Oleh: Afiq Rowley


Menjelang perlawanan Malaysia menentang jagoan Asia Barat iaitu UAE

Aspek fizikal, teknikal, kualiti, dan segala keseluruhan permainan memang tampak milik UAE untuk perlawanan seterusnya. Rata-rata pemain mereka mempunyai skil individu yang baik dan mampu berfikir dengan baik dalam merencana gerakan.


Malaysia akan terus lumpuh sekiranya ruang tengah tidak dipadatkan sebaiknya. Memberi ruang pemain UAE mengeksploitasi kawasan tengah umpama menutup terus nadi gerakan kita. 

Semasa sesi latihan, jurulatih negara iaitu Tan Cheng Hoe perlu lebih mengatur pelan ampuh untuk menghalang UAE untuk bermaharajalela. Beliau menititikberatkan kawasan pertahanan yang perlu lebih bersedia dan lebih fokus. Memberi banyak ruang dan masa buat pemain UAE bergerak di zon 14 bukanlah satu petanda yang baik. 


UAE mempunyai Omar yang mampu melakukan killer pass dan Ali yang sentiasa licik mencuri segala peluang terhidang. Adam Nor Azlin dan Shahrul Saad masih relevan. Tidak perlu gandingan ini dipecahkan untuk menghadapi perlawanan besar akan datang. Atau tidak kau akan lihat gandingan baharu akan lebih kucar-kacir. 


Waktu inilah keberadaan pemain yang mempunyai perwatakan seperti Afiq Fazail dari Johor DT amat diperlukan untuk menutup segala ruang tengah dan mobiliti pemain ini amat baik. Namun pemain tengah negara, Brendan Gan akan mampu menggalas tugasnya dengan baik seperti aksi menentang Indonesia. Aspek fizikal beliau amat diperlukan.


Pemain seperti Akhyar Rashid, Shahrel Fikri, dan J. Partiban perlu sentiasa bersiap siaga sebagai pemain simpanan jika TCH berniat terus menggunakan barisan kesebelasan seperti tempohari. 3 pemain yang disebut tadi mampu menjadi gamechanger jika menjadi. Hadin Azman perlu lebih membuktikan sesuatu. Beliau dilihat masih belum bersedia.

Syafiq, Safawi, Mat Yo, dan Sumareh merupakan barisan tunjang untuk memburu gol. Keempat pemain ini merupakan pemain yang sangat baik dan melengkapi dari segi aspek kepantasan, penyudah, dan skil. Jika counter attack dilancarkan, maka pemain-pemain ini akan terlebih dahulu saling memecah organisasi lawan dan memburu gol.


Paling penting ialah menggunakan peluang sepakan percuma dan sepakan sudut yang diberikan dengan sebaiknya. Kita mempunyai deretan peluang melalui sepakan sudut pada perlawanan menentang Indonesia namun gagal diterjemahkan sebaiknya.

Moga jurulatih Tan Cheng Hoe mempunyai ramuan yang baik bagi menghadapi perlawanan ini dan diharap beliau dapat meningkatkan terus motivasi pemain-pemain bawah kendaliannya. 


#Footballlads