Oleh: Seladang Tact


UAE bangkit selepas gol pertama. Malaysia gagal menambah jaringan walaupun banyak peluang tercipta. Pertukaran yang kurang menjadi pada ketika Malaysia perlu menambah jaringan. 


Kesilapan Shahrul sememangnya fatal dan ditambah dengan keupayaan Makhbout, gol kedua UAE merentap jiwa permainan Malaysia. Tewasnya Malaysia membuka ruang Thailand dan Vietnam untuk merebut posisi kedua terbaik. 


Tudinglah jari kepada sesiapa pun namun persembahan Malaysia wajar diberikan kredit. Malaysia berjaya membuatkan UAE tampak setaraf walaupun mereka semi-finalist. 

Impak Sumareh sangat besar dalam perlawanan hari ini. Kelebihan fizikal dan kepantasannya membuka ruang kepada Matthew Davies dan Brendan Gan untuk menjana serangan namun malangnya, kita tumpul.


Safawi jelas off-form dalam dua perlawanan ini sama seperti Shahrul. Individualistik? Mungkin tetapi dari segi defensif, Safawi jelas membantu untuk menyokong 'pressing' yang dilakukan Corbin Ong. 

Corbin Ong tidak beraksi baik? Beberapa kali Corbin Ong ditewaskan dari segi kepantasan, sama seperti mana yang terjadi di GBK. UAE berjaya mengesan kelemahan Corbin Ong dan gol penyamaan UAE terhasil. 


Akhirulkalam, benar bahawa vibe kemenangan di GBK sedikit terganggu namun dari sisi positifnya, persembahan Malaysia hampir menyamai UAE yang berada jauh di tangga ke-65 dunia. Jika aksi yang sama dipertaruhkan, Thailand dan Vietnam bukan masalah utama kita.