header ads

ENGLAND: ENAM NAMA BAHARU MENDAPAT PERHATIAN GARETH SOUTHGATE



Oleh: Zuraimi Zukri

Tempoh hari kita sudah puas memperkatakan tentang pemilihan jurulatih negara Tan Cheng Hoe untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022. Hari ini kita sembang pula tentang senarai pemain yang dipanggil oleh jurulatih England iaitu Gareth Southgate. 

Umum mengetahui bahawa panggilan mewakili negara kali terakhir berlaku ketika saingn domestik dan pertandingan kelab Eropah telah berhenti rehat. Kini, panggilan berlaku semasa Liga Perdana Inggeris baru sahaja bermula.

Untuk panggilan mewakili negara kali ini,  Gareth Southgate tidak melakukan banyak perubahan dan 6 orang pemain yang tidak mendapat panggilan (call up) pada sesi pemilihan lalu kini  kembali muncul dalam senarai.

Antara dua pemain tersebut dipanggil adalah  kesan daripada prestasi memukau di liga musim ini. Pemain tersebut ialah Mason Mount dan John Maddison. Mount dan Maddison dijangka akan mendapat 'debut' pada minggu antarabangsa minggu depan.


Maddison telah lama dikenali sebagai seorang pemain yang kreatif sama seperti Mason Mount. Cuma, Mount mula mencipta impak setelah mendapat tempat dalam kesebelasan utama Chelsea pada musim ini. Peluang untuk menyerlah pada muaim ini tampak besar. Prestasi baiknya telah memberikan keyakinan kepada Southgate untuk memanggilnya mewakili negara.


Siapakah pula pemain yang direhatkan untuk memberikan laluan kepada dua pemain tersebut? Dua pemain tersebut ialah duo Tottenham iaitu Eric Dier dan Dele Alli.

Bagi pemain pertahanan pula, Aaron Wan-Bissaka dan Henry Maguire hadir ke kem England dengan lebih keyakinan kerana mereka kini beraksi buat pasukan ternama England iaitu Manchester United. Henry Maguire mungkin tiada masalah untuk merebut tempat di bahagian pertahanan tengah namun, Aaron Wan-Bissaka mungkin berhadapan dengan cabaran untuk menyingkirkan pertahanan Liverpool iaitu Trent Alexander-Arnold di bahagian pertahanan kanan.

Walaupun John Stone bermain dengan kelab juara Liga Perdana Inggeris, namun banyak pemain ini tidak dipanggil pads kali ini. Walau bagaimanapun, pemain dari kelab yang tidak mempunyai banyak pemain berkualiti iaitu Burnley telah diberikan peluang, pemain tersebut ialah James Tarkowski.


Harry Winks telah dipilih bagi menggantikan Fabian Delph walaupun Winks kurang pengalaman di peringkat antarabangsa. Sementara itu di bahagian penjaga gol pula terdapat perubahan pada senarai penjaga hol ke-3. Nama Jack Butland digugurkan dan digantikan dengan penjaga gol Burnley iaitu Nick Pope.


Rumusannya, tidak banyak berlaku pertukaran pemain pada senarai pemilihan pada kali ini, namun Gareth Southgate menampakkan trend pemilihannya iaitu beliau memilih pemilihan yang menunjukkan aksi yanng baik di atas padang dan bukan bergantung kepada nama dan senarai kelab semata-mata.

Berikut ialah senarai nama pemain England yang dipanggil oleh Gareth Southgate:

GK. Pickford
GK. Heaton
GK. Pope (*)

DR. Arnold
DR. Walker
DR. Bissaka (*)
DL. Rose

DC. Gomez
DC. Maguire
DC. Tarkowski (*)
DC. Keane

MC. Winks
MC. Henderson
MC. Rice
MC. Barkley
AMC. Mount (*)
AMC. Madisson (*)

FRL. Lingard (*)
FRL. Sterling
FRL. Sancho
FRL. Rashford

ST. Kane
ST. Wilson

#Footballlads