1. Piala Malaysia:
Dijangkakan JDT akan menggunakan banyak pemain pilihan kedua (simpanan) dalam dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Kemungkinan besar kita dapat melihat kelibat Syafiq Ahmad, Hazwan Bakri dan Syameer Kutty beraksi.
2. JDT 2020:
Ramalan tentang pemain manakah yang boleh mencuri tempat dalam skuad ini untuk mengisi satu kekosongan posisi penyerang sisi. Adakah JDT akan mempromosikan pemain dari JDT II seperti S.Kumahraan atau mencari pemain lain.
Pertahanan kiri JDT merupakan antara posisi terkuat pasukan ini kerana mempunyai pemain sokongan yang kuat dan dijangkakan pilihan pertama tetapi menjadi milik Corbin-Ong.
3. Wajah Skuad Kebangsaan pada perlawanan akan datang:
Berdasarkan dua perlawanan lalu, secara kasarnya kita memerlukan Afiq Fazail sebagai pilihan seterusnya untuk posisi pemain tengah. Pilihan yang ada iaitu Syameer Kutty Abba dan Akram Mahinan tidak menunjukkan suatu prestasi yang memuaskan.
Corbin-Ong dan Matthew Davies adalah calon kuat untuk mengekalkan posisi mereka sebagai pemain pertahanan kiri dan kanan. Posisi pemain pertahanan tengah perlu diperbaiki. Farizal Marlias bakal mempertahankan posisinya sebagai penjaga gol utama.
Walaubagaimanapun posisi penjaga gol dan pertahanan bakal dimonopoli JDT iaitu 3/5. Pemain tersebut ialah Corbin-Ong, Adam Nor Azlin dan Farizal Marlias.
Ramalan:
Football Lads meramalkan bahawa JDT akan merampas trofi Piala Malaysia daripada Perak FA pada kali ini. Proses penggiliran dan penyusunan pemain JDT yang mantap setaraf kelab Eropah menunjukkan tiada sebab untuk mereka gagal mengatasi pasukan lain dalam kempen Piala Malaysia pada kali ini.
Penetapan posisi, pembahagian peranan, pengiliran pemain dalam skuad ini adalah mengikut status pemain. Kesemuanya adalah dalam keadaan teratur dan mantap.
#Footballlads





