Macam lama sangat perasaannya menunggu aksi Khabib Nurmagomedov, sebaik digantung sesudah memalukan keangkuhan Conor McGregor dalam pertarungan kontroversi Oktober 2018, semalam Khabib kembali.
Ya, Khabib Nurmagomedov kembali, dan membuktikan kepada dunia bahawa beliau memang sebenar-benarnya seorang pengusti yang bagus, dan semalam menunjukkannya secara mudah, rasional, objektif dan profesional.
Ianya Dustin Poirier tampil sebagai lawan, hadir dengan karisma dan rekod baik sama ada dalam dan luar gelanggang, namun Poirer tidak langsung hampir kepada menyaingi Khabib sebaik pertarungan dimulakan.
Memang Poirer bermula agak baik, berdiri sama tinggi dengan Khabib tetapi ia cuma hanya pada pusingan pertama. Namun ia setakat itu sahaja, bila Khabib mula mendapat rentak sebaik pusingan kedua bermula.
Ya ada beberapa situasi pada pusingan kedua memperlihat Poirier memerangkap Khabib dengan pautan keras, tapi Khabib sangat keras dan gagah, malah meladeninya dengan merangkul Poirer, dan melepaskan jatuhan ke gelanggang.
Khabib Nurmagomedov jarang ditekan, yang bermakna pergelutan antara kedua mereka banyak berlaku di sekitar pagar gelanggang, yang menyaksikan Khabib tampak berkelebihan untuk melepaskan diri juga tumbukan.
Poirier jelas sukar untuk melepaskan diri daripada cengkaman Khabib, malah percubaan Poirer melakukan 'guillotine' pada pusingan ketiga tampak tidak menjadi, malah lebih kelihatan seperti hanya usaha dalam situasi terdesak.
Apabila usaha tersebut gagal, Poirier terperangkap, dan Khabib melemaskan Poirer dengan template kehebatan beliau, sebuah 'rear-naked choke' yang dahulunya mematikan keegoan McGregor, kini melemaskan Poirer, mengekalkan kejuaraan UFC 242 milik beliau di bumi Abu Dhabi.
Kini Khabib Nurmagomedov memiliki Tony Ferguson sebagai lawan berikutnya, bagi mempertahankan kejuaraan UFC dipegang beliau kini 2 kali. Ianya pasti sebuah lagi pertarungan klasik yang menarik perhatian, kerana belum ada Juara 'Lightweight' sebelum ini yang berjaya melakukannya lebih 3 kali, dan Khabib bakal tampil untuk cuba melakukannya, bagi menyertai kelab 3 kali mempertahankan kejuaraan bersama-sama Frankie Edgar, B.J. Penn dan Benson Henderson.
Good fight Poirier!
You are much much much better than the arrogant Conor McGregor.
Congratulation Khabib!
We want you to be the first champions who defended the title for more than 3 times!
#Footballlads







