Oleh: Encik Cen

Malam tadi sepatutnya sebuah hari gembira Wolves, yang meraikan hari ulang tahun ke-130 perlawanan pertama mereka di Molineux Stadium, apatah lagi menentang Chelsea yang bermasalah membunuh permainan walaupun mendahului, namun sebaliknya semalam, ia berita buruk pula buat The Giant Killer.

Chelsea bagaimanapun berhasil menjaringkan sejumlah 5 gol, 3 gol pada separuh masa, bersama hatrick Tammy Abraham, dengan persembahan cemerlang Fikayo Tomori yang juga menjaringkan 1 gol jarak jauh yang cemerlang, membunuh perlawanan sebelum perlawanan berhenti rehat.

Sungguhpun Wolves kemudiannya bangkit dengan 2 gol Romain Saïss dan Patrick Cutrone, ia sebenarnya berlaku ketika Chelsea telah mengurangkan gear dalam permainan, malah perlawanan akhirnya ditamatkan dengan gol penutup Mason Mount di hujung masa, membolehkan Chelsea menang 5-2.

Bagaimana gol-gol tersebut berlaku?

Bermula sepakan sudut pendek Willian pada minit ke 30, 'clear ball' Diego Jota kemudiannya tampak tidak pergi ke kawasan selamat, dan datang Tomori dengan mengejut, melampiaskan rembatan lambung jarak jauh yang sama sekali memperdaya Rui Patricio, untuk GOALLLLLLLLLL pertama Chelsea.

Tidak lama selepas itu, hanya 3 minit berselang, Chelsea yang terus-terusan menyerang berhasil menambah lagi sumbatan gol ke gawang Wolves. Ia bermula daripada idea Kovacic membuka permainan ke sebelah kiri, menghantar kepada Tomori yang naik tinggi. Tomori kemudiannya melakukan sedikit 'dribbling' memperdaya Dendoncker, disusul hantaran leret mencari Mount di kotak penalti. Mount dijatuhkan, namun pengadil membenarkan 'advantage'    dan bola yang sampai kepada Abraham disambut bergeliga dengan sebuah 'turning' diikuti 'beautiful shot' tepat menggegar gawang GOALLLLLL!

Menyedari 2 gol masih tidak mencukupi untuk menang, Chelsea menggiatkan usaha untuk segera membunuh perlawanan. Ia akhirnya menjadi kenyataan dalam gerakan serangan balas minit ke 41. Willian yang melarikan bola dengan laju ke kawasan Wolves, kemudiannya menyilang bola ke kotak penalti, menerbitkan kegusaran dan kacau bilau di depan pintu gol lawan. Ia akhirnya sampai kepada Alonso di hujung kiri kotak penalti, menyungkit bola baik menghantar lambung kepada Abraham. Abraham dengan stylo menyudahkan ia dengan sebuah 'free header' tangkas mengegar jaring GOALLLLLL!

Ianya 3-0 yang mengaum, dan Chelsea pertama kali (dalam musim ini) selesa di depan pada separuh masa pertama gagah membunuh perlawanan, dengan bilangan gol yang diyakini memadai, buat bekalan pada separuh masa kedua yang lazimnya bukan sesuatu yang mudah untuk dihabiskan dengan bersahaja.

Separuh masa kedua bersambung dengan Chelsea masih bernafsu untuk terus menutup sebarang ruang buat Wolves bangkit kembali. Dan ia akhirnya berhasil memberi Chelsea gol keempat menerusi gol jaringan Tammy Abraham, hasil 'magical pass' Jorginho persis yang selalu Fabregas lakukan satu ketika dahulu. Oa nyata memerangkap kesemua pemain Wolves, dan bola yang sampai kepada Abraham dikawal sedikit sebanyak sebelum ledakan ke gawang dilepaskan untuk GOALLLLLLLL ke 4 Chelsea.

Wolves bagaimanapun berjaya mendapatkan 2 gol selepas Chelsea mengendurkan permainan, yang pertama menerusi 'own goal' Abraham, yang tertampan masuk bola yang sudah diselamatkan Kepa Arrizabalaga, yang kedua menerusi serangan balas yang dimulakan Jota, disusul akhirnya oleh rembatan Doherty yang ditampan Kepa tetapi muntah menuju Cutrone, disudah dengan rembatan menggegar jaring GOALLLLLLL. Wolves kembali dengan 2 gol, tetapi perlawanan sudah menjangkau minit ke 85.

Bagai penyudah drama manis, Chelsea akhirnya menyudahkan perlawanan Wolves dengan satu lagi gol, kini menerusi Mason Mount, yang menerima suapan baik dalam bentuk 'tricky back pass' Batshuayi yang disudahkan Mount dengan percubaan baik menerjah gawang GOALLLLLLLL. Chelsea menyelesaikan perlawanan dengan 'high scoring goals game', memungut 3 mata penuh di gelanggang lawan dengan kedudukan muktamad 5 gol berbalas 2.

Kesimpulan

'An superbly interesthing game' buat penyokong Chelsea, melihat Frank Lampard tampil pertama kali dengan sistem taktikal 3-3-2-1, dengan Christense berada di tengah-tengah 'Back-3', Rudiger di kiri dan Tomori di kanan, dengan Azpilicueta dan Alonso masing-masing memainkan peranan sebagai 'Wing Back'.

Ia dibuat bertujuan menyelesaikan masalah 'lompong kosong ditinggalkan' kedua-dua 'Right Back' dalam koordinasi 4-3-3 mahupun 4-2-3-1, apabila Azpilicueta terutamanya selalu gagal 'track back' apabila naik melakukan serangan, menyebabkan bahagian tepi pertahanan Chelsea selalu terancam mendorong kepada kebocoran gol.

Meletakkan 'Back-3' sebagai 'The Safety Guard' membolehkan Azpilicueta dan Alonso selesa membantu kerja-kerja serangan dengan Azpilicueta banyak mempamerkan hantaran-hantaran silang yang baik, malah Alonso pula dengan 'cutting inside approach' dan hantaran bola rendah yang satu daripadanya menghasilkan gol Abraham.

Versi susun atur taktikal 3-4-2-1 Frank Lampard ini juga menyaksikan gandingan Jorginho dan Kovacic bermain sebagai 'Duo Midfield' menangani masalah kecederaan N'Golo Kante, dengan Mount, Willian dan Abraham melengkapkan gandingan 'Front-3' di hadapan.

Ianya berjalan baik dan selamat pada separuh masa pertama, bila mana Wolves yang suka mengejutkan Big Team dengan serangan balas pantas yang lazimnya membunuh, menjadi kelu bila mereka formasi mereka seolah 'mirorring', dan bahagian sayap pertahanan Chelsea yang menyerang tampak tidak kebocoran oleh 2 lapis pertahanan yang dipasang Lampard, yang pertama oleh duo Kovacic-Jorginho, dan kemudiannya oleh trio Rudiger-Christensen-Tomori.

Rudiger ditarik keluar pada separuh masa kedua, selepas beliau tampak seperti terhencot-hencot ketika keluar rehat separuh masa, dan kemudiannya tampak berbalut kaki seperti kembali mengalami 'groin injury'. Begitu juga dengan Kovacic, yang bekerja keras menjadi perisai di depan 'Center Back' tampak akhirnya seperti juga cedera dan dikeluarkan pada minit ke 70 dan digantikan Barkley.

Tanpa Rudiger dan Kovacic, ritma permainan Chelsea juga ikut kendur, terutamanya dalam kerja-kerja bertahan, dan Wolves yang tidak putus asa mencuba sudahnya lebih banyak beroleh peluang, dan mereka akhirnya mendapat 2 gol, satu daripada 'set pieces' yang memperlihatkan Tomori gagal menghalangi bola tinggi daripada sampai kepala pemain Wolves. Adama Traore menanduk padu, cuma diselamatkan Abraham tetapi ianya menerjah gawang.

Ia sebenarnya 30 minit pertama yang agak 'dull', mungkin akibat pencaria rentak setelah berehat lama untuk perlawanan antarabangsa, ataupun Chelsea sendiri yang sedang mensesuaikan diri dengan pendekatan baharu Frank Lampard dengan sistem Back-3. Namun ianya bertukar gempita selepas 30 minit, dengan hanya 10 minit diperlukan untuk Chelsea memulakan kenduri dengan 3 gol yang membunuh, 2 gol menerusi Tammy Abraham.

Permainan bersemangat dan bersungguh Abraham juga memperlihatkan The Young Gun ini mengalami kekejangan otot, dan dikeluarkan untuk Michy Batshuayi. Batshuayi beraksi baik, tersasar beberapa peluang gol, namun berhasil menyorongkan sebuah 'great assist' buat Mount menutup perlawanan dengan kemenangan 5 gol berbalas 2.

Hatrick Tanmy Abraham menyasikan beliau sudah mencetak 7 gol EPL setakat ini, 3 perlawanan berturut dengan purata 2.5 gol 1 perlawanan, bangit setelah kemarau dala 2 perlawanan pertama. Paling kelakar, Abraham malah menjaringkan 'own goal', menjadikan keseluruhan 4 gol dijaringkan Abraha seorang sahaja malam semalam.

Paling meletop, kesemua 4 gol Chelsea semalam dijarungkan 'the youngling', malah kesemua 11 gol EPL Chelsea setakat ini juga hasil bidikan para pemain daripada Akademi Chelsea, dengan 7 gol Abraham, 3 oleh Mount, dan 1 daripada Tomori. Wolves pula djahanamkan dengan kekalahan pertama di tempat sediri sejak 2 January 2, meranapkan rekod 16perlawanan tanpa tewas dalam semua perlawanan. Masyuk gila bukan?

Keseluruhannya sebuah 'Man of the Match performace' daripada Frank Lampard sendiri, yang berjaya menjawab persoalan tentang mampukah Chelsea yang kerap bocor ketika menyerang dari sisi padang, menangani kekuatan Wolves sebagai 'The Giant Killer' yang kerap menganiaya lawan dengan serangan balas mengejut yang menyakitkan. 'A tactical tweak from the start, that's the formula!'

Lampard bersahaja menukar sistem taktikal, dengan formasi ke 4 ditonjolkan musim ini selepas 4-2-3-1, 4-4-2 Diamond dan 4-3-3; berobjetif untuk utuh bertahan, tidak mengurangkan kemampuan menyerang disamping memastikan keupayaan membunuh perlawanan sebaik mendahului. Ia berjaya bila Chelsea tampil 'cool' pada separuh masa pertama, tidak terlalu 'hard press' seperti amalan dalam kòordinasi 4-2-3-1 mahupun 4-3-3, dan berjaya membidik 3 gol yang mematikan sama sekali langkah Wolves walaupun lawan kemudiannya cuba bangkit pada separuh masa kedua.

'Definately wasn’t the prettiest game', terutamanya pada awal dan penghujung perlawanan, tetapi ia benar-benar 'a good job implemented' dan Lampard menyelesaikan tugas kali ini dengan memenuhi objektif. Ia seumpama santapan secawan kopi sejuk pada awalnya, yang dipanaskan kemudiannya di dalam ketuhar gelombang mikro untuk disantap lazat manis, sebelum dibiarkan kembali sejuk dek tekak yang sudah puas dan selesa.

'A win is a win, dan Chelsea selesa menamatkannya dengan 3 mata berharga. Kemenangan sebesar 5 gol berbalas 2 sama sekali mengingatkan kita ke zaman Carlo Ancelotti yang selalu menyaksikan 'goal galore win', dan ia meghiburkan sehingga Chelsea akhirnya menjulang trofi Liga Perdana di hujung musim. Semoga template yang sama, mampu mengulangi kejayaan yang serupa. Jikapun tidak Juara, ia memadai menjadi pesaing 4 pasukan terbaik yang menginzalkan semahu-mahunya.

Valencia menunggu pada Selasa, semoga Frank Lampard kekal ampuh dalam meladeni cabaran Champions League pula!

#Footballlads