header ads

RASIS 0-6 ENGLAND


Oleh: Encik Cen

England bangkit daripada kekalahan kepada Rep Cezh, dengan kemenangan besar membelasah Bulgaria 6-0.

Ia kemenangan yang diiringi 'rasist abuse' segelintir penyokong Bulgaria, menyaksikan perlawanan terhenti 2 kali, namun Southgate membuat keputusan untuk terus bermain sebagai simbol tidak mahu mengalah kepada penghina-penghina tersebut.

Rashford meletakkan England di depan seawal minit ke 7, dikuti Barkley 13 minit kemudian, namun perlawanan terhenti sebentar selepas itu oleh jeritan berbau perkauman daripada pasukan ultras Bugaria di Sofia.

Barkley dan Harry Kane menambah lagi, menjadikan kedudukan 4-0 dan Southgate yang ditawarkan peluang untuk tidak kembali ke dalam padang (pada separuh masa kedua) oleh 'rasist abuse' yang diterima pemain England, membuat keputusan untuk terus bermain dan melawan dengan bolasepak.

England akhirnya menang dengan 6-0, menambah 2 lagi jaringan menerusi Sterling dan Kane, tanda menang ke atas penyokong Bulgaria yang keterlaluan menghina Sterling, Rashford dan Tyrone Mings sepanjang perlawanan.

Oh ya, Abraham tidak bermain lagi dalam perlawanan ini, dengan Mount, Sancho dan Callum Wilson tampil dalam separuh masa kedua perlawanan yabg menyaksikan England bangkit daripada kritikan oleh kekalahan kepada Rep Cezh, dan teguh melawan 'rasist abuse' untuk menang besar.

#Footballlads