa dengan kaedah Sarri, yang mengkehendaki para pemain di sekitarnya berada dekat dengan beliau untuk bertukar-tukar hantaran dalam memajukan bola ke kawasan lawan, dan ini tidak mampu berlaku dalam permainan cara Lampard menyebabkan Jorginho akhirnya kerap lambat melepaskan bola kreatif ke bahagian hadapan. Ia sama ada disudahi 'back pass' ataupun 'counter attack' lawan yang merompak bola daripada Jorginho yang gagal menghantar bola ke depan oleh ruang kosong yang lebar dan oleh ciri beliau sendiri yang 'fragile' dalam kawalan defensif.

Malah, kelewatan Jorginho dalam mengaplikasikan bolasepak pantas Lampard menyebabkan beliau tiada perlindungan horizontal bila Kovacic, Emerson dan Azpilicueta sama-sama naik membantu serangan, menyebabkan hanya Jorginho dan 'Duo CB' yang stay back (dalam jurang yang lebar) sering tergugat dengan kemaraan jentera serangan lawan yang laju dan robust. Keadaan ini sentiasa memperlihat keadaan bilamana Norwich berjaya merampas 'possesion' dari tengah, mereka dengan cepat maju ke depan memanipulasi ruang kosong diantara Zouma dan Christensen, yang hakikatnya disebabkan oleh kegagalan Jorginho membendungnya dari awal.

Apabila Jorginho berjaya pula merampas bola kembali, beliau tampak lewat untuk memajukan bola ke hadapan, di mana beliau selalu banyak bising mengarahkan para pemain lain datang hampir ke sekitar beliau (secara diagonal) untuk beliau membangunkan permainan secara hantaran pendek. Malangnya ini bukan era Sarriball, dan pemain lain sudah berlari jauh ke hadapan, menunggu bola dibekalkan dengan pantas tetapi ia tidak berlaku dengan Jorginho yang masih memegang bola menunggu peluang membangunkan permainan secara 'short pass'. Ruang kosong yang tinggal ini akhirnya dimanipulasi lawan.

Ramai orang menganggap jeritan-jeritan Jorginho ini 'Leadership act', tetapi hakikatnya ia bukan begitu. Ia lebih kepada sikap keanak-anakan dengan sedikit sentuhan amarah oleh tiadanya 'support' dari persekitaran untuk beliau bermain bolasepak cara beliau yang hakikatnya menyalahi kaedah semasa Pengurus semasa. Ia jelas kelihatan, Jorginho masih belum lagi mengkhatami struktur dan idea permainan Lampard sebagaimana kebanyakan pemain lain sudah  menghadaminya, menyebabkan Jorginho terjerit-jerit mengarahkan sesuatu yang hakikatnya bukan 'instruksi' permainan semasa. 

Mujur ada Kovacic dalam perlawanan Norwich, dan Kovacic tampak 'step up' dengan menggalas fungsi Kante seadanya, dengan persembahan boleh dipuji. Beliau mengawal bahagian 'box to box' berseorangan, mengurangkan bahaya yang berbaki kecuali di bahagian kawalan Jorginho. Ia kelihatan seperti Kovacic lulus baik untuk menangani fungsi Kante di posisi 'Box-to-Box' menyebabkan timbul persoalan adakah Kante nanti (jika kembali dari kecederaan) perlu dialihkan ke posisi Jorginho (sekarang) untuk mengatasi kekurangan-kekurangan yang Jorginho tampilkan di situ.

Ternyata solusi ini tampak lebih baik, dengan Kante bermain sebagai 'Center Man', menawarkan 'cover' yang lebih baik kepada 'back line', dan mampu juga menggerakkan bola lebih pantas ke bahagian lebih hadapan berbanding apa yang Jorginho lakukan dua tiga minggu ini. Mungkin Jorginho lebih cocok di letakkan di hadapan sedikit, di kedudukan 'Left Midfield Center' untuk segera membuktikan kredibiliti beliau dalam 'creative build up' sebelum Ruben Loftus Cheek pulih sepenuhnya untuk memberi saingan baharu di  posisi kreatif tersebut.

Lontaran idea dan pendapat hasil cerapan, sorotan dan analisis terhadap cara bermain Kante, Jorginho, Kovacic dan Loftus Cheek. Semoga Lampard menampakinya dan membaiki lompong-lompong yang kedapatan sebelum dibogelkan lagi sebagaimana dilakukan Manchester United dalam perlawanan pertama tempoh hari.

#Footballlads