header ads

COURTOIS 3-0 NAVAS



Oleh: Encik Cen

Zach Lowy mendengus marah, ayatnya berbunyi: 

"Aku habaq dah tahun 2015 lagi, angpa bayaq £35 million untuk mamat Courtois ni membaziaq ayaq aja. Dulu angpa kata aku ni gila, sekarang angpa tengok la apa Mamat Badut tu bagi kat angpa..."

Nina_LFC pula menambah: 

"Dah nampak macam cuma bayang-bayang diri dia yang dulu saja. Dia yang lama dah tak ada"

Manakala seorang lagi insan yang berhati mulia menyebut: 

"Dia tertekan kot, maklumlah.. bermain di kelab yang dia cinta, bermain dengan pertahanan yang lebih baik dari yang dia pernah ada berbanding di kelab lama dia, dah tentu dia berdebar, dan ketaq kepala lutuit"

Kicauan laman Twitter Epic Football pula berbunyi (siap gambau):

 "The last time Courtois kept a clean sheet Mia Khalifa was virgin." 

[Twitter Epic Football tu cakap omputeh, saya tak faham apa dia cakap naaaa, jangan suh saya hurai naaa. Lagipun saya tak kenal Mia Khalifa, siapa tu? Kajol Mukherjee saya kenal le]

Hakikatnya itulah nasib berulang-ulang Thibaut Courtois, setelah meninggalkan Chelsea dengan A.W.O.L, merendah-rendahkan Chelsea sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Madrid, untuk kemudiannya tidak menjadi pilihan di Real Madrid, baik sebelum kedatangan Zinedine Zidane ataupun sesudah Lagenda Madrid tersebut menjadi Pengurus.

Courtois hanya mendapat posisi utama hasil campur tangan Florentino Perez, yang tentunya mahu Courtois main setelah membazirkan duit berjuta-juta membeli Courtois yang kemudiannya memaksa Zidane memberikan posisi utama penjaga gol Madrid kepada beliau.

Seiring dengan naiknya pangkat Courtois secara kronisme, Keylor Navas yang lebih berjasa, cool dan berkaliber selepas dilepaskan ke Paris St Germain (PSG). Bagai takdir gebu novel klasik aras Anugerah Sastera Negara, Madrid dijadualkan bertemu PSG dalam perlawanan pertama UCL musim ini.

Dan akibatnya seperti dimaklum semua orang pun, Courtois tidak menunggu masa yang lama untuk membuktikan bahawa dia sememangnya tidak bagus, dengan melepaskan gol pertama Real Madrid seawal minit ke 14. Bola jaringan De Maria tersebut tampak cantik sungguh lalu ditepian bahu Courtois, lantas mengembang kuncupkan hidung Courtois menahan sedih.

Courtois kemudiannya bocor lagi sebanyak dua kali, sekali kepada De Maria sekali lagi dan 1 lagi kepada Thomas Mieunier di hujung-hujung perlawanan hingga membolehkan beliau tersenyum bangga berjaya menewaskan Keylor Navas dengan menggegarkan jaring sendiri 3 gol tanpa balas.


Lantas, media-media sosial penyokong Real Madrid bercakap cerita mengenai Courtois hari ini:

"Aku tak tahu cakap apa dah", kata Cik Bunga

"Overated aje mamat ni", kata Pak Mail

"Benggong la pasai pa kita juai Navas", 

sahut Mak Milah

Begitulah cerita Courtois sejak meninggalkan kelab yang dia tidak cinta, kepada kelab yang sangat-sangat disayanginya, dari kecik kecik lagi katanya.

#Footballlads