header ads

SERANGAN BALAS CRYSTAL PALACE MEROBEK GAWANG UNITED



Oleh : Masrul Zery

Bola yang di tendang jauh dari penjaga gol CP, Guaita terus kepada Schlupp yang memenangi 'aerial duel challenge' atau pertarungan diudara dengan Lindelof terus menjadi 'assist' atau bantuan gol kepada Ayew untuk teruskan pergerakan 'movement' lebih ke depan.. 

Persoalannya, perlukah kita menyalahkan Lindelof yang sudah membuat 'challenge'? Beliau sebagai DC sudah pun membuat tugasannya tetapi tidak menyebelahinya. Jika beliau berdepan dengan pemain tinggi lampai seperti John Carew @ Peter Chrouch sekali pun, 'percentage' untuk memenangi bola di udara adalah 50-50 kerana fizikal 'win'..

Dua forward CP membuat 'attack' bola tinggi pada satu DC dan cuba memenangi bola yang belum pasti turun dimana. Ini adalah satu tektikal baik dari anak buah Roy Hodgson untuk 'win counter' . Teknik ini memerlukan satu pemain yang punyai fizikal dan satu lagi 'speed player' untuk terjemahkannya..

Persoalan seterusnya, dimana 'partner' Lindelof tika ini? Maguire dilihat begitu jauh dari yang sepatutnya berada, beliau perlu lebih rapat atau 'narrow' di anggaran (5-7m) satu sama lain ketika bertahan. Ini memudahkan transaksi bola dilakukan dari pihak lawan yang akan mengeksploitasikan 'space' atau ruang tengah diantara dua DC untuk bertindak balas..

Ayew merupakan penyerang International Ghana yang berpengalaman luas dan tidak bole diberi ruang sedemikian rupa. Kita dapat lihat beliau yang 'free marking' atau tanpa kawalan mendapat ruang yang luas untuk bertindak bebas ke depan dan tanpa cabaran dari pertahanan seterusnya berdepan [1v1] dengan DeGea dan berjaya menewaskan dengan 'clinical finish'..

Ini merupakan 'defending error' dari 'backfour ' United yang dilihat tidak bersedia dengan serangan balas pasukan lawan. Individu yang dilihat perlu bertangjawab dalam situasi bolos ini adalah Maguire pada penglihatan saya kerana 'out positioning' & terlalu jauh dari 'teammates' menyebabkan Ayew yang tanpa cabaran terus bebas berada dalam situasi [1v1]

#FootballLads