" Red Devils Perlu Kembali Membeli Penyerang Prolifik Untuk Berjaya"
Mason Greenwood digambarkan sebagai penyerang berbakat yang dimiliki oleh Manchester United kini. Remaja tersebut merupakan produk akademi The Res Devils.
Greenwood akan menjadi penyerang ke-5 yang cuba diangkat secara serius oleh United. Sebelum ini terdapat empat orang penyerang Man United yang dilahirkan oleh kelab ini.
Penyerang pertama yang berjaya diangkat oleh United sudah semestinya Danny Welbeck. Welbeck diangkat oleh Alex Ferguson pada musim 2008/09.
Dua musim sebelumnya, penyerang berbakat iaitu Diego Forlan dan David Bellion telah gagal untuk menambat hati Sir Alex Ferguson dan akhirnya dijual ke kelab Sepanyol Villareal dan kelab pertengahan Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu West Ham.
Seterusnya, penyerang sensasi mereka, Ruud Van Nisterooy mengambil keputusan untuk kaki ke gergasi Sepanyol, iaitu Real Madrid. Selepas itu, atas dasar percaya kepada bakat akademi mereka, Danny Welbeck telah dipromosikan ke skuad utama bersama dengan pembelian sensasi terbaharu mereka iaitu Dimitar Berbatov dari Totenham Hotspurs.
Pada masa tersebut, Berbatov merupakan antara penyerang terbaik EPL. Namun, oleh sebab Totenham Hotspurs pada masa tersebut, tidak menunjukkan cita-cita yang besar, Berbatov mengambil. Keputusan untuk berpindah ke Manchester United.
Alex Ferguson sebenarnya mempromosikan penyerang mudanya secara berganda. Selain Danny Welbeck, Ferguson telah memperkenalkan seorang lagi penyerang muda iaitu Federico Macheda. Macheda menjadi penyerang ke-2 yang dibawa daripada akademi United.
Pada musim tersebut, Welbeck muncul sebanyak 24 penampilan dan menjaringkan 5 gol sementara itu Macheda muncul sebanyak 15 dan mencetak 3 gol. Danny Welbeck berjaya menjadi pemain utama semusim dari 7 musimnya di United iaitu pada musim 2011/12.
Pada musim tersebut, Berbatov diturunkan peranannya kepada sebagai pemain simpanan dan merupakan pertanda kepada berakhir musim gemilangnya United. Musim tersebut merupakan musim terakhirnya di kelab asal Manchester itu.
Berbalik kepada Danny Welbeck, beliau mencatat 27, 23 dan 24 penampilan dalam 3 musim. Beliau berjaya mencatat 24 gol sebelum dijual kepada Arsenal pada musim 2015/16. Tiga tahun sebelum Welbeck dijual, United cuba untuk mengangkat penyerang muda dari akademinya buat kali ke-3 iaitu James Wilson. Beliau hanya mengumpul 14 kemunculan dalam dua musim pertamanya.
Seterusnya dua tahun selepas itu, Manchester benar-,benar berjaya menemui pemain muda akademiknya yang terbaik iaitu Marcus Rashford. Rashford begitu mudah untuk mendapat peluang membuat kemunculan dalam skuad utama. Oleh sebab Wilson tidak menunjukkan pencapaian yang menakjubkan, Rashford berjaya mencuri peluang tersebut. Rashford terus menjadi penyerang giliran kepada Zlatan Ibrahimovic dan Wayne Rooney. Akhirnya Wilson telah dilepaskan secara ercuma ke kelab Scotland iaitu Aberdeen.
Danny Welbeck dan Marcus Rashford, merupakan dua nama yang paling berjaya dari akademi Manchester United, manakala Macheda bertahan di United selama 5 tahun tanpa sebarang peningkatan persis seperti James Wilson yang bertahan di United selama 6 musim.
Kini, Mason Greenwood menjadi pemain muda ke-6 dari akademi yang bakal diangkat. Walaubagaimanapun, Man Utd tidak pernah berjaya dengan penyerang akademinya. United masih perlu membeli penyerang 'import' daripada pasukan lain untuk berjaya.
Romelu Lukaku menjadi penyerang tunggal yang dibeli oleh kelab selepas berakhirnya era Alex Ferguson.
Louis Van Gaal hanya mampu membawa masuk Radamel Falcao secara pinjaman untuk tempoh semusim manakala Zlatan Ibrahimovic dibawa masuk ke kelab secara percuma.
Mengapakah Man Utd mampu berjaya pada zaman Ferguson? Jawapannya adalah terletak pada senarai pemain penyerang yang dimilikinya. Beliau telah membeli 7 penyerang dalam tempoh 10 musim sejak 1991.
Penyerang-penyerang tersebut ialah Erik Cantona (1991), Andy Cole (1993), Ole Gunnar Solskjaer (1995), Teddy Sheringham (1996), Dwight Yoke (1997), Forlan (2000) dan Ruud Van Nistelrooy (2000). Enam daripada tujuh pemain merupakan pembelian mahal pada ketika itu.
Selepas era tujuh pemain tersebut, Ferguson terus membuat pembelian mahal iaitu pada tahun 2003 dan 2007. Pada tahun 2003, Louis Saha dibawa masuk dan Berbatov menyusul pada tahun 2007.
Dalam tempoh tersebut, Ferguson juga membawa Carlos Tevez dan Henrik Larsson secara pinjaman. Beberapa pembelian bajet ekonomi jugal berlaku iaitu pembelian Michael Owen, Mame Biram Diouf dan Chicarito.Kesemua nama penyerang itu kerap bermain di bibir para penyokong United ketika era Ferguson.
Selepas David Moyes mengambil alih kerusi panas United dari Ferguson, Van Gaal menyusul, diikuti pula Jose Mourinho dan Solskjaer. Sepanjang berada di bawah era jurulatih-jurulatih ini, kelab ini tidak lagi aktif membeli penyerang.
Jika tidak kerana Mourinho yang suka membeli pemain ternama walaupun mahal, Lukaku yang berharga £80 juta mungkin tidak akan berada dalam skuad ini. United kekal dengan pemain penyerang dari akademi mereka selain beberapa penyerang percuma seperti Zlatan Ibrahimovic dan pemain pinjaman seperti Radamel Falcao.
Berbalik kepada penyerang muda, Mason Greenwood, adakah pemain remaja ini boleh menyaingi prestasi Welbeck dan Rashford? atau bakal tenggelam sama seperti Macheda dan Wilson?
Ianya merupakan sesuatu yang menarik untuk disaksikan. Jika Greenwood mampu menyinar, beliau pasti berpotensi untuk menjadi pemain legenda United hasil daripada akademi sendiri. Namun, jika gagal, United seharusnya kembali kepada formula Sir Alex Ferguson mencipta kejayaan, iaitu membeli penyerang-penyerang ternama yang telah terbukti ketajamannya.
#Footballlads






