Oleh: Azhan Mohi

Kebiasaannya pada jendela perpindahan kita akan melihat pemain untuk masuk ke pasukan baru dan akan berkhidmat bersama kelab baru mereka itu.

Sudah tentu itu tujuan utamanya mereka di bawa masuk kelab tersebut iaitu untuk menambahkan kekuatan dan memberi dimensi baru kepada pasukan.


Namun berbeza pula ceritanya dengan dua orang pemain ini pada jendela perpindahan musim panas ini apabila mereka melakukan penghijrahan sebanyak dua kali.

Mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan pemain - pemain ini terpaksa mengundurkan diri daripada kelab tersebut untuk beralih arah.

1. Martin Skrtel (3 minggu)

Bekas pemain Liverpool ini telah memilih jalan yang dilihat bersinar untuk diri beliau. Meninggalkan Fenerbache untuk menyertai kelab Serie A, Atalanta.

Sudah pasti ini peluang besar untuk beliau. Di bawa masuk Atalanta yang mencipta sejarah pertama kali berada di saingan Liga Juara - Juara Eropah, pentas tertinggi Eropah sudah tentu jadi idaman ramai.


Dengan sekadar bermain satu perlawanan, hanya diletakkan sebagai pemain simpanan sahaja pada aksi sulung Serie A ketika bertemu SPAL,
Skrtel melakukan keputusan drastik.

Hanya selepas tiga minggu bersama kelab tersebut, beliau akhirnya menamatkan kontrak dan menyertai kelab Turki sekali lagi, kali ini Istanbul Basaksehir.


2. Shinji Okazaki (4 minggu)

Penyerang kebangsaan Jepun ini dipercayai masih menaruh harapan untuk terus bersama negaranya untuk meneruskan misi ke Piala Dunia 2022.


Beliau meninggalkan Leicester City, tempat di mana beliau antara pemain yang mencipta sejarah memberi 'The Foxes' kejuaraan Premier League yang pertama pada 2016.

Menyertai kelab Sepanyol yang baru jatuh ke liga divisyen dua iaitu Malaga di Segunda Division (LA Liga 2). Ia mungkin nampak tenang pada awalnya.


Namun selepas 30 hari lebih, Okazaki dan Malaga berpisah dengan aman dengan isu utama ialah Malaga sukar untuk membayar gaji yang diminta pemain antarabangsa Jepun itu.

Ia bukanlah kali pertama berlaku dalam bola sepak. Sudah ada berlaku perkara seperti ini sebelum ini dalam kes Martin Demichelis yang menyertai Atletico Madrid secara percuma sebelum menyertai Manchester City.