Oleh: Encik Cen
Sekian lama menunggu Chelsea melahirkan seorang 'Striker', akhirnya kita diberikan Tammy Abraham, dan Abraham kini sedang memulakan musim sukar untuk memenuhi harapan tinggi melangit.
Ianya serba kebetulan, dengan Chelsea digantung daripada pasaran pembelian dan Pengurus sedia ada meninggalkan pasukan oleh faktor tersebut, maka Chelsea menghadirkan Pengurus 'junior' yang punya kepercayaan kepada tenaga muda.
Frank Lampard kembali, membawa bersama Tammy Abraham yang berjaya 2 musim di Championship League, dan kini sedang memautkan harapan, memberikan keyakinan secukupnya kepada Abraham untuk memantulkan diri.
Kebetulan laluan Abraham bukan mudah, bila Chelsea memulakan musim baharu menentang 2 pasukan kuat, (i) Manchester United dengan sejarah sebagai pasukan terbaik Liga Inggeris, dan (ii) Liverpool sebagai pasukan terbaik Eropah musim lalu.
Abraham sebaliknya dikutuk dan dihina dari segenap sudut selepas gagal meledakkan sepakan penalti, sekaligus menyebabkan Chelsea kempunan UEFA Super Cup, hakikatnya Tammy Abraham tidaklah bermain sangat buruk pun.
Menentang United, jika rembatan terkena tiang Tammy Abraham tepat ke jaring, nescaya kekalahan 0-4 tersebut tidak akan berlaku. Menentang Liverpool, Tammy yang masuk lewat bersama Mount, berjaya memberi tekanan kepada Liverpool sehingga Chelsea beroleh penalti dan menyamakan kedudukan.
Hakikatnya 2 penampilan rasmi Abraham setakat ini dijalankan dengan persembahan baik, oleh 'forward run' yang membuka peluang gol, malah Abraham rajin turun bawah membantu Chelsea bertahan dalam kebanyakan situasi.
Yang masih belum hadir adalah 'sharpness' dan 'goal', yang setakat ini dilihat asbab daparipada 'less of luck' Abraham dalam 2 perlawanan yang dilalui, menampakkan bahawa ia nya (ya'ani gol) akan akhirnya hadir sekaligus menaikkan 'confident level' Abraham untuk terus meledak.
Apa yang perlu dilakukan untuk pemain semuda Abraham adalah dengan memberi mereka peluang dan kepercayaan maksimum. Liverpool pernah memberinya kepada Micheal Owen, Everton pernah memberinya kepada Wayne Rooney dan Romelu Lukaku sendiri dan kesemua mereka berjaya.
Chelsea sebaliknya tidak pernah percaya kepada bakat muda sebegini menyebabkan nama-nama seperti Romelu Lukaku (dan ramai lagi) terlepas begitu sahaja dan mencipta nama di tempat lain menyebabkan Chelsea menggigit jari sampai mahu membeli (semua) mereka kembali.
Kini tiba masa Abraham, dan lonjakan kekecewaan yang Abraham alami di Istanbul adalah makna besar kepada berapa jauh Abraham boleh melonjak untuk menukar status diri beliau daripada 'Young Striker' kepada 'Promising Wonderkid', untuk akhirnya 'firm' dengan peranan 'Big Gun'.
Beri Tammy Abraham peluang, dan kita nanti tuai hasilnya.
#Footballlads


