Dalam kalangan 50 orang pemain utama dalam saingan A League musim lalu (2918/2019), hanya 6 orang pemain merupakan pemain berusia 23 tahun ke bawah dan hanya tiga orang pemain muda tersebut yang mewakili skuad Australia. Para pemain tersebut ialah Lachlan Wales, Thomas Deng and Riley McGree.
Tiga orang lagi baki pemain muda tersebut iaitu pemain dari kelab Wellington Pheonix yang berasal dari negara 'Kiwi' iaitu New Zealand. Dalam suatu lagi kajian oleh akhbar Saturday Telegraph, daripada 110 orang pemain A League yang mewakili kesebelasan utama setiap minggu, hanya 58 orang pemain yang dianggap 'segar' untuk Australia, manakaal selebihnya ialah pemain berusia lebih daripada 30 tahun.
Antara punca fenomena ini berlaku adalah disebabkan kurangnya peluang dan minit permainan diberikan kepada para pemain muda untuk beraksi dan masalah tersebut berlaku secara menyeluruh di kebanyakan negara Asia yang lain.
A-League cenderung untuk menggunakan para pemain bintang dari kelab sekitar A-League atau NPL di samping menggaji pemain asing, namun kebanyakannya masih mengelak daripada memberikan ruang kepada pemain-pemain muda NPL yang lain. Kelab-kelab lain juga dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk mengusahakan projek akar umbi.
Berlainan hal dengan A-League, buat masa ini, hanya NPL sahaja yang giat menjalankan program-program akar umbi, bersesuaian dengan kekangan kewangan yang dihadapi oleh majoriti kelab-kelab NPL. Kebanyakan kelab NPL diwujudkan oleh komuniti yang cinta akan bola sepak berbanding dengan A-League yang dimiliki oleh para taikun perniagaan Australia.
#Footballlads