Oleh: Encik Cen
Sekejap sahaja pun masuk padang, tapi Christian Pulisic menunjukkan 'stylish cameo' dalam penampilan 35 minit menentang Newcastle.
Menghasilkan 'wonderful save' yang memerlukan Dubravka bekerka keras, Pulisic juga memainkan peranan besar dalam membangunkan gol Marcos Alonso, juga satu lagi 'set up' cantik untuk peluang hampir gol Abraham di hujung masa.
Ia tentu bagai suntikan nafas baharu buat Pulisic, permata yang dibeli dari Dortmund dengan nilai £58m dan harapan tinggi menggunung, yang perlahan dalam permulaan di Stamford Bridge namun semalam mengundang pujian semua termasuk Frank Lampard sekalipun.
Kuncinya adalah kekecewaan, dan Pulisic bangkit positif meladeninya. Ia ditambah oleh posisi di mana Lampard menempatkan Pulisic semalam, di kedudukan lebih ke tengah di belakang Abraham, menyebabkan Pulisic lebih berfungsi dengan banyak memandu gerakan serangan.
Kesimpulannya persembahan berimpak Christian Pulisic, melayakkan beliau diberikan nilai mata 7/10 sebagai pemangkin kepada persembahan lebih baik di masa depan.
#Footballlads