Oleh: Zuraimi Zukri
Pada lewat 2018 Malaysia bermain di kejohanan AFF dan mengakhiri kempen dengan menjadi naib juara selepas tewas kepada Vietnam.
Pasukan ini dilihat boleh membawa cabaran Malaysia dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang juga menawarkan slot automatik ke Piala Asia 2023.
Skuad ini tidak perlu dirombak, tidak perlu dibubar tetapi transisi pemain memang perlu dilakukan dalam tempoh 3 tahun kelayakan.
Namun, pada setiap tahuj, pasukan kebangsaan kita menghadapi isu yang sama iaitu isu siapakah penyerang yang layak untuk menyarung jersi Malaysia?
Adakah ia mempunyai masalah?
Sebenarnya Tidak... Cuma Malaysia belum mampu untuk mempunyai penyerang Malaysia yang benar-benar layak untuk kekal di posisinya
Melihat kepada Thailand, penyokong Malaysia sendiri lebih mudah menghafal senarai penyerang mereka kerana mereka sentiasa menggunakan kumpulan pemain itu.
Mereka seperti sudah menyiapkan barisan penyerang mereka mengikut kelas umur daripada penyerang senior hinggalah kepada penyerang remaja. Maka transisinya mudah dilakukan apabila senarainya sudah jelas.
Siapakah mereka?
Penyerang-penyerang tersebut ialah
a) Teerasil Dangda (31), Adisak Kraisorn (27).
b) Supachok Sarachat (21), Supachai Jaided (19) dan Suphanat Muenta (17).
Mungkin akan ada penyerang luar daripada senarai nama ini akan dipanggil oleh jurulatih skuad kebanggsaan tetapi pasti jurulatih mereka lebih memberi prioriti kepada kumpulan ini.
Kelab disana akan berbangga apabila pemain mereka tersenarai dalam perancangan skuad negara dan mereka menzahirkan tanggungjawab kepada negara dengan merancang pendedahan lanjut kepada para pemain ini.
Cuba lihat setiap kali jurulatih meletakkan mereka dalam senarai panggilan ke skuad negara, kelab-kelab liga Thailand cukup berbangga dengan pencapaian ini dan memuat naik gambar pemain mereka di laman sosial kelab dengan ucapan selamat berjaya.
Sangat Teruja Bukan?
Kembali kepada Malaysia
Malaysia sebenarnya sudah mempunyai nama penyerang (sasaran) yang boleh ditetapkan untuk skuad kebangsaan bagi jangka masa panjang.
Pada Kejohanan AFF Suzuki yang lepas, Norshahrul Idlan Talaha (33) dan Zaquan Abdul Razak (32) menjadi penyerang utama negara. Sebenarnya inilah penyerang utama Malaysia. Apakah masalahnya?
Dibelakangnya terdapat penyerang yang lebih muda iaitu Shahrel Fikri (25). Beliau ialah pemain muda terbaik dalam lingkungan usianya. Selepas Shahrel Fikri sememangnya boleh dipersiapkan untuk menggantikan Norshahrul Idlan Talaha dan Zaquan Abdul Razak. Itulah transisi skuad kebangsaan kita.
Persoalannya, siapakah calon yang diperlukan untuk transisi ini? Adakah Guilherme de Paula?
Melihat kepada Syafiq Ahmad jelas dia ditetapkan menjadi pemain yang beraksi di belakang pemain import di JDT, manakala Safawi Rasid lebih berperanan sebagai penyerang sisi.
TCH perlu melihat apakah perancangan JDT terhadapa Syafiq Ahmad sekiranya Hazwan Bakri hilang daripada perancangan mereka. Jika JDT menjadikan Syafiq sebagai penyerang tengah, maka beliaulah calon terkuat untuk skuad negara.
Adakah Safawi Rasid boleh ditransformasi sebagai penyerang tengah?
Untuk rekod, di Thailand, Kraisorn, Chaided, Sarachat dan Muenta sebenarnya mendapat lebih minit permainan sebagai penyerang sisi di kelab mereka. Mereka juga sebenarnya mempunyai isu yang sama seperti Malaysia cuma jurulatih mereka lebihi kerap menggunakan pemain ini.
Kem Malaysia sebenarnya telah mempunyai senarai penyerang iaitu sekiranya Norshahrul tiada, Zaquan adalah calon paling kuat untuk berada dalam senarai veteran. Shahrel menjadi pilihan ke-2 dan Syafiq boleh dijadikan pilihan ke-3. Sementara beberapa nama boleh dipertimbangkan untuk convert peranan.
Tidak cukup lagikah?
Sebenarnya ia lebih kepada masalah mentaliti. Merujuk kepada Thailand mereka hanya berpusing menggunakan pemain yang sama juga. Di eropah pun sama kerana mereka sudah jelas pemain tersebut mempunyai limitasi yang lebih baik dari kumpulan lain.
Mereka cuma perlukan lebih praktis permainan di domestik. Itu masalah tanggungjawab pasukan, pengurusan dan jurulatih di kelab/pasukan kepada negara.
Isu ke-2 sangat menarik berkaitan dengan naturalisasi Liridon atau Lee Tuck.
Jika naturalisasi penyerang tengah boleh dipertimbangkan itupun pemain tersebut seboleh-boleh dijangka bermain 3 tahun lagi dengan prestasi baik.
Malaysia langsung tidak mempunyai masalah kritikal dengan pemain tengah. Naturalisasi lebih kepada menunjukkan sikap kita di domestik dibawa kepada nasional.
Apakah sikap itu? Kejayaan segera. Bertukar pemain asing dengan agresif semusim.
JDT masih mempunyai Afiq Fazail yang masih belum diuji di pentas tertinggi walaupun sudah terbukti di domestik. Azam merupakan pemain dari Malaysia b23 yang begitu berjaya, yang mana pada satu masa dahulu kita mahu pemain dari skuad ini menjadi legasi kepada Malaysia yang lebih baik.
Danel Fazrul sedang menunjukkan perkembangan yang baik di Kedah. Brendan Gan sentiasa hebat di Perak. Syameer cuma perlukan lebih permainan.
4 pasukan terbaik di Malaysia sejak 2-3 tahun lepas ini mempunyai tawaran yang baik kepada negara. Jadi dimana masalah kritikalnya?
Perlukan sampai Malaysia mahu menaturalisasikan 2 pemain tengah.
Naturalisasi baik jika diuruskan dengan baik dan terkawal, tetapi naturalisasi boleh mennjadi racun kerana sikap kita.
Sikap kita suka merombak sesuatu daripada melakukan pembaikan terutamanya transisi pemain dalam skuad nasional.
Bukan apa. Kita takut once kita mula menaturalisasi pemain amalan ini akan menjadi pilihan pertama jika kalah satu hari nanti dan akhirnya di Malaysia penuh dengan pemain naturalisasi pakai buang.
Malaysia tak bermasalah dengan stok pemain tetapi masalah di Malaysia lebih kepada penyediaan pemain tak kira di saingan domestik dan negara.
Menyediakan pemain yang baik dan bersedia.Dan satu kelemahan ketara kita 90 minit pemain itu bad form benda pertama terlintas adalah tukar bukan baiki.
Gilakah kita mahu mengenepikan Safawi jika dia tidak bagus dalam 1 perlawanan sedangkan dia pemain cemerlang di domestik setiap bulan?
Kita tidak sabar dengan proses apabila proses itu sudah dimulakan.
Kembali bermula, bermula, bermula dan bermula sehingga kiamat. Benda sering berlaku sejak pertengahan 90 an selepas Malaysia hilang cengkaman dengan negara lemah seperti Laos, Myanmar dan Kemboja.
Malangnya, setiap rombakan meletakan Malaysia lebih jatuh ke dasar lembah.
#footballlads