Oleh: Encik Cen

Begitulah nampaknya bila Man City terperangkap ketika mendepani Norwich yang ditunjangi Temmu Pukki awal pagi tadi, City tewas 2-3!

Kenapa City boleh tewas?

1. 'Set pieces' berhantu Norwich

Ya, 'set pieces' Norwich sesuatu yang istimewa. Ia sampaikan seluruh stadium Norwich gegak gempita bila pasukan mereka mendapat 'set pieces', sepakan penjuru terutamanya, seolah mereka sedar bahawa 'set pieces' mereka ini memang lain macam hebat.

Ia punca kepada gol pertama Norwich, bila sepakan penjuru tersebut terus mencari McLean, disusul 'free header' yang bergegau menujah jaring. Ia gol pertama Norwich yang merenggut semangat City, menjadikan permainan City jadi kurang berkesan, dek terperanjat barangkali.

2. Sangat takutkan Pukki

Ia tampak lebih kerana mereka terlalu takutkan Pukki, mengambil keputusan melebihkan kawalan terhadap Pukki, dan mereka terhukum oleh jentera Norwich lain yang lebih lepas bebas dan pantas tangkas menghukum mereka.

Itu punca gol kedua Norwich, bila mana Pukki yang lepas bebas melakukan larian bersama bola, dikejar sekaligus 3 pemain City, termasuk Kyle Walker yang meninggalkan Cantwell (yang sepatutnya beliau kawal). Mereka risau sangat Pukki akan meledak ke jaring, dan Pukki bersahaja menipu ketiga-tiga pertahanan City, melorongkan bola kepada Cantwell yang tidak dikawal untuk disudahi sebagai GOALLLLLL!

3. 'Defensive error' City

Jika gol ke 2 Norwich disebabkan kegagalan 3 pertahanan City (Walker terutamanya) mengekang kemaraan Pukki dan Cantwell, gol ke 3 Norwich disebabkan kegagalan persefahaman Stones dan Ottamendi yang menyebabkan bola dicuri Buendia dan disudahkan dengan mudah Pukki untuk gol. Malah beberapa situasi yang tidak gol juga memperlihat 'defensive error' memaluan dilakukan Stones dan rakan-rakannya menyebabkan pintu gol City menjadi bahaya.

4. 'Defensive approach' dari Norwich sebaik mendahului

Norwich bertahan dengan 7 pemain selepas mendahului 2 gol, namun City berjaya mendapatkan 1 gol menerusi Sergio Aguero, maka mereka selepas itu bertahan dengan kesemua pemain, membentuk 2 lapis 5 baris pertahanan bagi menangani usaha serangan City. Ia berakhir kejayaan mereka menghalang setiap cubaan daripada lolos lepas ke pintu gol mereka, walaupun City akhirnya berjaya juga mendapatkan 1 lagi gol untuk kesudahan kekalahan City dengan keputusan 2-3.

●|●|●|●|●|●|●|●|●

Just like that!
dan City terbunuh.

Wisel penamat disambut dengan gegak gempita laksana pesta di Carrow Road. Selepas tumpas 1-4 kepada Liverpool, dan 2-3 kepada Chelsea, Norwich tampak lebih belajar untuk bagaimana mendepani 'Big Team', dan awal pagi tadi mereka membuktikannya dengan menibai City dengan bersahaja.

Well done Norwich!
What an absolute impact, 
Pukki!

#Footballlads