Sumber: FAM

Oleh: JPY

Bola sepak ni seperti kita sedang lapar. Bila kita rasa lapar, air liur menggelegak, perut berbunyi, kepala dah tintong. Masuk ke kedai yang beraneka lauk. Lagilah membuatkan nafsu makan bergelojak.

Itulah bola sepak. Baca akhbar. Baca blog. Baca komen penganalisis. Baca janji Datuk Hamidin. Baca tekad pemain. Baca komen nakal penyokong Indonesia. Bergelegak habis keinginan nak tengok gaya permainan Malaysia apabila berdepan dengan pasukan hebat seperti UAE ini.

Namun cerita sudah pun berlalu. Kalau makan pun dah kenyang. Apa yang disajikan malam semalam, ada yang best dan ada yang tak berapa best. Tapi yang paling best, kita kalah tipis ja. Ni bukan Malaysia yang kena 10-0 tu.

Aikk. Lama dah tak menulis. Kali ini gatal tangan nak menulis sebab aura Harimau Malaya yang 'baru'. Sebuah pasukan segar, moden dan bernafsu besar! Tapi, sebelum itu, suka untuk aku nak bagitahu ni, janganlah kita cepat sangat kondem atau memaki hamun sesiapa jaaa. Sedarlah diri tu sikit. Negara kita dan bola sepak ini ibarat budak-budak hingusan yang baru lahir semula ja. Baru nampak apa itu bola sepak. So, bagi can lah dulu, okey?


Semalam. Aku layan skrin besar. Dengan harapan, aku nak tengok Malaysia boleh buat kejutan dalam beberapa perkara. 

Satu, main dengan baik, challenge je Mat Arab ni semua. Biar nampak fight. Baru seronok nak tengok bola, kan. Kalah tipis pun tak mengapa. Jangan beza lebih dari 1 gol. Tak mahu dah tengok pasukan kebanggaan kita longlai lemau lesu di kaki mat-mat Arab ni. Geram. Tau dak? Geram ya amat. 

Dua, seri pun dah cukup. Ada gol yang kita buat. Gol tu pulak hasil dari pergerakan kita. Bukan gol sendiri, simple mistake bodoh dari UAE. Tak kira. Aku nak, player kita yang jaringkan gol. Tak kiralah dari penalti pun. Hahaha. 

Dan ternyata, apa yang Datuk Midin kata, benar. Benarlah bahawa Malaysia semalam adalah Malaysia yang mengejutkan UAE. Satu gergasi yang berada di ranking 65 dunia. Dan kita di ranking 159 dengan bangganya mengucar-kacirkan pasukan UAE di separuh masa pertama. 

Separuh masa kedua? Ianya sudah menjadi sejarah. Adalah jugak yang aku rasa Tan Cheng Ho ni sedang mabuk ketum ke apa? Yalah, pertukaran yang serba tak menjadi. Bahkan yang masuk seperti jauh panggang dari api. Level macam tu kita panggil wakili negara. Udah macam budak sekolah masuk main. Belum cerita lagi tentang gelagat terpinga-pinga mencari arah tuju. 

Tak apalah. Itu namanya takde rezeki. Bukan takde peluang. Peluang tu banyak. Kita pinjam kata-kata hikmah 'Ultra-Fakri-Man'. Alahh, yang gagal memasukkan bola sewaktu menentang Indonesia pada dahulu kala. Fakri Sakraani. Kalau salah ejaan, betulkan di ruangan komen ya. 

Sumber: Google

"Kalau dah bola taknak masuk, buatlah macam mana pun. Memang takkan masuk jugak!" Balas beliau saat ditanya oleh beberapa orang wartawan. 

Bagi yang memahami konsep rezeki ini, kita semua pasti dapat ketenangan yang hakiki. Yelah. Dah namanya takde rezeki kan, nak buat camne. Tadah tangan, syukur, dan ucapkanlah alhamdulillah. Hahahaha. 

Sumber: FAM

Dari sudut pandang teknikal, ya Tan Cheng Ho mempercayai kebolehan anak-anak buahnya. Tapi anak buahnya 'mengkhianati' kepercayaan berikut dengan mempergayakan permainan yang tak serupa apa yang dirancang. Keputusan memasukkan J Partiban, secara peribadinya aku tak pernah bersetuju. Orang suka dia ni sebab dia laju. Kalau itu je kelebihannya, baik takyah panggil. 

Laju sampai tetinggal bola atau laju sampai menahan bola pun tak berapa nak lekat, baik jangan dipanggil atau ditukar masuk. Biarlah dia berlatih berlari sekeliling stadium ja. Sepatutnya arahkan dia guna speed untuk counter press pihak lawan. Ni tidak, di hantar ke depan, dia tak bersedia nak berlari, dan bila dapat bola, bola menjauhi dari dia.. Bahkan cubaan menggelecek pun tak lepas. 

Hmmm.. Boleh murung selama seminggu. 

Begitulah juga dengan kemasukan Akhyar bukan pada susunan / timing yang tepat. Lebih baik, Sumareh keluar digantikan dengan Akhyar supaya kita ada pemain yang ada speed, accelaration dan keupayaan untuk dribble melepasi pihak lawan. Bahkan Akhyar juga ada masa yang lebih untuk buat sesuatu. Malangnya, J Partiban jugak dipilihnya untuk masuk lebih awal! Takpalah. Redha.

Apabila memberi ruang pula kepada Syamer Kutti, pun sama resultnya. Hampa. Langsung tak bersedia. Macam terkejut. Lepas tu bila teammate sedang counter, dia boleh pulak nak berlari-lari anak. Bola dah melintang depan gol kot! Apa yang Tan Cheng Ho bagitau kat kau sebenarnya? Hahaha. 

Namun, itulah rezeki kita. Kalah tipis. Bukan nak menunjukkan UAE terlalu power sampai berjaya counter back dan dapatkan gol. Tapi, ianya lebih kepada kesilapan individu. Betapa geramnya aku pada pemain UAE bernombor 7. Ali nama diberi. Entah apa perangai suka provok orang. 

Tapi akhirnya, dia sendiri yang menundukkan Malaysia sambil meraikan dengan menunjukkan isyarat 'diam' kepada penyokong Malaysia. Yelah, yelah kau score kan. Rezeki kau tu Tuhan yang bagi. Kalau tak bagi? Haa melopong dan mulalah kau cari kata-kata hikmah Syeikh Fakhri. Hahahaha. 

Apa pun, inilah petunjuk positif F:30 yang diilhamkan oleh FAM bagi meneruskan pelan pembangunan serta cita-cita Malaysia untuk menjadi salah satu gergasi bola sepak Asia. Kalau dulu, orang-orang tua kita pasti selalu mengenangkan kehebatan pasukan Tanah Melayu ini, kini, di arus kemodenan globalisasi, kita pasti akan mempunyai skuad yang jauh lebih hebat. Nantikan dengan sabar. 

Sumber: FAM

JPY
Aku bangga. Negara aku kini di landasan yang baik. Dengan sistem liga yang lebih lancar. Sokongan dan kepimpinan Datuk Hamidin yang lebih down to earth. InshaAllah pasti akan ada sinarnya buat pasukan Malaysia. 

Satu jer aku nak pesan. Yang penyokong taknak buat F:30 jugak? Khas buat penyokong saja. Dalam F:30 penyokong ni, masukkan sekali cara-cara nak jadi penyokong yang betul. Jenis tak mudah touching. Kontrol sikit kecaman tu. Jenis tak membongkak dan mengdonia tak tentu hala. Dan educate sikit pasal tempat duduk yang pakai bedal jaa. Orang dah letak nombor tu, follow je lah. Bab fan Jepun bersih, laju jaa kau share. Bab negara luar, laju ja ko kutuk. Diri sendiri pun tak tentu hala lagi, ada hati nak Malaysia ke world cup. Kah kah kah...

Jangan marah naaaa... 

ANDA RASA KITA ADA MASA SAKIT KEPALA? MOVE ON DAN BERIKAN MEREKA SEMANGAT!